Wakil Malaysia ke pertandingan ratu cantik, Miss Universe 2022, Lesley Cheam pada hari ini telahpun menyempurnakan saingan di peringkat preliminary dengan jayanya.
Lesley, 26 bersama-sama 84 wakil negara lain dengan penuh bangga telahpun membawa nama negara masing-masing menerusi empat segmen berbeza.
Ia termasuklah segmen pengenalan nama Malaysia dan pertunjukan kostum nasional di mana Lesley mempersembahkan kostum rekaan Hatta Dolmat bertemakan keunikan tarikan geografi negara, Kota Kinabalu.
Ia diikuti pusingan pakaian mandi dan akhir sekali pusingan gaun malam yang juga direka khas oleh Hatta Dolmat.
Menariknya tentang pusingan pakaian mandi pada edisi ke-71 Miss Universe ini, setiap wakil negara diminta untuk merekacipta lakaran pada sehelai fabrik putih kosong untuk dijadikan aksesori tambahan berupa cape pada bahagian bahu.
Lesley menerusi organisasi Miss Universe Malaysia telahpun berkolaboratif dengan artis tempatan, Nini Marini bagi rekaan cape ini.
Ads
Nini MariniRekaan ‘Cape of Kindness’ yang dipersembahkan oleh Lesley Cheam.
Kata Nini menerusi video yang dimuat naik, inspirasi di sebalik cape ini hadir daripada perbualannya dengan Lesley sendiri mengenai agenda menyebarkan kebaikan kepada orang ramai.
“Apabila terfikir mengenai Malaysia, negara ini adalah mengenai masyarakatnya yang baik hati. Lesley ingin berkongsi mesej tersebut dengan semua orang dan ia adalah sesuatu yang penting baginya.
“(Lesley) juga sukakan bunga matahari dan perkara menceriakan. Dia juga sempat memberitahu saya mengenai warna-warna kegemarannya dan hasilnya, saya telah menghasilkan rekaan ‘Cape of Kindness’.
Ads
“Saya telah sertakan bentuk bunga matahari, jika diterbalikkan ia kelihatan seperti pohon bunga matahari malah mempunyai corak seakan akarnya.”
“Saya berharap dahannya akan kelihatan seperti sayap. Saya memanggilnya ‘Sayap Kelopak’ (Wings of Petals) untuk Lesley. Apabila dia menebarkan kain sewaktu berpusing, dia ibarat sedang menebarkan kebaikan kepada semua penonton di sana.
“Saya berharap Lesley merasa cukup bertenaga apabila memakai (cape) ini,” tinta Nini yang juga merupakan suri hati kepada rapper, Joe Flizzow.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Nini menyifatkan persembahan Lesley yang menyarungkan ‘Cape of Kindness’ itu semasa pusingan pakaian mandi telah dilaksanakan dengan cukup baik dan membanggakan dirinya sebagai pereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wabak koronovirus masih lagi membimbangkan kerana hari demi hari ada sahaja peningkatan kes yang dilaporkan. Ramai yang mengambil langkah pencegahan dengan menggunakan hand sanitizer dan disebabkan itu produk tersebut begitu laku keras di pasaran.
Permintaan yang tinggi kadangkala tidak dapat dipenuhi kerana kekurangan stok yang ada, jadi apa yang korang boleh lakukan adalah dengan membuat sendiri home made sanitizer seperti yang dikongsi oleh Ir Abdul Rahman Bahasa di laman Facebooknya.
Selain mudah dan cepat untuk disediakan, ia juga tidak menggunakan kos yang tinggi. Jom kita lihat bagaimana cara untuk menyediakannya.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Dettol
2. Sterile Water (boleh didapatkan di farmasi)
Cara menyediakan:
1. Campurkan 20%n Dettol dan 80% sterile water.
• Kalau korang buat 100ml hand sanitizer guna sukatan ini. 20ml Dettol dan 80ml sterile water
• Kalau nak buat 50ml hand sanitizer guna 10ml Dettol dan 40ml sterile water
(Korang boleh sukat guna picagari atau lain-lain alat sukatan yang bersesuaian)
2. Kemudian, letak dalam botol spray. Gunakan sahaja botol-botol spray korang yang ada
Namun begitu, nak diingatkan bahawa formula ini hanya sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak yang berumur 10 tahun ke atas, ini disebabkan atas faktor ketebalan kulit.
Kesan Dettol agak kuat dan takut jika ada effect pada kulit kanak-kanak yang berumur 10 tahun ke bawah.
Kos lebih murah
Jika nak dikira tentang kos, sudah tentu ia jauh lebih murah berbanding membeli hand sanitizer yang sedia ada di pasaran.
Kos pembuatan hand made sanitizer ini adalah seperti berikut:
500ml sterile water: RM6.90 50ml Dettol: RM4.80
Total: RM11.70
engan kos RM11.70 ini, korang boleh buat 5 botol 50ml hand sanitizer. Kalau dengan harga semasa RM8.00 sebotol 50ml hand sanitizer. Jumlah kos 5 botol adalah RM40. Tapi kalau buat sendiri pakai formula yang dikongsi ini, Dettol+Sterile Water, korang boleh jimat RM28.30.
