Lakukan 4 Perkara Ini Semasa Bercuti Di Tokyo, Menurut Pelakon ‘Gantung’ Brandon Salim

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Bulan Jun sehingga Oktober dikatakan antara masa terbaik untuk bercuti ke Jepun, betul ke?

 

Mungkin ya, mungkin juga tidak – bergantung kepada musim di Jepun yang korang suka. Namun sekiranya korang memang mempunyai perancangan untuk bercuti ke sana – specifically ke Tokyo – dalam masa terdekat, mungkin Brandon Salim boleh bekalkan beberapa tip untuk korang.

Brandon yang juga merupakan pemegang watak KJ di samping Randy Pangalila, Ikmal Amry dan Hafreez Adam dalam drama bersiri Gantung pernah ke Jepun untuk penggambaran filem Winter in Tokyo.

 

Dari kiri: Hafreez Adam, Randy Pangalila, Ikmal Amry dan Brandon Salim.

 

Dan sebelum itupun, Brandon pernah ke sana untuk urusan lain termasuk bercuti. Sebagai pelancong pro ke Jepun, ini adalah 4 perkara yang dia recommend untuk korang lakukan di sana.

 

* * * * *

01

Makan Sea Urchin

Menu landak laut. (Kanan) Instagram.

 

Sea urchin atau landak laut mungkin kedengaran ganjal kepada kita di Malaysia. Namun ia adalah antara makanan yang biasa dinikmati oleh orang Jepun. Brandon sendiri pernah merasai landak alut yang dijual di Pasar Ikan Tsujiki, Tokyo.

“Itu adalah pasar ikan paling terkenal di Tokyo. Ada saja stok ikan baru seperti ikan Tuna di sana tetapi saya akan mencari sea urchin pada waktu malam selepas tamat shooting. Memang segar dan sedap!” katanya.

 

02

Menyewa Basikal

Instagram

 

Di Jepun, selain berjalan kaki, basikal adalah ‘alat pengangkutan yang biasa digunakan terutamanya di kalangan remaja. Salah satu sebabnya adalah untuk melihat daerah di Jepun.

Jika di Tokyo mungkin basikal amat berguna untuk cepat sampai ke sesebuah tempat. Namun jika di kawasan separa urban, pemandangan semasa menunggang basikal memang mendamaikan, kata Brandon. “Kita boleh lihat tasik yang cantik, pokok, sungai dan segalanya yang indah. Laluan berbasikal di sana juga amat teratur dan selamat.”

 

03

Menonton Konsert

One OK Rock. (Kanan) Instagram.

 

Yes, why not! Bercuti ke luar negara sambil mendengar muzik favourite korang. Band kegemaran Brandon ialah One OK Rock. “Saya suka sangat dengan band ini. Sebenarnya saya tak berkesempatan untuk menonton konsert mereka sewaktu berada di Jepun kerana perlu rush pulang ke Indonesia. Sekarang memang menyesal!”

Jika tak sempat untuk ke konsert, Brandon menasihatkan korang untuk download muzik best daripada penyanyi atau band negara berkenaan. Kemudian dengarkan saja playlist tersebut sepanjang percutian korang.

 

04

Menonton di Pawagam

Filem Blue Spring Ride. (Kanan) Instagram.

 

Kalau nak menonton konsert tu, depends juga pada timing kan? Tetapi kalau nak menonton movie tempatan di pawagam di Jepun, mesti tak ada masalah. Menurut Brandon, menonton di pawagam orang rasanya berbeza tau!

“Saya pernah menonton filem Blue Spring Ride iaitu filem live action ilham anime dan komik romantik. Susah saya nak lupakan pengalaman itu,” tambahnya.

 

* * * * *

Instagram

Rasanya kalau kita bercuti di mana-mana negara asing, cubalah untuk adapt masuk dengan kehidupan seharian remaja di sana. Jangan sekadar melawat tempat tumpuan pelancong je.

 

Barulah feel sikit travelogue korang.

Published by
FZ