Lakar Sejarah, Anak Watan Ipoh Dilantik Sebagai Hakim Mahkamah Tinggi UK

Share

Bukan biasa-biasa ye orang Ipoh ni…

Jika sebelum ini, anak kelahiran Ipoh Tan Sri Michelle Yeoh melakar sejarah dan berjaya memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk peranannya dalam filem Everything Everywhere All at Once pada majlis anugerah paling berprestij Hollywood, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Tan Sri Michelle Yeoh Menang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Academy Awards Ke-95

Foto Via FMT Today

Terkini, seorang lagi anak kelahiran Ipoh mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Beliau yang dimaksudkan ialah Eason Rajah berjaya dilantik sebagai hakim di England berkuat kuasa 18 April ini.

Dilaporkan pelantikan Rajah ini diumumkan secara rasmi menerusi laman jabatan kehakiman United Kingdom dalam mengisi kekosongan di Mahkamah Tinggi.

Untuk pengetahuan, Rajah mulai mendapatkan pendidikan awal di Malaysia sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti di Nottingham di mana beliau diterima ke dalam Majlis Peguam pada tahun 1989.

Eason Rajah merupakan pakar dalam bidang amanah antarabangsa dan ligitasi estet sebelum dilantik sebagai Peguam Diraja pada tahun 2011.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai pendaftar, langkah pertama dalam tangga kehakiman pada 2016 dan diberi kuasa sebagai hakim Mahkamah Tinggi pada 2020.

Sebuah pencapaian yang membanggakan buat Eason Rajah selaku anak kelahiran Ipoh ini. Semoga pencapaian yang diperoleh Eason Rajah, sekaligus bakal menjadi inspirasi dan pendorong anak muda watan agar lebih banyak menjadi golongan profesional mencipta sejarah dan mengharumkan nama negara Malaysia.

BACA LAGI : Lakar Sejarah Emas Olahraga Pertama Buat India Di Olimpik 2020, Anak Petani Bakal Jadi Jutawan

SUMBER : FMT Today

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana