Pernah tak korang alami gejala seperti teringat dan sentiasa memikirkan sebuah lagu viral yang sama berulang kali? Ha…inilah yang dinamakan dan dikaitkan dengan masalah ‘earworms’.
ARTIKEL BERKAITAN : Lagu ‘Bae Sobar Bae’ Dah Sampai Ke Jepun! -“Kelantan Mendunia Boh”
Namun sedar atau tidak, ramai dalam kalangan kita yang berdepan situasi di mana lirik dan melodi sesuatu lagu itu ‘melekat’ di fikiran untuk tempoh masa tertentu.
Menurut Public Health Malaysia (PHM) dalam satu hantaran di laman X, situasi tersebut dikenali sebagai earworms (cacing telinga).
Sebagaimana dijelaskan PHM, earworms adalah satu keadaan apabila lagu yang sudah tidak dimainkan itu tetap didengari secara berulang kali dalam kepala anda
Walaupun majoriti individu tidak menganggap ia sebagai satu masalah, tetapi sedikit sebanyak situasi berkenaan boleh menyebabkan anda kurang fokus.
Terdapat empat tip boleh dilakukan untuk menghentikan situasi earworms daripada terus berlanjutan.
1. Dengar keseluruhan lagu
Menikmati keseluruhan lagu dapat menghilangkan sesetengah rangkap lagu yang ‘terperangkap pada gelung’ dalam kepala anda.
2. Tambah variasi lagu dalam fikiran
Fikirkan atau dengar lagu lain yang lebih anda sukai, atau fikirkan lagu kebangsaan.
Selain itu, berzikir juga mampu membantu.
Nikmati keseluruhan lagu untuk menghilangkan earworms. -Gambar hiasan
3. Abaikan
Cuba untuk tidak memikirkan lagu tersebut dan biarkan ia lenyap secara semula jadi dengan sendirinya.
4. Sibukkan diri
Lakukan aktiviti lain yang boleh membuatkan tumpuan anda beralih daripada memikirkan lagu berkenaan.
Kata PHM lagi, situasi berkenaan boleh menyebabkan masalah lain seperti gangguan obsesif-kompulsif (OCD), sindrom psikotik, sakit kepala, migrain, sawan atau keadaan yang dikenali sebagai palinacousis.
Tambahnya, kebanyakan kes Earworms adalah tidak serius. Ia berkemungkinan sebahagian daripada proses kreativiti otak anda. Namun begitu, anda dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan daripada pakar sekiranya masalah berlanjutan lebih 24 jam.
BACA LAGI : “Pakailah ‘Braces’ Kalau Nak Diet…” -Aisha Retno Tepis Dakwaan Ambil Bahan Terlarang
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.