
Tidak sah bila bulan Ramadan tiba, rakyat Malaysia tidak berpusu-pusu ke bazar. Aneka pilihan makanan dan minuman yang menggiurkan semestinya menjadi perhatian bagi mereka yang berpuasa.
ARTIKEL BERKAITAN: Lagi Kes Keracunan Puding Buih Di Bazar Ramadan, Doktor Jelas Empat Puncanya
Bazar Ramadan yang kerap menjadi tumpuan orang ramai.
Namun, terdapat beberapa aduan yang merisaukan berkenaan makanan di bazar Ramadan yang dikatakan berkulat, basi dan tidak segar.
Pada 31 Mac lalu pengguna Twitter @MALAYSIAVIRALLL menyiarkan semula beberapa gambar karipap busuk. Menurut tweet itu, wanita yang membeli karipap itu telah membelinya di bazar Ramadan dan sama sekali tidak menyangka makanan itu sudah berkulat.
TOLONG RT
KARIPAP SAMPAH
Assalamualaikum. Kepada peniaga2 bazaar ramadhan rasanya dah byk kali viral pasal makanan2 yg tak elok, tak sangka harini terkena pada sy juga. Harini sy ada beli 2 paket karipap, tapi KARIPAP YANG DAH BERKULAT.@KKMPutrajaya @DGHisham pic.twitter.com/oZFoemwDM7
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) March 30, 2023
Tambahnya, sejurus sahaja kakak dan ibunya menggigit karipap itu, mereka segera menyedari ada sesuatu yang tidak kena kerana rasanya yang agak masam.
Dalam keadaan keliru, wanita itu terus membelah dua karipap itu dan alangkah terkejutnya apabila dia mendapati isi karipap itu sudah berkulat.
“Kepada peniaga bazar Ramadan, rasanya sudah banyak laporan makanan rosak yang tular. Saya tidak sangka ia akan menjejaskan saya sehingga hari ini. Saya membeli dua bungkus karipap, tetapi semuanya berkulat,” katanya.
Visual karipap yang sudah berkulat telah tersebar di media sosial.
Pengguna itu turut menggesa akaun Twitter rasmi Kementerian Kesihatan (KKM) agar tindakan segera diambil.
Selain itu pada 31 Mac, pengguna Twitter @isusemasaviral telah berkongsi satu lagi insiden di mana seorang wanita hamil mendapati bahawa ikan goreng yang dibelinya sudah busuk.
Bala…harini beli lauk dekat bazaar/pasar malam dekat area flat ppr batu muda… dah nak habis makan baru perasan ada ulat.Bukan sekor atau dua tapi berpuluh2 ekor dekat perut ikan. Ingatkan beras tak masak tapi..ulat rupanya. Dahla saya ibu mengandung… Allah sungguh azab pic.twitter.com/v3QilEecvt
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) March 31, 2023
Wanita itu berkata, dia membeli lauk itu dari bazar Ramadan yang terletak di PPR Batu Muda, Kuala Lumpur. Menurut beliau lagi, dia menyedari bahawa ikan itu dipenuhi dengan ulat.
“Saya baru nak habis makan baru perasan ada ulat. Bukan seekor dua, tapi berpuluh-puluh ekor dekat perut ikan. Pada mulanya saya sangkakan ia nasi, tetapi ia kelihatan seperti ulat,” tulisnya.
Gambar ikan yang dimuatnaik jelas kelihatan mengandungi ulat.
“Saya bukan minta ganti rugi, tapi tolong ikhlaskan hati bila nak berniaga untuk jana pendapatan keluarga, jangan aniaya orang macam ni,” tambahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dan kecewa dengan tahap kebersihan makanan tersebut dan sifat tidak bertanggungjawab oleh penjual. Mereka turut menggesa agar pihak Kementerian Kesihatan (KKM) agar tindakan tegas diambil kerana kes keracunan makanan bukanlah perkara enteng dan boleh membawa maut.
BACA LAGI: 6 Tahun Naik Turun Mahkamah, Gwyneth Paltrow Menang Kes Saman Kemalangan Ski Dan Dianugerahkan 1USD
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Akaun Twitter @isusemasaviral & @MALAYSIAVIRALLL