Lain Macam! Ini Rupanya Langkah-Langkah Pemilihan YDP Agong Yang Ramai Tak Tahu

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Alhamdulillah, Malaysia akhirnya mempunyai Yang di-Pertuan Agong baharu.

 

Setelah Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V mengumumkan pengunduran Baginda pada 6 Januari 2019, terlalu banyak ramalan bertebaran mengenai siapakah yang akan menggantikan Baginda.

Akhirnya, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah telah dilantik oleh Majlis Raja-Raja.

BACA: Netizen Sambut Gembira Perlantikan YDP Agong Baru, Doakan Yang Terbaik

Kami di REMAJA sebenarnya tertanya-tanya jika proses pengundian Baginda sama seperti undian yang biasa kita lakukan.

Ternyata telahan kami tu salah! Cer tengok proses undi yang cukup sulit ni.

 

01

Semasa Majlis Raja-Raja bersidang untuk memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong seperti yang dilakukan hari ini, Yang di-Pertua Negeri (seperti Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak) tidak perlu hadir walaupun mereka anggota Majlis.

 

02

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan membekalkan hanya SATU kertas undi kepada setiap Raja. Kertas undi yang digunakan tidak bernombor, manakala undian akan ditanda menggunakan pen dan dakwat sama (mungkin agar undian kekal sulit).

 

03

Raja diminta menanda pendapat sama ada Raja yang paling kanan (satu nama saja) sesuai atau tidak sesuai dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

 

04

Selepas kesemua kertas undian dimasukkan ke dalam peti undi, Raja yang paling muda dari segi pemerintahan dan tak tersenarai sebagai calon Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong dipilih untuk mengira kertas undi bersama-sama Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

 

05

Keputusan undian akan diumumkan di hadapan Raja-Raja. Kemudian (be prepared), kertas undi itu akan dimusnahkan dengan cara membakar atau merincih kertas.

 

06

Calon Yang di-Pertuan Agong memerlukan majoriti 5 undi sebelum Raja yang mempengerusikan Mesyuarat Pemilihan menawarkan jawatan tersebut kepada Baginda. Jika Raja yang berjaya tidak menerima tawaran atau Raja gagal memperolehi majoriti 5 undi, maka proses pengundian akan dilakukan semula.

 

07

Caranya adalah dengan mencalonkan nama Raja yang kedua dalam senarai paling kanan yang layak dipilih untuk diundi.

 

08

Jika Baginda sudah dipersetujui sebagai Yang di-Pertuan Agong, Majlis akan mengisytiharkan Baginda dan Baginda akan memegang jawatan itu bagi tempoh 5 tahun.

 

***

Fuhh, lain macam proses pengundian ni. Iyalah, untuk memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong bukan mudah. Jadi persetujuan kesemua Raja amatlah perlu.

Apapun, REMAJA ucapkan agar Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16 Malaysia, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah akan dipanjangkan usia, dikurniakan kesejahteraan dan semoga segala proses pertabalan esok pagi (31 Julai 2019) akan berjalan dengan lancar.

Daulat Tuanku!

 

Sumber: Sinar Harian

Published by
FZ