Lagu Putus Tunang Sufian Suhaimi, Catat Tontonan 1.1 Juta Dalam Tempoh 3 Hari, Apa Lagi Yang Viral Di You Tube?

Share

Nampaknya peminat seperti ingin tahu tentang kisah perjalanan derita cinta Sufian Suhaimi. Selepas putus tunang dengan pelakon Elfira Loy, nampaknya lagu terbaru nyanyiannya, Di Matamu bagai menarik minat peminat untuk mengikuti liriknya.

Ternyata dalam tempoh 3 hari, catatan di You Tube menunjukkan angka pendengarnya mencecah 1.1 juta. Wow. Nampaknya peminat masih ingin tahu apa maksud di sebalik lagu tersebut yang katanya merupakan isi hatinya yang begitu kecewa ekoran putus tunang dengan Elfira. Kalau diperhatikan lirik lagunya memang seperti “habis madu sepah dibuang”.

Liriknya memang patah hati betul

 

Selepas Sufian Suhaimi, kisah viral yang mendapat tontontan jutaan penonton jatuh kepada Neelofa yang melancarkan tudung di kelab malam The Zouk sehingga ramai yang memberikan kecaman. Ada pelbagai jenis video dan setiap satunya mengecam tindakan pelakon dan ahli perniagaan ini.

Neelofa yang kehilangan 100,000 pengikut di laman Instagramnya selepas insiden itu meminta maaf di di atas ketelanjurannya dalam penganjuran majlis tersebut.

 

Menduduki kedudukan pencarian tinggi lagi ialah kisah awek cendol yang ditonton seramai 2.0 juta. Malah awek cendol ini sendiri tidak tahu kenapa kisahnya dijadikan viral semasa ditemuramah dalam #motifviral.

Nampaknya apa saja cerita sedih, kisah rampas merampas cukup mendapat tempat di hati peminat muzik tanahair. Malah kisah-kisah begini sentiasa mendapat tontonan tinggi. Mungkin ini satu cara masyarakat ingin melepaskan tekanan dan mahu berhibur untuk diri sendiri biarpun memakan data telefon bimbit masing-masing.

Laporan M Star tahun lalu memaklumkan, rakyat Malaysia menghabiskan masa lebih dari tiga jam bersama telefon pintar dan menggunakan secara purata 323MB data setiap hari, menurut laporan terkini. Laporan Persona The Smartphone User (SUPR) 2015
 yang dikeluarkan pada 19 Januari oleh Vserv, platform data pintar terkemuka untuk perniagaan dan pemasaran mudah alih itu telah dikeluarkan bersama-sama dengan kajian yang dijalankan oleh Nielsen Informate Mobile Insights.
Dari segi penggunaan, 40 peratus daripada masa pengguna telah digunakan untuk rangkaian sosial dan berbual, 36 peratus untuk hiburan dan 15 peratus untuk aplikasi utiliti.

Sumber : MStar Online

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros