Haa, korang pernah tak sambut hari kelahiran dengan mengeluarkan koleksi pakaian seperti hijab?
Belum terfikir lagi kan, hehe..
Itulah keistimewaan yang cuba dilakukan oleh Azim Mat Noor yang memutuskan untuk mengeluarkan koleksi hijab bercorak flora yang elegan dan versatil sempena hari kelahirannya yang ke-27. Pelik? Tak juga..
Ini kerana Azim yang lebih mesra dikenali sebagai Jimmy ialah merupakan pengasas kepada JIMMYSCARVES, sebuah jenama koleksi hijab yang mempopularkan gaya tudung labuh moden.
Koleksi hari jadi ini diberikan nama Love Jimmy 3.0 dan ini merupakan ‘koleksi hari jadi’ ketiga yang pernah diperkenalkan oleh Jimmy sejak tahun 2018.
Love Jimmy 3.0
Love Jimmy 3.0 tampil lebih segar dengan dua jenis hijab iaitu square scarf dan instant square scarf.
Kedua-dua hijab ini masih mengekalkan bidang lebar yang menyelesakan pemakai, iaitu 50”. 55” dan 60” bagi menutup bahagian dada dengan cermat.
Bersesuaian dengan pemakai di Malaysia dengan cuaca yang sukar untuk dijangka, koleksi ini diperbuat daripada fabrik premium seperti Korean chiffon dan Sakura Chiffon.
Ads
Selain ‘menyejukkan’, ia juga mudah digaya, ringan dan ‘flowy’. Pada masa sama, ia tidak terlalu nipis dan masih menutup aurat dengan baik.
Ads
Love Jimmy 3.0 hadir dalam 6 warna berbeza, terpulang sama ada korang menggemari warna vibran ataupun warna lembut seperti pastel. Tempahan pre-order bagi koleksi ini bermula dari hari ini (18 September) sehingga 23 September kelak.
Manakala, ia akan boleh dibeli di stor atas talian dan stor fizikal pada 24 September lalu.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“I nak tengok filem Melayu macam filem Hollywood.”
Impian untuk menerbitkan sebuah filem gempak dan diminati oleh ramai orang itu memanglah bukan satu kerja yag mudah.
Tak semua orang tahu betapa susah dan renyahnya proses menghasilkan sebuah filem yang berkualiti. Yang kebanyakan orang kita tahu adalah mengkritik sesebuah filem kerana kurangnya teknologi CGI, jalan cerita yang klise dan lakonan yang kurang memberangsangkan.
Tapi di sebalik filem berdurasi lebih sejam yang korang tonton itu, adakah korang faham apa yang dilalui oleh pihak produksi?
Penulis merasakan itu adalah satu kekuatan yang dipegang oleh filem terbaru Astro Shaw berjudul BIKIN FILEM ini.
Kata penerbitnya iaitu Mohamad Zubir Badarshair, BIKIN FILEM memaparkan kisah sebenar yang dilalui oleh seorang penerbit.
“Kami ingin membuka mata lebih ramai pihak agar tidak mengkritik secara keterlaluan terhadap filem tempatan yang dihasilkan. Hakikatnya, untuk menerbitkan sebuah filem memang sukar dan meraka yang melaluinya saja yang dapat memahami,” jelas Zubir.
Secara ringkasnya, BIKIN FILEM menceritakan mengenai kisah yang selalu terjadi di sebalik pembikinan sebuah filem. Haa, gosip-gosip yang selalu korang baca dalam portal dan surat khabar tu. Agak-agak betul ke semua tu terjadi?
BIKIN FILEM bermula dengan adegan seorang bintang filem (Sherry Alhadad) bernama Khaty Bale yang terkenal dengan gosip-gosip liar. Khaty ingin menerbitkan sebuah filem berjudul ‘Dendam Berbalas’ dan diarahkan oleh Rahim G (Azhan Rani).
Sepanjang pembikinan Dendam Berbalas, pelbagai cabaran yang terpaksa dilalui oleh pihak produksi dan pelakon untuk menjayakan filem tersebut. Bukan itu saja, setiap kru, barisan pelakon dan pengarah Dendam Berbalas juga mempunyai macam-macam kerenah dan ragam sendiri.
Well guys, Remaja belum berkesempatan untuk menonton filem karya Latiff Zami dan terbitan Zubir Badarshair ini.
Namun menerusi klip acah yang baru dimuat naik oleh Astro Shaw semalam, nampaknya filem ini mempunyai lebih banyak mesej tersirat walaupun ia bergenre komedi. Macam nak ‘menganjing’ industri lakonan tempatan pun ada juga. Hehe..
Pada hemat penulis, BIKIN FILEM mampu menjadi di antara filem terbaik tempatan yang pernah ditayangkan pada tahun ini. X-factor yang ada BIKIN FILEM bermula dengan barisan pelakonnya.
Gabungan ‘3 Sharifah’ iaitu Sherry Alhadad, Sharifah Sakinan (Yasmin Gamat) dan Scha Alyahya (Zarina Ishak) saja sudah membuatkan kita bayangkan gelak dekah yang akan menyusuli babak masing-masing.
