Meskipun masih belum surut khabar duka penceraian antara pelakon, Fattah Amin dan Fazura, kini lagu duet terbaru mereka berjudul ‘Bertahan Demi Cinta’ pula menjadi bualan orang ramai apabila ia dilancarkan pada 10 Oktober semalam.

FAZURA Studio tampil menjernihkan keadaan dalam sebuah kenyataan berkata, pemilihan tarikh pelancaran lagu rasmi bagi drama bersiri popular Hero Seorang Cinderella 2 (HSC2) yang telah ditayangkan pada Mac lalu telah diputuskan secara bersama pada beberapa bulan yang lalu oleh FAZURA Studios dan HITS Record kerana keistimewaan tarikh 10 Oktober itu sendiri.

Selain itu, ia juga bagi menyelaraskan pendekatan bersama yang diambil oleh kedua-dua syarikat semasa pelancaran lagu berjudul “Tenang Diri” nyanyian IPPO Hafiz pada tarikh istimewa 9 September lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak Boleh Burukkan Dan Buka Aib Antara Satu Sama Lain. Fazura, Fattah Amin Boleh Dikenakan Perintah Hina Mahkamah – Peguam

Lagu Terbaru Fazura Dan Fattah Amin Tiada Kaitan Dengan Hal Peribadi, Tarikh Pelancaran Sudah Lama Dirancang

“Sehubungan dengan itu, pelancaran lagu ini pada 10 Oktober tiada sebarang kaitan dengan perkembangan terkini urusan peribadi Nur Fazura Sharifuddin dan kami tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak”

“Kami juga ingin menegaskan bahawa kenyataan dikeluarkan oleh pengurus kepada Nur Fazura Sharifuddin berhubung pemilihan tarikh peluncuran lagu ini yang telah dilaporkan media tempatan pada hari ini adalah pendapat peribadi beliau semata-mata serta ianya tidak mewakili syarikat FAZURA Studios dan HITS Record,” jelas FAZURA Studio menerusi kenyataan yang sama.

Ads

ARTIKEL BERKAITAN: #Fattzura Berakhir: Fattah Dan Fazura Sah Cerai Talak Satu, Sebak Keluar Dari Mahkamah

Lagu Terbaru Fazura Dan Fattah Amin Tiada Kaitan Dengan Hal Peribadi, Tarikh Pelancaran Sudah Lama Dirancang

“Kedua-dua syarikat juga berpegang kepada perancangan yang telah dibuat lebih awal sebelum ini, yang mana tiada sebarang penglibatan oleh pengurus kepada Nur Fazura Sharifuddin,” tambah kenyataan media tersebut.

Ads

Sebelum ini, drama HSC2 dibintangi oleh Fazura dan Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin bersama anak perempuan mereka Nur Fatima Aisha.

ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin Nafi Curang & Abai Tanggungjawab Sebagai Bapa, Akui Terkejut Dengan Pendedahan Fazura

Ads

Lagu rasmi drama ini ditulis oleh komposer terkenal IPPO Hafiz dan telah dirakamkan di Jakarta, Indonesia dalam bulan Januari 2024 disusuli dengan pengambaran video muzik lagu tersebut yang telah dibuat di Yogyakarta, Indonesia pada Februari 2024.

Para peminat dan pendengar boleh mula menikmati lagu ‘Bertahan Demi Cinta’ di platform digital termasuk Spotify dan YouTube HITS Record bermula 10 Oktober 2024.

Sekadar, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun. Namun, pasangan selebriti popular berkenaan sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari pada 7 Oktober lalu.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI