Siapa sangka muzik video yang tidak disiarkan walaupun telah dihasilkan akhirnya menjadi trending seluruh dunia enam tahun kemudian. Mungkin inilah tuah yang datang sedikit lambat buat penyanyi bersuara unik, Meghan Trainor.
Lagu Title merupakan karya yang dimuatkan di dalam album debutnya yang juga bertajuk Title pada tahun 2015 yang mana menyaksikan album tersebut hangat di pasaran. Terjual sebanyak 1.8 juta keping seluruh dunia, ia merupakan antara 10 album terbaik dari segi jualan pada tahun itu. Lagu Title antara yang popular namun tidak menjadi hit bak lagu-lagu lain seperti All About That Bass dan Dear Future Husband.
Ekoran itu, muzik video lagu itu yang sudah siap dihasilkan tidak disiarkan kepada umum walaupun ketika itu ada yang membocorkan sedikit sedutan klip video tersebut. Akhirnya selepas enam tahun muzik video tersebut akhirnya disiarkan kerana lagu tersebut menjadi viral di laman media sosial TikTok.
Thanks to TikTok!
Meghan yang dilihat menari berlatarkan rentak lagu tersebut berkata di ruangan kapsyen, “Bila mereka tidak membenarkan anda menyiarkan muzik video rasmi sehinggalah TikTok menjadikannya viral enam tahun kemudian.”
@meghantrainor Available EVERYWHERE tomorrow 🥳 #Title ♬ Title – Meghan Trainor
Diarahkan oleh Fatima Robinson dan dirakam pada 2014, video yang kini rasmi menunjukkan penyanyi itu membuat persembahan dalam gaun rona biru yang berkilauan manakala pertandingan peraduan ala Miss America berlangung di belakangnya.
Walau bagaimanapun, there is a twist! Peserta pertandingan itu bukan wanita tetapi lelaki bertubuh tegap, yang ditunjukkan sedang berjalan di runway dan sedang bersiap-siap di bilik persediaan sebelum berhadapan dengan kamera.
Setakat ini, muzik video tersebut telah menerima lebih 9 juta tontonan selepas disiarkan pada 15 Disember lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.