Pada usia yang masih muda, Lamine Yamal telah menunjukkan bakat yang luar biasa dan menjanjikan masa depan yang cerah dalam sukan ini.
Terbaru, remaja berusia 17 tahun ini, dinobatkan sebagai pemain muda terbaik dunia tahun ini setelah memenangkan Kopa Trophy 2024 berkat penampilannya yang gemilang bersama Barcelona dan team Sepanyol.
Penghargaan ini diberikan semalam, selepas Yamal berjaya membuktikan dirinya sebagai pemain utama Barcelona dan memberikan sumbangan besar dalam kejayaan Sepanyol di Euro 2024.
Yamal meraih trofi ini sebagai pemain terbaik di bawah usia 21 tahun, menggantikan pemenang tahun lalu, Jude Bellingham dari Real Madrid.
Dengan pencapaian ini, dia mengikuti jejak rakan sepasukannya di Barcelona, Gavi dan Pedri, yang juga pernah memenangi anugerah serupa, sementara Kylian Mbappe dan Matthijs de Ligt turut berada dalam kalangan pemenang terdahulu.
Yamal Turut Berada di Kedudukan 10 Teratas Ballon d’Or 2024
Selain merangkul anugerah Trofi Kopa 2024, Lamine Yamal juga berjaya mencatatkan namanya dalam 10 teratas Ballon d’Or 2024.
Beliau menamatkan persaingan di kedudukan ke-8 dan menjadi pemain Barcelona yang berada di kedudukan tertinggi dalam senarai 30 teratas Ballon d’Or 2024 kali ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Akibat ‘Gatal’ Pijak Kolam, Kakitangan Hospital KPJ Klang Dipanggil Polis Hari ini
Tular satu klip menunjukkan seorang lelaki berbaju Melayu dan bersongkok di Hospital Pakar KPJ Klang yang bertindak memijak hiasan Deepavali, kolam sambil berkasut baru-baru ini hingga mencetuskan kurang senang dalam kalangan warganet.
Tindakan lelaki yang dipercayai merupakan kakitangan hospital tersebut dianggap satu bentuk vandalisme yang dilakukan secara terbuka. Ia dikhuatiri memudaratkan atau cuba memudaratkan keadaan harmoni serta perpaduan dalam kalangan kaum majmuk di Malaysia.
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu dalam satu kenyataan, lelaki tersebut dan rakannya yang bertindak sebagai perakam akan dipanggil ke IPD Klang Utara pada hari ini. Ini susulan satu laporan yang dilakukan oleh Ketua Balai Polis Bandar Baru Klang sendiri terhadap video berdurasi 37 saat di TikTok itu.
Tambahnya lagi, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, Hospital Pakar KPJ Klang memaklumkan bahawa siasatan dalaman sudahpun dimulakan ke atas video tular tersebut yang didakwa menampilkan salah seorang kakitangannya dalam kelakuan tidak profesional.
Dalam kenyataan berasingan pula, KPJ Klang berjanji akan mengambil tindakan tegas terhadap kakitangannya jika mereka didapati melakukan perbuatan sedemikian.
BACA LAGI : 4 Artis Bollywood Kena ‘Troll’ Lepas Sokong Larangan Main Mercun Sempena Deepavali – REMAJA
SUMBER : Sinar
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Biarpun PKP, Orang Ramai Tetap Bersesak Di Putrajaya Demi AYAM BEKU
Nampaknya, inisiatif Pemuda UMNO Putrajaya untuk mengagihkan 2,000 ekor ayam secara percuma semalam telah mengundang situasi ‘backfire’ di kalangan warganet.
Menurut laporan SINAR HARIAN, keadaan trafik di Presint 9 Putrajaya terhenti pada hari Jumaat apabila lebih daripada 2,000 orang bergegas ke sana bagi mendapatkan seekor ayam beku secara percuma.
Sumber Foto: Twitter.
Sambutan luar biasa itu ternyata tidak dijangkakan.
