Lakar Sejarah Emas Olahraga Pertama Buat India Di Olimpik 2020, Anak Petani Bakal Jadi Jutawan
Ogos 9, 2021
Share
Anak petani berusia 23, Neeraj Chopra menjadi ‘bintang’ menyinar di negeranya setelah memenangi pingat emas pertama olahraga India dalam sejarah Sukan Olimpik baru-baru ini.
Lantas, syarikat swasta dan kerajaan menjanjikan wang tunai dan hadiah bernilai lebih RM8.5 juta kepada perejam lembing ini. Agak membanggakan apabila remaja membolehkan India merekodkan pencapaian terbaik di temasya Olimpik kali ini dengan satu emas, dua perak dan empat gangsa.
Dia akan menerima imbuhan tunai lumayan sebagai ganjaran atlet apabila kerajaan di negeri kelahirannya di Haryana akan memberikan Chopra bonus RM3.38 juta. Beberapa kerajaan negeri lain menawarkan bonus RM1.7 juta dan syarikat pendidikan utama menjanjikan RM1.14 juta.
Untuk pengetahuan, dua tahun lepas dia pernah menjalani pembedahan siku dan nyaris menjejaskan kariernya, melakukan rejaman 87.58 meter di Stadium Olimpik Tokyo untuk membangkitkan keghairahan di negaranya.
Chopra datang ke Tokyo 2020 dengan rejaman keempat terbaiknya pada tahun ini dan meneruskan prestasi cemerlang mengatasi atlet Jerman, Johannes Vetter yang gagal mara dalam kelompok lapan terbaik.
Malah selebriti Bolywood tidak lepas mengucapkan tahniah buat ‘hero’ mereka antaranya :
Kareena Kapoor
Ajay Devgn menulis , “You’ve made your parents & India proud”.
Arjun Rampal turut menyampaikan ucapan tahniah
Penyanyi Veteran, Lata Mangeshkar mengucapkan tahniah dan mengatakan ianya ‘pride of the country’.
Chopra turut berkata pada sesi interview bahawa dia berharap emas Olimpik itu akan menjadi titik penting buat sukan olahraga negaranya. Kemenangan ini juga menamatkan penantian 121 India untuk menang emas olahraga.