Jika sebelum ini, anak kelahiran Ipoh Tan Sri Michelle Yeoh melakar sejarah dan berjaya memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk peranannya dalam filem Everything Everywhere All at Once pada majlis anugerah paling berprestij Hollywood, baru-baru ini.
Terkini, seorang lagi anak kelahiran Ipoh mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
Beliau yang dimaksudkan ialah Eason Rajah berjaya dilantik sebagai hakim di England berkuat kuasa 18 April ini.
Dilaporkan pelantikan Rajah ini diumumkan secara rasmi menerusi laman jabatan kehakiman United Kingdom dalam mengisi kekosongan di Mahkamah Tinggi.
Ads
Untuk pengetahuan, Rajah mulai mendapatkan pendidikan awal di Malaysia sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti di Nottingham di mana beliau diterima ke dalam Majlis Peguam pada tahun 1989.
Eason Rajah merupakan pakar dalam bidang amanah antarabangsa dan ligitasi estet sebelum dilantik sebagai Peguam Diraja pada tahun 2011.
Ads
Beliau kemudiannya dilantik sebagai pendaftar, langkah pertama dalam tangga kehakiman pada 2016 dan diberi kuasa sebagai hakim Mahkamah Tinggi pada 2020.
Sebuah pencapaian yang membanggakan buat Eason Rajah selaku anak kelahiran Ipoh ini. Semoga pencapaian yang diperoleh Eason Rajah, sekaligus bakal menjadi inspirasi dan pendorong anak muda watan agar lebih banyak menjadi golongan profesional mencipta sejarah dan mengharumkan nama negara Malaysia.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tentu ada segelintir kita pernah melakukan perbuatan membakar semut terutama semut api kerana dianggap mengganggu, menggigit dan dilihat memberikan ancaman kepada persekitaran rumah mereka. Tanpa menyedari bahawa perbuatan membakar semut dan sarangnya haram kerana kita sebenarnya tidak boleh mengazab binatang dengan api melainkan Allah yang mencipta api.
Menurut Ustaz Azhar Idrus di page FBnya, menjawap pertanyaan dari pembaca apakah hukumnya membakar sarang semut. Jika kita pernah melakukannya suatu ketika dahulu mintalah ampun dan bertaubat kepada Allah atas kekhilafan kita dan tak akan mengulanginya lagi.
Baca penjelasan Ustaz Azhar Idrus mengenai hukum bakar sarang semut dan binatang ciptaan Allah taala ini.
SOALAN : Adakah bolih kita binasakan semut yang banyak di rumah kita dengan cara membakar sarangnya dengan semut sekali gus?
JAWAPAN : Haram hukumnya membunuh semut atau haiwan yang lain dengan api atau membakarnya.
Rasulullah saw bersabda :
لَا يُعَذِّبُ بِالنَّارِ إِلَّا رَبُّ النَّارِ
Artinya :
“Tidak harus mengazab dengan api melainkan Tuhan yang mencipta api.’ (Hadith Abu Daud)
Dan sabda Rasulullah saw :
لاَ تُعَذِّبُوا بِعَذَابِ اللَّهِ
Artinya :
“Jangan kamu sekelian mengazab dengan azab Allah.” (Hadith Bukhari)
Berkata Mufti Oman :
فديننا الإسلامي نهى حتى عن حرق الحيوانات والحشرات بالنار، وأمر بالرفق في الحيوان فضلاً عن الإنسان
Artinya :
“Maka agama kita Islam melarang dari membakar segala haiwan dan serangga dan yang merayap dengan api. Islam memerintahkan supaya berlemah lembut pada haiwan istimewa pula dengan segala manusia.”
Wallahua’lam
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tentu ramai yang belum tahukan tetapi penulisan dan perkongsian seorang doktor Dr Kamilin Jazirin ini sememangnya amat bermakna. Beberapa hari lalu, Dr Kamilin Jamilin menulis di fbnya mengenai kisah seorang remaja perempuan yang daya hafalannya amat menakjubkan dan mampu memberi inspirasi kepada remaja di luar sana.
Baca perkongsiannya, semoga ada mafaat buat kita semua.
SAFIYYA: SERIKANDI YANG BERCAHAYA
Safiyya al-Fauzani (13 tahun), anak didik saya di Home Tahfiz Darul Siddir Shah Alam yang merupakan anugerah yang sangat berharga buat diri saya, keluarga, agama dan umat. Saya melihatnya sebagai salah satu dari tanda kekuasaan Allah yang sangat ajaib di atas muka bumi ini.
Mengapa saya mengatakan sedemikian?
Kerana belum pernah saya menemui anak remaja Malaysia yang mempunyai daya hafalan al-Quran dan hadis yang sangat menakjubkan seperti beliau.
Beliau digelar rakan-rakannya dengan gelaran “Thanos” watak terkuat dalam filem Marvel The Avangers. Barangkali kerana kehebatan prestasinya yang sukar dicabar.
Safiyya berjaya merangkul Anugerah Darul Siddir 2018 (pelajar terbaik keseluruhan) dengan markah purata 96.8%, selain menggondol Anugerah Huffaz (pelajar al-Quran terbaik) dengan markah 98.5% dan Anugerah Muhaddith (pelajar Hadis terbaik) dengan markah 99%.
Ada juga yang menggelarnya “The Computer” kerana kepantasan otaknya mengira serta mencari hafalan yang sukar pada masa yang sama bagai carian Google.
Barangkali ramai di luar sana sudah maklum akan sistem hafazan fotografik memori yang saya terapkan pada anak didik saya.
Hampir semua anak didik saya mampu melakukannya dengan baik, cuma yang membezakan prestasi masing-masing ialah kepantasan mencapai maklumat hafalan ditambah dengan kemahiran mengira ayat.
Namun dalam ramai-ramai pelajar yang saya latih, bahkan di kalangan pelajar yang saya pernah temui sejak dahulu hingga kini dari pelbagai institusi, belum pernah saya menemui pelajar yang memiliki daya memori menakjubkan seperti adik Safiyya al-Fauzani ini.
She is just too amazing!
Keupayaannya menghafal dengan pantas, dan kemampuannya mengingati hafalannya tidak akan mampu disangkal sesiapa yang pernah menemui dan menguji remaja istimewa ini.
Di Darul Siddir, beliau yang paling pantas menghafal dan paling kukuh hafalannya. Bukan sekadar kukuh, bahkan begitu terperinci sekali hafalannya. Beliau mampu mengingati ayat yang sama atau mengelirukan serta lokasinya dengan tepat dan pantas.
Kebiasaannya beliau akan menjawab sebelum soalan habis dibacakan!
Jika ditanya misalnya: “Sebutkan 140 ayat sebelum…”, sebelum kita sempat menyelak halaman mencari jawapannya, beliau telah selesai menjawabnya.
Jika ditanya misalnya: “Ada berapa ayat yang mengandungi kalimah sekian dalam 3 juz awal?”, beliau akan terus menjawab penuh selamba bilangan serta lokasinya.
Reaksinya yang sangat bersahaja cukup ‘menggeramkan’ rakan-rakannya.
Sangat jarang beliau memberikan jawapan yang kurang atau tidak tepat. Bahkan pernah seorang penyemak luar yang menyebut: “Saya tidak dapat menemui kelemahan Safiyya walaupun saya telah memberinya soalan yang paling sukar!”.
Cari sahaja “Safiyya Darul Siddir” di YouTube, atau videonya di Facebook saya “Kamilin Jamilin – Seni Hadith”, pasti para pembaca akan mengerti apa yang saya maksudkan.
Ramai barangkali akan menyangka bahawa adik Safiyya ini pasti genius orangnya dan orang lain tidak akan mampu menghafal atau mengingati sepertinya.
Tidak dinafikan faktor kecerdasan dan kesesuaian kaedah memainkan peranan penting terhadap prestasi pelajar, namun sepanjang pemerhatian saya dan para guru di Darul Siddir, Safiyya merupakan pelajar yang paling rajin.
Beliau akan selalu berusaha lebih dari apa yang sepatutnya dan belajar luar dari masa rasmi.
Beliau juga didapati membuat nota tersendiri yang menghimpunkan formula hafalannya dan sebarang perincian hafalan yang diperlukan.
Safiyya juga sering berasa risau dengan dirinya dan selalu bertanya kepada para guru tentang cara untuk mengatasi kekurangannya.
Beliau mempunyai dorongan yang sangat kuat untuk menjadi yang terbaik.