Malah Naib Ketua Pemuda UMNO Putrajaya iaitu Mohd Zushaidey Zulkifli berkata pihaknya pada peringkat awal bercadang untuk mengagihkan dua ekor ayam bagi setiap penerima.
Namun memandangkan terlalu ramai yang datang, kuota itu dikurangkan kepada seekor seorang dan cara pengagihan juga dilakukan secara ‘drive-through’ demi memastikan kesesakan tidak berlarutan.
Sumber Foto: Twitter.
Hanya 30 minit, 2,000 ekor ayam beku percuma diedarkan kepada 1,000 warga Putrajaya.
Inisiatif bagi bantu kurangkan beban penduduk terkesan PKP.
Konsep program ‘drive thru’ dan ‘first come first serve’ di Presint 9. @BuletinTV3 pic.twitter.com/2KrYek8p4x
— Wan Zairul Azri (Wan Z) @ Putrajaya (@wan_zNewsMPB) January 15, 2021
Memang benar, kebenaran rasmi telah didapatkan oleh kumpulan tersebut daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pihak polis. Malah, niat mereka untuk membantu mengurangkan bebanan masyarakat di Putrajaya, khususnya pada musim pandemik ini amatlah dihargai.
Namun pengagihan tersebut dianggap sebagai acara yang kurang bersesuaian untuk diadakan pada masa sekarang.
Malah ada juga pihak yang mendapatinya kurang sensitif terhadap usaha kerajaan yang ingin melandaikan angka kes positif COVID-19 di seluruh negara.
Apa pendapat korang?
Adakah isu ini hanyalah isu kecil yang diperbesar-besarkan? Ataupun ia seharusnya ditangguhkan sehingga waktu yang lebih sesuai?
“Tiada Kata-Kata..” Ibu Tercinta DS Najib Razak Hembus Nafas Terakhir
Al-Fatihah.
Salam takziah kami sampaikan kepada seluruh keluarga Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di atas pemergian ibunda tercinta, pada hari yang mulia ini.
Allahyarhamah Tun Hajah Rahah Tan Sri Mohamed Noah dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.30 petang tadi di Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur. Pada usia 87 tahun, Allahyarhamah juga merupakan balu kepada Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Hussein.
Perkhabaran tersebut baru saja diberitahu oleh Datuk Seri Najib sendiri menerusi akaun Twitter rasmi beliau. Ia berbunyi;
Innalillahwainnailaihirojiun.
Bonda saya sudah tiada.
Kami sekeluarga di hospital.
Kesedihan dan air mata mengalir.
Tiada kata-kata untuk kehilangan ini.
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) December 18, 2020
Selain daripada Datuk Seri Najib, Allahyarhamah meninggalkan empat lagi orang anak.
Mereka ialah Datuk Ahmad Johari Razak (bekas Pengarah Eksekutif Ancon BHD), Datuk Mohamed Nizam Razak, Datuk Mohamed Nazim Abdul Razak (arkitek dan ahli perniagaan) dan Datuk Seri Mohamed Nazir Razak yang juga merupakan bekas Pengerusi CiMB Group Malaysia.
Setelah Allahyarhamah mengahwini Tun Abdul Razak, kakak beliau iaitu Suhaila pula berkahwin dengan Perdana Menteri ketiga negara, Tun Hussein Onn dan itulah bagaimana Datuk Seri Najib dan Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein boleh menjadi sepupu.
Terdahulu semalam, tinjauan REMAJA pada perkongsian Datuk Seri Najib di Facebook pula mendapati beliau merafak sembah dan menjunjung kasih di atas kunjungan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa dan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah atas kunjungan diraja ke wad di hospital tersebut.
Patik merafak sembah dan menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI dan DYMM Paduka Seri Sultan Perak atas perkenan Tuanku-Tuanku mencemar duli berangkat menziarahi bonda patik Tun Rahah yang berada di hospital untuk rawatan. pic.twitter.com/idB2VKRj7f
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) December 17, 2020