Terlalu banyak produk-produk yang tidak berkualiti di jual di pasaran, lebih-lebih lagi ada yang berani overclaim dengan mengatakan bahawa produk mereka boleh membuatkan korang kurus, tak kurang juga yang menjanjikan dapat menghindar daripada pelbagai penyakit.
Tahukah korang yang sebenarnya kita semua boleh membuat aduan sekiranya terjumpa iklan promosi produk yang katanya produk kategori 'MAKANAN', tetapi membuat tuntutan untuk menurunkan berat badan atau untuk menguruskan?
Iklan-iklan penjualan produk untuk kurus biasanya adalah seperti yang berikut:
- Minuman berperisa koko/coklat/oren/delima/DLL
- Teh pelangsing (slimming tea)
- Kopi pelangsing (slimming coffee)
- Tablet kunyah (chewy tablet for slimming)
- Gummy (slimming gummy)
Jika korang terjumpa dengan iklan produk seperti ini, apa yang korang boleh buat adalah dengan membuat aduan secara online di sistem pengurusan aduam awam KKM (https://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do). Salin pautan iklan promosi produk kurus tersebut dan masukkan ke dalam aduan korang.
Ajukan aduan korang kepada bahagian bawah KKM, iaitu "Program Kawalan Keselamatan dan Kualiti Makanan".
Semoga aduan korang boleh membantu pihak KKM mengambil tindakan terhadap syarikat-syarikat produk makanan yang membuat tuntutan seperti ini.
Sumber: Medical Mythbusters Malaysia
Jerawat Muka! 6 Punca Ini Sebab Kenapa Muka Jadi Breakout, #1 Faktor Genetik
Jerawat! Ia masalah yang agak merisaukan di kalangan remaja kerana pada usia ini kulit wajah akan mula menampakkan masalah. Apabila semakin banyak jerawat memenuhkan wajah, ketika itulah rasa risau meningkat mendadak.
Baca perkongsian artikel dari page The Diagnosa Original mengenai jerawat muka atau disebut sebagai Acne Vulgaris yang ditulis oleh Dr Latif Saad.
Jerawat Muka dalam istilah perubatan dipanggil sebagai Acne Vulgaris. Ia merupakan salah satu mimpi ngeri terutamanya bagi mereka yang bergelar remaja. Bahkan masalah inilah yang selalu berlaku dikalangan remaja.
Setelah seseorang itu mencapai akil baligh, maka badan mengalami perubahan yang ketara terutamanya bagi organ reproduktif. Perkara lain yang menjadi perubahan pada badan adalah jerawat yang lebih mudah terbentuk hingga meninggalkan parut di bahagian muka.
Perkara ini berlaku kerana perubahan hormon di dalam badan seseorang remaja tersebut.
Apakah masalah jerawat muka?
Seperti yang dikatakan diatas, jerawat iaitu Acne vulgaris merupakan salah satu masalah kulit yang kerap berlaku dikalangan remaja. Perkara ini berlaku disebabkan sumbatan pada liang roma kulit. Ini akan menyebabkan sebum yang dihasilkan daripada liang tersebut terkumpul di dalam kawasan yang tersumbat.
Liang yang tersumbat ini juga akan memudahkan lagi jangkitan kuman berlaku. Ini akan menyebabkan terbentuknya nanah dikawasan jerawat yang terlibat.
Perkara ini selalunya berlaku dikawasan badan yang mempunyai kalenjar sebum yang banyak seperti di muka, bahagian belakang badan dan juga bahagian atas dada.
Apakah punca kepada masalah jerawat di muka?
Banyak faktor dan punca yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Punca-punca tersebut adalah:
- Keturunan(Genetik). Ahli keluarga yang mempunyai masalah jerawat akan meningkat risiko ahli keluarga yang lain untuk menghadapi masalah yang sama.
- Ketika mana akil baligh, kalenjar sebum akan menjadi aktif menghasilkan sebum yang lebih dan ini menyebabkan masalah jerawat lebih mudah berlaku.
- Jangkitan kuman pada kawasan liang roma. Kuman yang kerap menyebabkan jangkitan di kawasan ini adalah Propionibacterium acnes
- Terdapat kosmetik yang disediakan menggunakan sediaan minyak. Kosmetik jenis ini akan lebih mudah untuk menyebabkan sumbatan pada liang roma.