Apa-apa pun ini adalah ikhtiar dan salah satu usaha yang korang boleh lakukan. Selain daripada menggunakan hand sanitizer, korang boleh juga menerapkan budaya kerap basuh tangan dan elakkan berada di tempat awam.
Sekiranya memang perlu, gunakan mask jika keluar rumah. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua dan diharap agak kita dijauhi daripada sebarang perkara yang tidak baik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Korang pernah tak mencuba pelbagai cara untuk memutihkan gigi sehingga ke tahap menukar bermacam-macam jenama ubat gigi?
REMAJA ingin kongsikan cara mudah dan murah untuk korang dapatkan gigi yang bersih, putih dan bersinar.
Tadaa! Tanpa perlu menghabiskan duit untuk rawatan, caranya ialah dengan menggunakan kulit pisang. Ya, kulit pisang telah dibuktikan mampu memutihkan gigi tanpa memerlukan bahan kimia.
Ini kerana kulit pisang mengandungi kalium, magnesium dan manganese yang membantu mengurangkan kotoran pada enamel.
Caranya sangat mudah.
Pilih buah pisang yang matang tetapi elakkan pisang yang sudah hitam kulitnya. Setelah menghabiskan buah pisangnya, gosok kulit pisang ke seluruh gigi dan biarkan selama 10 minit tanpa mencuci.
Sementara itu, buka mulut dan jauhkan gigi dari bibir. Mungkin ini akan membuatkan korang tidak selesa. But this is how it works best.
Selepas 10 minit, beruslah gigi dengan berus gigi yang kering. Berus dengan gerakan memutar selama 1 hingga 3 minit. Kemudian, basahkan berus gigi dan gunakan ubat gigi untuk membersihkan sisa-sisa pisang pada gigi. Lakukan rawatan kulit pisang itu setiap hari bagi hasil yang optimal.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pertandingan Miss America merupakan antara pertandingan ratu cantik tertua di dunia. Mula diadakan pada 1921, tahun ini merupakan tahun ke-100 pertandingan tersebut. Walaupun begitu pertandingan ini baru memiliki 94 pemenang kerana beberapa kali pertandingan tersebut ditunda akibat masalah ekonomi sewaktu ‘great depression’ dan juga penularan virus Covid-19 tahun lalu.
Terbaharu, wakil Alaska, Emma Broyles telah berjaya dinobat sebagai Miss America 2022. Gadis berusia 20 tahun ini berketurunan Korea di sebelah ibunya dan Amerika Syarikat di sebelah ayahnya. Datuk dan nenek Emma berhijrah ke Anchorage, Alaska lima puluh tahun lalu dan ibunya dilahirkan di sana.
Kemenangannya ini menjadikannya bukan sahaja gadis keturunan Korea pertama yang memenangi pertandingan itu bahkan wakil Alaska pertama yang memegang gelaran Miss America dalam sejarah 100 tahun pertandingan tersebut.
“Saya mempunyai ADHD dan saya turut aya menghidapi dermatillomania, iaitu sejenis OCD. Saya telah bergelut dengan semua perkara ini dan pengelaman tersebut menjadikan saya seorang yang lebih baik,” ujar wanita cantik ini.
Memandang positif pandemik Covid-19 sebagai satu hikmah, dia menyatakan yang tempoh tersebut banyak mengajar dirinya. “Semasa Covid, ia adalah waktu yang sangat sukar bagi saya, terpencil di asrama kolej untuk sekian lama. Pada ketika itulah saya mencapai titik terendah dan saya menyedari bahawa saya boleh menjadi lebih daripada itu.”
Seiring dengan kemenangan ini Emma menerima biasiswa bernilai US$100 ribu dan gaji yang dianggarkan mencapai enam angka sebagai pekerja kontrak sepenuh masa bagi organisai Miss America sepanjang bergelar Miss America 2022.
Sebagai sebahagian daripada peranannya, dia akan mempromosikan matlamat dan objektif organisasi itu, serta akan meneruskan inisiatif impak sosialnya yang memperjuangkan Sukan Olimpik Khas. Ketika ini, Emma merupakan seorang pelajar junior di Arizona State University dalam jurusan sains biomedical dan persembahan vokal.
Pertandingan Miss America 2022 telah diadakan di Mohegan Sun, Connecticut. Lauren Bradford dari Alabama menduduki tempat kedua dan Elizabeth Pierre dari Massachusetts berada di kedudukan ketiga, manakala peserta dari Maine, Mariah Larocque diumumkan sebagai Miss Congeniality.
Pertandingan ini mengubah persepsi negatif terhadap dunia ratu cantik apabila organisasi tersebut menggugurkan sesi pakaian mandi bermula tahun 2018 dengan menyatakan ia tidak lagi relevan untuk menilai wanita berdasarkan bentuk tubuh mereka.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Malam penuh debaran di Royale Theatre, Shah Alam pada 15 Jun 2025 menyaksikan Ariel Fesol mencipta sejarah apabila diumumkan sebagai juara Big Stage Alpha...