Patutlah penyanyi, Justin Bieber dan isterinya, Hailey dilihat ‘terbang’ ke Paris pada awal bulan Julai ini.
Ingatkan Justin ke sana bagi menghadiri acara pertunjukan fesyen sempena Musim Luruh/Sejuk Houte Couture 2021 ataupun sekadar untuk percutian romantik bersama isterinya. Justin yang juga dilihat bersalaman dengan Presiden Perancis, Emanuelle Macron serta isteri beliau, Brigitte Macron turut mencetuskan pertanyaan di kalangan peminatnya.
Rupa-rupanya, kehadiran Justin dan Hailey ke Paris adalah untuk menjayakan kempen fesyen terbaru jenama Balenciaga di mana Justin menjadi wajah kempen rumah fesyen itu.
Apa yang membuatkan ramai peminat fesyen dan Justin tertarik menerusi foto pertama kempen yang dimuat naik oleh Balenciaga semalam adalah gayanya yang dilihat semakin matang dan berbadan bidang.
Mungkin sekali, foto yang dibidik oleh jurugambar dari Amerika Syarikat, Katy Granna ini bermain dengan teknik penggayaan berlapis ataupun layering technique hingga membuatkan Biebs kelihatan ‘sado’ dan ala ‘hypebeast’.
Penyanyi Peaches ini menyarungkan jaket bomber kulit, baju T putih, seluar sweatpants dan kasut sneakers dempak ala daddy’s shoes. Pada bahagian lengannya pula ialah beg klasik ‘motorcycle’ jenama tersebut.
Kita tahu Justin mempunyai bentuk badan yang fit. Namun sekali imbas, kelihatan seperti foto Justin ini telah disunting untuk membuatkan lebih maskulin. Tapi guys, itulah kelebihan mempunyai pengarah seni di set penggambaran. Kena pandai cari angle saja.
Dengan penglibatan Justin bersama Balenciaga ini, serta-merta bilangan kelompok yang bercakap mengenai koleksi ini terus mencanak naik. Justin masih mempunyai ‘kuasa’ untuk menarik orang membeli barangan yang dipakai olehnya (walaupun harganya boleh tahan mahal).
Selain Justin, Isabelle Huppert juga membintangi kempen terbaru Balenciaga ini dalam persalinan trench dress.
Mungkin kita di Malaysia tidak begitu familiar dengan Isabelle, tetapi di Eropah; pelakon wanita dari Perancis ini merupakan seorang fesyenista yang dikagumi ramai. Contohnya, kemunculan beliau di tayangan gala filem Everything Went Fine di Festival Filem Cannes baru-baru ini telah menjadi perbualan ramai pihak.
Jadi, apa pendapat korang mengenai stail dan rupa Justin serta Isabelle dalam kempen Balenciaga kali ini?