Tular di platform Twitter ketika ini lagu terbaharu dari penyanyi rap terkenal tanah air, Malique berjudul Sedih Hati yang turut mengabungkan sebuah lagu nyanyian Allahyarhamah Mona Fandey.
Perkara tersebut didedahkan seorang pengguna Twitter, @arfdy12 yang memaklumkan Malique baru sahaja melancarkan single itu.
Lebih menarik lagi, tajuk lagu berkenaan juga diambil dari bait lirik di dalam lagu nyanyian Mona Fandey itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Ciri Terbaharu ‘Rate Limit’ Di Twitter Bikin Pengguna Tak Puas Hati, Geram!
Baru tahu Malique ada keluar new single – Sedih Hati.
Lain macam ya bila dengar vibe lagu ni.
Bila baca komen ada yang cakap intro tu lagu Ratapan Anak – Mona Fandey
Fuhhh bukan biasa-biasa 😅
Credit : QueChill TT pic.twitter.com/2ihPyj2NfO
— 🤎Arifism🤎 (@arfdy12) July 3, 2023
Difahamkan juga lagu Mona Fandey itu dijadikan sebagai ‘intro’ dan ‘background’ pada lagu baharu penyanyi rap tersebut.
“Baru tahu Malique ada keluar new single – Sedih Hati. Lain macam ya bila dengar vibe lagu ini.
“Bila baca komen ada yang cakap intro itu lagu Ratapan Anak – Mona Fandey. Fuhhh, bukan biasa-biasa,” ciapnya ringkas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut merasakan lagu tersebut mempunyai unsur seram kerana dikaitkan dengan misteri Mona Fandey berikutan kes pembunuhan kontroversi suatu ketika dahulu.
Selain, ada juga segelintir yang teruja dengan hasil karya tersebut dan menyifatkan Malique itu tidak pernah gagal dalam menghasilkan lagu.
Sekadar informasi, Allahyarhamah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada tanggal 2 November 2001 di Penjara Kajang, Selangor selepas dia didapati bersalah kerana membunuh bekas ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan Idris pada 1993.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Twitter Arifism