Setiap kali mereka mengadakan sidang media Samsung CES, pastinya ramai yang ternanti-nantikan apakah keluaran terbaru daripada jenama Korea Selatan itu.
Situasi sama berlaku semalam setelah Samsung melancarkan kempen ‘The Age of Experience’ di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Ya, terdapat banyak produk menarik yang akan diperkenalkan sepanjang tahun ini, termasuklah ‘robot bola tenis’ bernama Ballie.
Paling menarik perhatian REMAJA adalah model televisyen baru bernama Samsung Sero. Ia merupakan TV yang boleh dipusing daripada kedudukan melintang ke menegak.
Samsung Sero dicipta khas di Korea Selatan pada tahun lalu untuk millennial yang gemarkan TikTok, Instagram dan segala aplikasi yang boleh disambungkan ke TV.
Ia mempunyai ‘TV stand’ sendiri dengan dimensi tepat agar TV tidak terhentak ke lantai sewaktu dipusingkan.
Pengguna Samsung Galaxy boleh terus screen mirror kepada TV semudah menyambungkan telefon pintar ke TV. Malah, pengguna iPhone juga boleh menghantar video mereka ke TV kerana ia menyokong AirPlay 2.
Buat masa ini, Samsung Sero hanya akan dijual di Amerika Syarikat dan besar kemungkinan di UK serta Eropah. Untuk pasaran Malaysia dan Asia (selain Korea Selatan), masih belum ada berita mengenai kemasukan Samsung Sero.
Apa pendapat korang, adakah kita memerlukan TV khas semata-mata untuk menonton video TikTok?
Atau cukuplah sekadar menontonnya di skrin telefon?
*
Bagi yang merasakan telefon pintar lebih PENTING daripada skrin TV tetapi masih mementing saiz skrin yang besar, mungkin korang boleh consider membeli Samsung Galaxy Fold ini..