Episod kelima Hero Dewi Remaja 2023 telah menyaksikan Hero Aiman Ameer dan Dewi Cora Waybin berada di kedudukan terendah.
Diberikan tanggungjawab sebagai pasangan bagi Acting Challenge : Romantik Komedi (Rom Kom) menerusi episod pada kali ini, dilihat mereka gagal menawan hati para juri.
Menurut Cora, dia sendiri tidak menyangka apabila namanya dipetik juri sebagai peserta di bottom 4 kerana menyifatkan dirinya telah melakukan yang terbaik bersama pasangannya pada cabaran lakonan itu.
“Perasaan Cora apabila diumumkan sebagai kedudukan terendah semestinya terkejut kerana semasa penjurian, setiap komen juri amat positif sehingga kami (dan Ameer) tidak terfikir untuk masuk ke bottom terendah.
“Jadi dari situ, saya sedar maksud Kak Scha, walaupun kita menang mahupun menerima pujian, bukan bermaksud boleh berasa selesa. Jadi, saya sangat terkejut.
“Apa yang saya fikir pada ketika itu adalah mungkin giliran saya pula yang tersingkir. Jikalau saya tersingkir, saya sedih kerana memikirkan keluarga yang tidak pernah berhenti menyokong saya,” katanya kepada Remaja.
Finalis dari Sabah itu turut menyifatkan gagal untuk memukai juri dengan lakonannya kerana mendedahkan dia mengalami perasaan gementar kerana dia dan Ameer adalah pasangan pertama untuk sesi pengambaran.
Ads
“Kenapa saya yang termasuk dalam bottom 2 adalah kerana mungkin saya gagal untuk memukau juri dari segi lakonan walaupun saya sudah lakukan yang terbaik tetapi juri lebih mengetahui apa kekurangan saya menerusi cabaran episod ini.
“Memandangkan pula waktu itu saya dan Ameer adalah kumpulan pertama untuk sesi pengambaran, jadi saya rasa gementar,” ujarnya lagi.
Lain pula bagi Aiman Ameer, dia menzahirkan rasa hairan apabila mereka terpilih sebagai bottom 4 kerana baginya, mereka telah melakukan sehabis baik bagi cabaran Rom Kom ini.
Memiliki sifat yang enggan menyerah kalah, Ameer bagaimanapun percaya kepada rezeki di luar sana seandainya nama dipetik sebagai peserta yang tersingkir menerusi episod kali ini.
Ads
“Sejujurnya saya berasa hairan dan pelik kerana saya dah lakukan yang terbaik cumanya saya fahamlah, saya ada kekurangan dalam cabaran ini juga. Bagaimanapun, saya sudah bersedia dan tawakal jikalau nama saya disingkirkan.
“Saya cuma fikir memang sudah bersedia untuk kalah tetapi saya tidak pernah bersedia untuk menyerah kalah. Selain itu, saya juga sudah bersedia untuk keluar daripada program ini tetapi tidak akan pernah menyerah kerana saya akan lakukan sebaiknya dalam industri seni yang sebenar,” katanya.
Dalam pada itu, Ameer juga menitipkan kesyukuran apabila menjadi peserta yang berada di kedudukan tercorot kerana menyifatkan ia adalah sebuah pembelajaran untuk dirinya terus menjadi yang terbaik pada cabaran seterusnya.
“Saya rasa saya lakukan adlib terlalu banyak. Kiranya lakonan saya itu ‘too much’, jadi saya perlu kurangkan sedikit. Ya, itu adalah kesilapan yang saya belajar daripada episod kali ini.
Ads
“Alhamdulillah juga, lesson learn saya bersyukur yang saya buat salah kerana kalau saya tak buat, sampai bila saya tak belajar. Andai dapat diundur waktu, saya ingin membuat penambahbaikan dari segi lakonan, lontaran dialog dan tambah baik lagi skrip,” tuturnya lagi.
Sekadar info, pencarian Hero Dewi Remaja 2023 ditayangkan menerusi lapan (8) episod pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Selain bertanding menerusi cabaran dalam episod yang ditayangkan, 16 finalis juga bertanding dari aspek populariti serta duo terbaik menerusi undian peminat yang dibuka bermula 10 November 2023 sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Hero Favourite 2023 dan Dewi Favourite 2023 serta Best Chemistry Duo.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum finalis Dewi Remaja 2018/2019 sempat untuk bernafas bagi Episod Keenam Ahad ni, kami sempat untuk test skil mereka mengacara!
Iyalah, kata nak jadi pengacara lah, penyampai radiolah, nak interview selebriti terkenal di red carpet dan sebagainya.
