Hari ini semua umat Islam di seluruh dunia mulai berpuasa. Sesungguhnya Ramadan adalah bulan sangat mulia, bulan menggandakan pahala, bulan menyucikan hati dan segala doa diperkenankan oleh Allah taala.
Puasa mengajar seorang muslim menjaga lidahnya dari berkata dusta, mengumpat dan mengeluarkan kata-kata yang kesat. Puasa juga mendidik dan membentuk muslim bersifat sabar dalam apa jua situasi dan keadaan.
Malah dalam bulan Ramadan ini kita digalakkan berbuat banyak kebaikan, membaca al-Quran (mendengarnya saja sudah mendapat pahala, begitu juga memegangnya tanpa membaca), bersedekah, mengeratkan silaturrahim sesama muslim dan mempertingkatkan ibadah-ibadah sunat.
Seperti kita tahu, jika makan dan minum dengan sengaja akan membatalkan puasa, begitu juga memasukkan sesuatu ke dalam ruang berongga juga akan membatalkan puasa.
Islam itu indah dan islam itu juga amat memudahkan. Jika korang lakukan 15 perkara ini, puasa masih tidak terbatal.
Revision Ramadan berkaitan ubat-ubatan. Fiqh Perubatan.
Rawatan-rawatan yang tidak membatalkan puasa:
Ads
1) Ubat titis mata dan titis telinga.
2) Tablet nitroglycerin dan yang seumpama dengannya yang diletakkan di bawah lidah (sublingual). Biasanya digunakan untuk merawat sakit jantung.
3) Semua bentuk rawatan yang melibatkan kemasukan benda atau ubat ke dalam faraj seperti vaginal suppository, pencucian (doush), vaginascope atau tangan doktor yang memeriksa pesakit (digital examination).
4) Semua bentuk tiub atau bahan yang dimasukkan ke dalam badan melalui saluran kencing seperti
urethroscope, barium, pencuci urethra.
5) Menampal gigi, mencuci gigi atau menggosok gigi dengan siwak atau berus gigi selagi mana tidak masuk ke dalam halkum (ditelan).
6) Semua jenis suntikan kecuali Parenteral Nutrition (Fluid therapy).
7) Pendermaan darah atau menerima darah.
8) Bantuan oksigen atau gas pelali (anesthetic gases).
9) Semua jenis krim atau minyak yang disapu pada kulit walaupun dibekalkan dengan bahan kimia yang terserap ke dalam kulit.
Ads
10) Mengambil darah untuk ujian makmal.
11) Semua jenis salur yang dimasukkan ke dalam saluran darah bagi tujuan x-ray pada jantung atau mana-mana bahagian pada anggota badan (catheterization).
12) Laparoskopi yang dimasukkan ke dalam abdomen untuk tujuan pembedahan.
13) Semua jenis ubat kumur, seperti mouth-rinsing gargle dan penyembur mulut selagi mana tidak masuk ke dalam halkum.
14) Uteroscope atau IUCD (pencegah kehamilan) yang dimasukkan ke dalam rahim.
15) Sampel organ yang diambil daripada badan seperti hati atau daripada mana-mana anggota badan (biopsy).
Majoriti yang terlibat (pakar perubatan & Syariah) dalam persidangan tersebut memutuskan bahawa pesakit tidak batal puasa dengan rawatan berikut:
1) Ubat titis ke dalam hidung (nasal drops) atau ubat asthma (inhaler).
2) Semua jenis ubat yang dimasukkan melalui anus (dubur). (Walaupun sebahagian ulama’ mazhab menghukumkan batal puasa, tetapi sebahagian yang lain tidak menghukumkan batal. –Untuk keluar dari khilaf elok jika rawatan dilakukan pada waktu malam selepas berbuka puasa- penulis).
Ads
3) Pembedahan yang menggunakan pelali seluruh badan (general anesthesia) yang dijalankan pada siang hari setelah pesakit mula berpuasa sejak malam sebelum pembedahan.
4) Suntikan untuk merawat sakit buah pinggang melalui artificial kidney (dialysis) sama ada peritoneal atau hemodialysis.
5) Memasukkan gastroskop ke dalam perut dengan syarat tiada sebarang cecair atau apa-apa bahan rawatan disalurkan.