- Penggunaan steroid boleh merangsang penghasilan sebum secara berlebihan pada kalenjar sebum.
- Terdapat segolongan kaum wanita yang akan menghadapi masalah jerawat yang teruk ketika mana mereka mengandung.
Genetik sangat memainkan peranan yang penting kerana ada sesetengah individu yang sangat sensitif dengan perubahan hormon dalam badan. Ia akan menyebabkan kalenjar sebum menghasilkan sebum dengan lebih banyak terutamanya ketika seseorang itu mencapai akil baligh.
Kemudian bakteria Propionibacterium acnes pula akan berperanan untuk menyebabkan peningkatan keratin di liang roma tersebut hingga menyebabkan masalah jerawat muka ini berlaku.
Apakah jenis jerawat yang ada?
Dua jenis jerawat yang perlu diketahui adalah:
- Komedo terbuka(open comedo) dan ia dikenali sebagai ‘black head‘. Seperti namanya iaitu black head merujuk kepada warna jerawat tersebut iaitu berwarna hitam. Warna hitam ini terjadi disebabkan liang roma terbuka menyebabkan kandungan sebum terdedah kepada udara dan kekotoran. Ini akan menyebabkan sebum yang terdedah itu menjadi warna hitam
- Komedo tertutup(closed comedo) juga dikenali sebagai ‘White head‘. Dalam masalah ini, liang roma jerawat tersebut masih tertutup dan melindungi sebum di dalamnya. Oleh itu, jerawat tersebut akan kelihatan berwarna putih.
Apakah yang akan berlaku pada mereka yang menghadapi jerawat muka?
Kebanyakan mereka yang menghadapi masalah ini selalunya akan baik dengan sendirinya ketika mereka menjejak dewasa.
Jerawat yang teruk dan tidak terkawal pula boleh menyebabkan penampilan seseorang itu tidak baik. Ini boleh memberi kesan kepada psikososial dan juga metnal mereka kerana rupa paras fizikal yang tidak elok.
Malah masalah ini juga akan menyebabkan seseorang itu merasa rendah diri dan tidak yakin apabila berhadapan dengan orang lain.
Apakah simptom mereka yang mengalami masalah jerawat?
Terdapat beberapa simptom yang boleh dialami oleh pesakit. Ianya adalah
- Komedo tertutup(white head) dan juga Komedo terbuka(black head).
- Jerawat yang mengandungi nanah. Selalunya jika komedo yang ditekan oleh diri sendiri boleh dijangkiti bakteria luar hingga menyebabkan jangkitan kuman. Ini akan menyebabkan pembentukan nanah dan kawasan tersebut akan kelihatan merah
- Jerawat yang bernodul. Seseorang yang mengalami komedo yang teruk akan mempunyai nodul yang besar. Ia disebabkan keradangan dan pembentukan tisu parut dikawasan tersebut hingga menyebabkan terbentuknya ketulan-ketulan dibahagian kulit yang terlibat.
Mereka yang mempunyai komedo sahaja selalunya tidak akan berjumpa dengan doktor. Tetapi jika ia mempunyai komplikasi seperti bernanah ataupun bernodul, barulah pesakit tersebut selalunya akan berjumpa dengan perawat kesihatan
Apakah penyakit lain yang mempunyai simptom yang sama?
Terdapat beberapa penyakit lain yang mempunyai simptom yang sama. Ia adalah:
- Rosacea
- Sebaceous hyperplasia
- Keradangan folikel
- Syringoma
Apakah ujian yang dibuat untuk mengesahkan masalah jerawat ini?
Masalah jerawat tidak memerlukan ujian khas untuk mengesan masalah ini. Cukup dengan pemeriksaan fizikal sahaja dapat mengetahui masalah tersebut.
Tetapi jika masalah ini juga mempunyai simptom yang lain sebagai contoh bulu yang tumbuh secara lebat pada sesorang perempuan, maka penyiasatan yang lebih lanjut perlu dilakukan untuk mengesan punca kepada masalah tersebut. Mereka yang mengalami masalah ‘Polycystic Ovarian Syndrome‘ selalunya mempunyai simptom ini.
Apakah rawatan untuk masalah jerawat ini?
Pesakit yang tidak mengalami masalah jerawat yang teruk selalunya tidak akan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Ia disebabkan masalah tersebut kebanyakannya boleh sembuh dengan sendirinya.
Alia Bastamam Dinobat Sebagai ‘Brand of The Year’, Tewaskan Jenama Besar Fesyen Tempatan
Baru-baru ini seramai 150 penggiat fesyen tempatan telah pun diraikan dalam penganjuran buat pertama kalinya, Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA) yang berlangsung di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.
Majlis diserikan dengan kehadiran barisan pereka fesyen dan selebriti tempatan, termasuklah Scha Alyahya, Awal Ashaari, Rozita Che Wan, Ezuwan Ismail dan ramai lagi.
Sebanyak 14 anugerah telah disediakan dan jenama fesyan Alia Bastaman dinobatkan sebagai ‘Brand of The Year’ pada edisi kali ini.
Alia Bastaman berjaya mengalahkan nama besar dalam industri fesyen tempatan yang turut tercalon dalam kategori yang sama iaitu Rizman Ruzaini dan Fiziwoo.
Selain Alia, pereka fesyen Nurita Harith telah dinobatkan memenangi kategori Pereka Fesyen Wanita, manakala Kit Woo untuk kategori Pereka Fesyen Lelaki.
Scha Alyahya juga telah dinobatlan sebagai ‘Most Fashionable Female Personality’, manakala Nazreem Musa berjaya menepikan Hael Husaini dan Amy Search, sekali gus dinobat sebagai ‘Most Fashionable Male Personality’.
Majlis berlangsung meriah dengan menyaksikan penampilan bergaya para selebriti jemputan menggayakan rekaan busana daripada pereka fesyen tempatan.
Sekali lagi tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang ada malam itu.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Nasha Aziz Maintain ‘Awet Muda’ Di Usia 52 Tahun, Rahsianya Mandi Awal
Isi Kandungan
TogglePersis remaja yang baru tamat pengajian tinggi, supermodel dan aktres Nasha Aziz memang tak dimamah usia, tersangatlah awet muda! Meniti usia 52 tahun, wajah figura ini tetap cantik seperti dahulu. Sekiranya kamu tertanya-tanya apa yang Nasha lakukan, inilah petua yang sering diamalkan!
ARTIKEL BERKAITAN : Nasha Aziz Tampil Anggun Berhijab Untuk Sempurnakan Hijrah Cinta Munawwareen
Rahsia Nasha Aziz Mandi Sebelum Subuh
Menurut netizen, Nasha Aziz sering mengamalkan tabiat mandi awal pagi sebelum subuh.
Sangat cantik secara semula jadi, antara petua kecantikan yang Nasha amalkan adalah, mandi di awal pagi atau mandi sebelum waktu Subuh. Rajin mandi pagi sebelum waktu Subuh, tabiat ini membuatkan Nasha tampil awet muda dan tak nampak tua.
Selain itu, terdapat netizen yang mendedahkan rahsia awet muda Nasha dimana didakwa dia sering mandi awal pagi.
“Yes betul tu umur dia 51 tahun. Dia ni rajin mandi awal pagi sebelum subuh. Awet muda,” tulisnya.
Rahsia Nasha Aziz Mandi Sebelum Subuh
Untuk pengetahuan kamu, mandi awal pagi lebih-lebih lagi sebelum waktu Subuh menggunakan air sejuk ini ada banyak manfaatnya. Antaranya adalah:
- Kulit menjadi semakin lembut dan halus
- Kuku menjadi lebih sihat, kuat dan tak mudah retak
- Peredaran darah lebih lancar menjadikan badan semakin sihat dan bertenaga
- Meningkatkan hormon testosteron (lelaki) dan estrogen (wanita)
- Risiko mendapat darah tinggi dapat dielakkan
- Mengurangkan stress dan lebih menenangkan
- Meningkatkan sel darah putih
Bukan hanya dengan mandi awal pagi korang boleh awet muda, Nasha juga sangat menjaga pemakanannya, bijak mengawal emosi dan mementingkan kesihatan mental.
BACA LAGI : Aktif Muay Thai Antara ‘Rahsia’ Siti Nurhaliza Kekal Terlihat Jelita, Awet Muda
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.