Jadi sebelum korang dapat lakukan semua itu, kami test dulu skil masing-masing secara impromptu. Setiap finalis perlu mencabut undian yang tertera jenis tugasan masing-masing.
Kemudian untuk tempoh 30 saat, mereka perlu memikirkan skrip, situasi dan cara penyampaian masing-masing. Walaupun penonton merasakan tempoh 30 saat itu sekejap, tetapi bagi seorang wartawan penyiaran yang selalu korang tonton semasa berita siaran langsung di TV tu, tempoh 30 saat amatlah lama.
Ia perlu padat dengan informasi, penyampaian yang smooothhh dan daya confidence yang menebal.
Jom tengok siapa paling bersedia!
Jangan lupa menonton Episod KeenamDewi Remaja 2018/2019 pada Ahad ini (30 Disember) jam 10.30 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Kemudian, ikuti LIVE Instagram dan Facebook bersama finalis jam 11.30 malam.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masih mengekalkan tema Pesonakan Bintangmu, Sejak tahun 1985 Dewi Remaja bukan saja mencari sekumpulan gadis remaja yang memiliki pakej rupa paras dan fizikal positif. Ia juga menjadi platform mengangkat bakat, versatiliti dan personaliti menarik; sekaligus meneruskan legasi yang dijayakan oleh finalis Dewi Remaja terdahulu.
Menampilkan Datuk Aznil Hj. Nawawi serta Anzalna dan Dynas sebagai juri jemputan casting Dewi Remaja 2019. Adakah seorang lagi bintang akan terlahir dari dewi remaja 2019 ini.
Pemenang Hero Remaja 2017, Alif Muhaimin kini nampaknya sudah tidak merahsiakan lagi hubungannya bersama seorang wanita yang bernama Sara Jasmine. Baru-baru ini, Alif telah memuat naik video ucapan hari lahir buat Sara di laman instagramnya.
Remaja menghubungi sendiri personaliti lelaki ini untuk bertanyakan status sebenar hubungannya bersama wanita yang juga dikenali sebagai @signorinasara.
“Sebenarnya Alif baru sahaja mengenali Sara pada bulan Mac lalu melalui Instagram. Alif suka melihat dia ketika membuat live di IG kerana Sara banyak memberi inspirasi dan nasihat kepada followersnya. Alif juga lihat Sara ni seorang yang bijak dan setiap jawapan yang diberikan memang lain daripada yang lain. Tak kurang juga, dia seorang yang lucu,” jawab Alif.
Namun begitu, perkenalan mereka hanyalah sekadar saling mengikuti di laman Instagram dan tidak pernah langsung berkomunikasi. Menurut Alif, dia hanya mula bersembang dengan Sara pada 16 Jun 2020.
“Ada cerita yang berlaku disebalik perkenalan kami. Semasa mengemaskini friendlist di IG, Alif ter’unfollow’ Sara. Jadi tidak sedap hati, takut dia salah sangka, Alif pun DM dia dan meminta maaf serta menjelaskan bahawa dia tidak sengaja ter’unfollow’ Sara di Instagram. Dari situlah kami mula bersembang dan pada 27 Ogos 2020, barulah kami bersetuju untuk berjumpa,” jelasnya lagi.
Menjangkau usia yang sudah memasuki 26 tahun, Alif Muhaimin kini sudah bersedia untuk memikirkan masa hadapannya. Dia tidak lagi ingin ‘main-main’ dan mula serius memikirkan tentang hubungannya bersama insan tersayang. Tambahan lagi, kedua-duanya juga sudah bertemu dengan keluarga masing-masing.
“Apa yang Alif harapkan sekarang adalah doa daripada semua orang. Doakan agar segala urusan kami dipermudahkan. Sara banyak memberikan Alif nasihat serta dia sentiasa mengingatkan Alif untuk jangan tinggal solat dan tidak melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Jika sebelum ini Alif tidak pernah serius menjalinkan hubungan dengan wanita, kini rasanya sudah tiba masa untuk Alif betul-betul merancang untuk ke peringkat seterusnya,” tambahnya.
Personaliti yang turut membintangi drama 70 episod Angkara Cinta ini dijadualkan tamat penggambaran pada 14 Disember dan akan meneruskan penggambaran bersama produksi A.Aida untuk drama yang seterusnya pada 18 Disember.
“Alhamdulillah, selepas Angkara Cinta, Alif akan membintangi sebuah lagi drama terbitan A.Aida Production. Selain itu juga, bagi tahun 2021 nanti, Alif bercadang untuk menggembangkan lagi bisnes kek batik dan insyaAllah akan berkolaborasi bersama founder produk yang lain untuk meluaskan lagi pasaran kek batik ini. Doakan alif,” jelasnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...