Rujukan :
Persidangan IOMS ke-10 pada 1997 di Morocco bertajuk: “An Islamic View of Certain Contemporary Medical Problems” (Pandangan Islam terhadap Beberapa Masalah Kesihatan Kontemporari)
‘Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati” “at-Taqwa, as-Syifa’,ar-Rahmah”
“Muslim Sejati,Generasi Rabbani”
Unit Fikah Perubatan,
Jabatan Pembangunan Insan,
PERUBATAN 2016/2017.
Silakan #SHARE untuk rujukan semua.
Selamat Berpuasa.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sesekali nak juga masak resipi yang ringkas. Bukan sebab pemalas, tapi faham-faham la kalau dah nama ‘remaja’ tu, asal sedap dan mudah itu yang menjadi pilihan utama.
Kadang, jadual kelas yang penuh dan assignment bertimbun nak kena siapkan buat anak muda tidak punya banyak masa nak ke dapur. Tapi REMAJA rasa dengan adanya resipi mudah ini tak ada lagi alasan untuk korang cuba buat sendiri di rumah.
Mesti ramai yang suka makan cekodok pisang yang mak korang buat kan? Memang sedap kalau dibuat kudap-kudap time study. Makanan ni pun boleh jadi addicted tau. Dari hari-hari beli dekat kedai, lepas ni dah boleh buat sendiri. Bahan-bahannya pun mudah dan murah.
Bahan-bahan :
1. 5 biji pisang saiz besar atau 8-10 biji size kecik.
2. 2 sudu makan marjerin
3. 5 sudu makan gula pasir
4. 1 sudu teh soda bikarbonat
5. 1 sudu teh garam
6. 2 cawan tepung gandum
Cara-cara :
1. Gaulkan semua bahan ( kecuali tepung gandum) dan lenyek hingga sebati
2. Masukkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sekata bersama adunan pisang tadi.
3. Rehatkan adunan selama 10-15 minit.
4. Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi. Goreng guna api perlahan hingga garing dan masak.
5. Siapppp.
Amacam, senang kan? Dah buat nanti jangan lupa bagi kami sikit. Hiks!
Sumber Resepi & Foto : Cik Pooja via ilham media
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi remaja Naim Daniel sebelum ini pernah berkongsi teaser nyanyian semula lagu ‘berhantu’ My All daripada penyanyi tersohor Mariah Carey dengan lirik bahasa Melayu yang dihasilkannya sendiri.
Pada 1 Mei lalu, Naim telah melancarkan versi penuh lagu yang diberi judul Malam di laman YouTubenya. Lagu tersebut turut menggandingkan penyanyi lelaki, Firdaus Rahmat yang juga merupakan penerbit bagi lagu rakaman semula ini.
Rata-rata pendengar memuji nyanyian semula Naim Daniel dan Firdaus Rahmat dan menyifatkan bahawa liriknya sangat deep menyentuh jiwa.
Sebelum ini, penyanyi popular negara Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Misha Omar, Ning Baizura, Liza Hanim dan juga Siti Sarah turut pernah menyanyikan lagu My All dalam bahasa Melayu di sebuah persembahan pentas kira-kira 15 tahun lalu.
Apa-apa pun kedua-dua versi bahasa Melayu lagu My All ini memang mantap. Masing-masing menyanyikan dengan style mereka tersendiri.
Tak gitu?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jennie baru-baru ini ada berkongsi klip video dan foto kempen di Instagramnya, mempamerkan 136 individu termasuk dirinya sedang mempamerkan beberapa pakaian seperti pakaian dalaman.
Rupanya, Jennie pun terlibat dalam kempen Musim Bunga 2022 oleh jenama Calvin Klein ini, bukan hanya BLACKPINK Jennie tetapi ada beberapa nama besar lain yang turut membintanginya.
Ini memandangkan populariti yang dimiliki oleh bintang K-pop itu dalam dunia hiburan dan sebagai ikon fesyen terbaru.
Malah, perkongsian Jenni untuk kempen ini dipuji, ramai yang tertarik dan memuji susuk badan Jennie yang agak seksi.
Untuk info, Kempen Musim Bunga 2022 yang diberi nama “All Together” ini bertemakan rakan dan keluarga. Menurut Calvin Klein, kempen ini mengetengahkan perkongsian dalam komuniti kerana tiada apa yang berbaloi jika memiliki seorang diri.
Lihat kempen Musim Bunga 2022 Calvin Klein yang dibintangi oleh BLACKPINK Jennie dan yang lain di bawah, cantik betul Jennie ni!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...