Justeru saya selalu berpesan kepadanya supaya jangan terlampau menekan diri. Safiyya perlu belajar untuk ‘kalah’ sesekali supaya Safiyya boleh menerima andainya suatu hari nanti Safiyya diuji untuk tidak berada di kemuncak.
Jika tidak, pastinya akan membawa tekanan yang berat pada diri andainya roda kehidupan berputar.
Alhamdulillah dengan tawfiq Allah, doa ibu bapanya serta bimbingan para guru, pada 9 Disember lalu, Safiyya berjaya merangkul Anugerah Darul Siddir 2018 (pelajar terbaik keseluruhan) dengan markah purata 96.8%, selain menggondol Anugerah Huffaz (pelajar al-Quran terbaik) dengan markah 98.5% dan Anugerah Muhaddith (pelajar Hadis terbaik) dengan markah 99%.
Safiyya juga memenangi hadiah Bacaan Terindah, hadiah Pelajar Paling Rajin, dan hadiah Penampilan Terbaik yang membuktikan kualiti pelajar ini.
Sejak tahun 2017 lagi, Safiyya telah menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang, iaitu dengan membolot Anugerah Hafazan al-Quran Terbaik dengan markah 97.5% dan Anugerah Hafazan Hadis Terbaik dengan markah 95%, serta beberapa hadiah lain seperti Pelajar Paling Rajin yang diperolehinya selama 2 tahun berturut-turut.
Ya, sejak 2017 lagi, belum ada sesiapa yang mampu ‘menewaskan’ hafalannya baik peringkat dalaman mahupun melalui persahabatan yang pernah dicuba dengan institusi lain.
Namun kini ada seorang rakannya di Darul Siddir yang semakin menghampirinya dan berjaya menggentarkan sedikit hati adik Safiyya yang hebat ini, iaitu adik Eeman Syafeez.
Semoga kesemua ‘permata’ ini berjaya menjadi pendakwah terbilang yang memberi manfaat buat agama, umat dan negara!
-Dr. Kamilin Jamilin-
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mesti ramai yang tertanya-tanya jejaka kacak Hero Remaja punya result SPM macam mana kan?
Nah, kami nak bongkarkan keputusan SPM beberapa finalis Hero Remaja dulu dan sekarang. Agak-agak korang, berapa A dorang dapat ya?
1. Fattah Amin
Mengikut laporan yang kami terima, Fattah Amin mendapat 2A 4B dalam SPM.
2. Syafiq Kyle
Pelakon yang semakin meningkat naik, Syafiq Kyle pula memperoleh keputusan 2A 1B.
3. Saharul Ridzwan
3A 5B, not bad kan?
4. Alif Muhaimin
Juara terkini Hero Remaja 2017 mendapat keputusan 4A 1B. Math, Add Math, Science dan English adalah mata pelajaran yang Alif dapat score A dalam SPM. Boleh tahan juga Hero kita ni ya. Congrats Alif!
5. Farhan Asri
Katanya waktu SPM dulu selalu main-main, so dia dapat 4B 4C je. Ala chill la Paan, okay la tu. Hiks!
6. Harris Annuar
Abam botak Hero Remaja yang sentiasa cool dan macho ni mendapat keputusan 2A 3B untuk peperiksaan SPM. A for Math dan Lukisan Kejuruteraan. Wow!
7. Ikmal Amry
Pelakon Gantung The Series yang memegang watak sebagai Ray ini mendapat keputusan 2A 6B pada peperiksaan SPM yang lepas. Nak tahu dia score A untuk subjek apa? Ya, Bahasa Malaysia dan Pendidikan Islam.
8. Nabil Aqil
Peserta Hero Favorite 2017 katanya mempunyai keputusan yang biasa-biasa saja, tapi Nabil tidak malu untuk berkongsi dengan korang. Hanya memperoleh 1B, dia ingin memberi semangat untuk korang dan buktikan yang korang juga tetap akan berjaya di masa hadapan, jika kena dengan usaha.
Bagus Nabil. Tak cemerlang bukan bermakna tak boleh berjaya dalam hidup kan?
9. Ezmir Sadriq
Finalis yang berasal dari Sarawak, Ezmir Sadriq mendapat 6A 3B. Perghhh, cayalah ezmir. Congrats!
10. Safwan Nazri
Apa habaq orang Kedah? Ni wakil utara Hero Remaja nak habaq mai yang dia mendapat keputusan 3A 6B.
Result korang macam mana pulak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.