Lakar Sejarah Tersendiri, Beyonce Raih Trofi Anugerah Grammy Terbanyak Sepanjang Zaman

Share

Penyanyi tersohor antarabangsa, Beyonce mencipta sejarah apabila menjadi penerima trofi terbanyak sepanjang zaman selepas merangkul empat trofi pada malam kemuncak Anugerah Grammy Ke-65 yang berlangsung di Crypto.com Arena, Los Angeles (LA), California, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Bekas anggota kumpulan Destiny’s Child itu telah memenangi anugerah Album Muzik Tarian/Elektronik Terbaik menerusi album Renaissance, Lagu R&B Terbaik (lagu Cuff It), Rakaman Tarian/Elektronik Terbaik (lagu Break My Soul) dan Persembahan R&B Tradisional Terbaik (lagu Plastic Off The Sofa).

ARTIKEL BERKAITAN: Berjaya Tambat Hati Penonton Menerusi Siri Terbaharu Netflix ‘Wednesday’ , Ini Fakta Tentang Jenna Ortega

Maka, Beyonce sekaligus meleburkan rekod dipertahankan selama 20 tahun oleh konduktor bertaraf legenda, mendiang Georg Solti yang memiliki 31 anugerah Grammy sepanjang hayatnya.

“Saya cuba tidak terlalu emosi. Saya hanya mahu menerima anugerah malam ini sahaja. Saya ingin berterima kasih kepada Tuhan kerana melindungi saya, ibu bapa menyayangi dan menjadi pendorong.

“Juga buat suami dan tiga cahaya mata yang sedang menonton di rumah. Tidak lupa terima kasih kepada peminat dan mereka yang membantu dalam menjayakan setiap karya.

“Moga Tuhan merahmati kamu. Terima kasih Grammy,” kata Beyonce ketika menerima trofi tersebut.

Selain kehadiran bintang R&B dan pop itu, anugerah berprestij tersebut turut menampilkan pengacara dan pelawak terkenal Travor Noah sebagai hos.

Penganjuran pada tahun ini juga diserikan dengan persembahan daripada barisan penghibur berkelas dunia seperti Harry Style, Lizzo, DJ Khaled, Bad Bunny dan ramai lagi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Beyonce

Published by
Fath