“Lahirkan Lebih Ramai Anak Muda Berpotensi Untuk Wakili Kerajaan..” – TMJ Di FB

Share

Menurut Tunku Ismail Sultan Ibrahim, baginda mengetahui apa yang rakyat tidak tahu.

 

Lewat malam semalam melalui akaun Facebook untuk Johor Southern Tiger, Tunku Mahkota Johor, Tuanku Ismail Sultan Ibrahim telah berkongsi pendapat baginda di dalam sebuah kenyataan yang panjang lebar. Ia berkenaan kedudukan rakyat Johor sempena Pilihan Raya Umum ke-14 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Antara inti pati menarik yang dikongsikan oleh baginda yang mesra dikenali sebagai TMJ itu adalah berkenaan perubahan yang boleh dilakukan oleh rakyat dan kerajaan akan datang demi membangunkan Malaysia.

TMJ memulakannya dengan terlebih dahulu berkata, baginda tidak memberi nasihat sebagai ahli politik tetapi sebagai seorang anak Raja yang berkhidmat kepada rakyat.

Kata baginda, dirinya dan DYMM Sultan Johor selalu berkongsi pandangan dan inisiatif terbaik untuk masa depan negeri tersebut. Dalam senario politik sekarang tak kiralah parti yang memerintah atau parti pembangkang, baginda menasihati agar rakyat bijak menilai apa yang terbaik untuk negeri dan negara meraka.

Apa yang rakyat dengar melalui media nasional atau media sosial hanyalah janji manis ahli politik, namun DYMM Sultan Johor dan baginda TMJ lebih mengetahui ‘situasi sebenar’.

Baginda juga berkongsi mengenai pandangan rakyat yang semakin lama semakin jauh hati dengan parti UMNO yang dilahirkan di negeri Johor.

“Bagi pandangan saya, UMNO perlu lebih aset daripada liabiliti. Mereka perlu menukar cara pentadbiran dan pemikiran serta polisi. Kita perlu lebih aset iaitu orang-orang muda yang ingin berkhidmat kepada negara dan berkongsi pengetahuan mereka yang berpotensi.”

Selepas menyentuh mengenai ‘individu tertentu’ yang merosakkan kepimpinan demi nasib keluarganya, TMJ menasihati agar rakyat terutamanya rakyat Johor terus melaungkan suara sekiranya mereka tidak suka dengan sesuatu keputusan yang dibuat oleh kerajaan.

DYMM Sultan Johor dan TMJ berada di tampuk tersebut untuk menyampaikan suara rakyat kepada kerajaan yang memerintah. Mereka juga ingin memperbaiki apa-apa kelemahan yang ada di dalam kerajaan, sama seperti rakyat lain.

“Saya bukan ingin menyokong mana-mana parti politik tetapi untuk mengubah nasib negara, kita perlu mengubahnya daripada dalam. Jika kita mampu melahirkan ramai lagi anak muda yang ada potensi, sanggup berkhidmat kepada negara dan boleh memastikan dia mampu mewakili kerajaan, kita boleh berubah dari dalam.

Untuk membaca perkongsian penuh TMJ, klik di sini.

Published by
FZ