BIKIN FILEM juga kelihatan ‘kuat’ di atas kertas dengan adanya kemunculan Azhan Rani, Mark Adam (Malik Rizzuan Chin), Ucopppp (Sufian Kassim), Erra Fazira (Datin Azizah), Jasmin Hamid (Kakak Zarina lakonan Scha), Syazwan Zulkifly, Azrel Ismail, Amerul Affendi dan ramai lagi!
Malah, dalam klip acah berdurasi 2 minit 7 saat ini, kemunculan sebentar Kamarool Hj Yusoff sebagai Bomoh Hujan sudah menjadikan Bikin ‘worth-watching’.
Penulis juga tertarik dengan beberapa dialog yang dimasukkan ke dalam klip acah (teaser)
Contohnya seperti monolog Erra Fazira yang menyebut, “Kalau awak benar-benar seorang pembikin filem, awak mesti nak penonton merasa puas dengan karya kolaborasi kan? You have to be strong.” Ia menunjukkan betapa pentingnya kualiti dan strategi yang perlu ada untuk menjadikan sesebuah naskah itu berjaya.
Monolog ‘royan’ yang menyebut, “Kenapa filem kita tak laku?! Tahu tak puncanya? Puncanya sebab kita!” juga merupakan satu persoalan yang selalu bermain di minda pengkarya dan peminat dunia filem tempatan.
Kadangkala skripnya bagus, para pelakonnya berpengalaman tetapi entah di mana silapnya, filem terbitan Malaysia masih tidak mendatangkan keuntungan atau tidak mampu menarik perhatian penonton untuk mengunjungi pawagam. BIKIN FILEM cuba untuk mencari jawapan bagi persoalan itu.
BIKIN FILEM bakal ditayangkan menerusi Astro First (Saluran 480) bermula 5 November ini. Dengan hanya RM15, korang boleh menonton selama 48 jam secara berulang-ulang.
Korang juga boleh strim filem ini menerusi aplikasi Astro Go atau On Demand.
*
Selain BIKIN FILEM, ini adalah satu lagi filem terbaru yang diterbitkan oleh Astro.
Manusia hanya mampu merancang dan Allah menentukan. Jika sebelum ini, di instagramnya, Saphira Indah, pelakon filem Eiffel I’m In Love dan Eiffel I’m In Love 2 sering menulis kata-kata indah agar dirinya dan bayi dalam kandungan sentiasa selamat tetapi Allah menyayangi dirinya apabila dia dilaporkan meninggal dunia pagi tadi.
Memetik berita Astro Awani, allahyarham Saphira Indah meninggal dunia dalam keadaan dirinya hamil enam bulan pada Rabu di Jakarta, Indonesia.
Saphira, 32, dilaporkan media tempatan mengalami sesak nafas selama lima hari sebelum dibawa ke hospital.
Suami pelakon itu, Rico Hidros Daeng berkata, keadaan isterinya itu bertambah kritikal pada hari kelima sebelum menghembuskan nafas terakhir.“Sebenarnya dia hanya sesak nafas biasa. Tetapi pada hari kelima, keadannya bertambah teruk. Dia mengalami masalah pernafasan,” katanya ketika ditemui di Tanjung Priok, Jakarta Utara pada Khamis.
Saphira yang membawa watak Uni dalam filem yang menjalani penggambaran di kota Paris itu juga dikatakan amat mengambil berat kesihatan dirinya yang sedang hamil anak kedua.
Menurut Rico, Saphira juga tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ganjil atau sebagainya.
“Tiada keluhan sakit yang teruk kerana setiap bulan, dia tidak pernah mengabaikan pemeriksaan kesihatan, malah makan minumnya turut dijaga rapi.
“Ajal datang dalam pelbagai cara. Kadang-kadang orang yang sedang duduk pun boleh meninggal dunia. Jadi kita tidak mampu untuk jangka bila kita akan mati,” katanya.
Jenazah Saphira dikebumikan di Tanah Perkuburan Budi Darma, Tanjuk Priok, Jakarta Utara pada pukul 10 pagi (waktu Indonesia Barat) Khamis.
Selain siri filem Eiffel I’m In Love, aktres itu juga berpeluang membintangi beberapa buah filem lain antaranya Virgin 3: Satu Malam Mengubah Segalanya (2011), Poconggg Juga Pocong (2011), Rumah Kosong (2014) dan Villa 603 (2015).
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tetapi itulah yang membuatkan mereka lebih istimewa.
Setiap kali korang ingin membelikan hadiah kepada girlfriend masing-masing, pastinya ia memberi bebanan kepada korang. Adakah si dia akan menyukainya, adakah hadiah tersebut terlalu mahal untuk diberikan selepas beberapa date..
Lebih-lebih lagi jika korang ingin menghadiahkan mereka dengan jewelry atau barang kemas.
Cer jawab kuiz di bawah untuk melihat aksesori Pandora yang manakah paling sesuai untuk girlfriend korang daripada Valentine’s Collection ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...