Hobi & Minat

Lakukan Aktiviti ‘Caravan Camping’ Tepi Pantai Thailand, 1jam Dari Bandar Hatyai

Share

Masih tidak terlambat rasanya untuk korang mengumpul kenangan manis di tahun 2023 ini. Bersempena cuti panjang akhir tahun ini apa kata korang cuba lakukan percutian ‘caravan camping’ di tepian pantai, memang syok!

ARTIKEL BERKAITAN : Bercuti Ke Thailand, Jangan Lupa Singgah Tempat Makan Sedap Saranan Wanita Ini

Nak tahu apa yang best, jemput baca perkongsian daripada Nur Adeela Mokhtar ini dulu. Boleh terus catat tempat menarik yang patut anda singgah. Tambahan lagi jika korang travel ke Songkla Thailand yang jaraknya cuma 1 jam dari Bandar Hatyai.

Caravan Camping Di Sakhom Songkla, Thailand

Wanita ini kongsi satu tempat yang sangat lah cantik dan murah. Anda boleh cuba dapatkan pengalaman sendiri tidur dalam caravan luxury ni depan pantai.

Okay, harga 1 malam 3500 bath convert to RM lebih kurang RM450 per night.

Caravan ini muat untuk 3-4 orang di dalamnya. Muslim owner, jadi anda jangan risau.

Bab harga pula termasuk sekali sarapan. Kira bangun pagi, boleh lah makan makan tepi pantai.

Dari bandar Hatyai lebih kurang 1jam untuk sampai ke sini. Jadi kalau anda bercuti di Hatyai, boleh plan 1 malam stay sini.

Ada street food berdekatan sini. Around 15 minit. Anda waze saja Sakom Lotus. Sini 90% makanan halal dan murah gila makanan kat sini.

Kebanyakan orang di sini fasih cakap melayu. Sebab asal dari Pattani. Jadi bahasanya kita boleh faham.

Owh ya, aktiviti kat sini surfing percuma. Kalau anda pandai main surf, boleh lah sebab percuma sahaja.

Kalau nak mandi pantai pun boleh. Kemudian anda boleh bbq juga. Bbq pit pun percuma sahaja.

Kepuasan Tempat Di Sini

– Staff super friendly boleh cakap Melayu.
– Kawasan memang bersih dan tandas open space.
– Toilet dalam caravan pun ada.

Selain caravan diaorang juga ada glamping tent. Jadi kalau nak merasa tidur tent boleh booking yang tent.

Menurut wanita ini lagi, bestnya di sini disebabkan dapat pengalaman tidur dalam caravan harga mampu milik plus

pemandangannya sangat indah. Keseluruhan boleh bagi 9/10 untuk staycation kat sini.

Selamat bercuti, gais!

Untuk rekod artikel ini merupakan artikel olahan semula dari LIBUR

BACA LAGI : 29 Jenis Thai Street Food Yang Korang Kena Cuba Kalau Bercuti Di Hatyai

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Published by
Nana