Lancar Menu Rahmah RM5 Di 15,000 Premis, 15 Info Korang Perlu Tahu!

Share

Zaman sekarang ini mana mungkin kita dapat menjamu selera diwaktu makan tengahari dan malam dengan harga RM5. Namun, kini tidak mustahil dengan menu Rahmah yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Buletin TV3 sebelum ini ada melaporkan bahawa lebih 12,500 restoran mamak di seluruh negara sedia menyahut gesaan kerajaan untuk menyediakan Menu Rahmah, bernilai RM5 ke bawah bagi golongan miskin tegar.

ARTIKEL BERKAITAN : ‘Menu Bajet’ Bakal Diperkenalkan Di Lebih 10,000 Restoran Mamak

Menu Rahmah di Pasar Raya Besar Mydin Subang Jaya . Foto — FAIHAN GHANI Via The Star

Baru-baru ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) menerusi laman sosial rasminya berkongsi maklumat lanjut berkenaan Menu Rahmah seperti berikut:

1-Menu Rahmah merupakan satu sajian makan tengah hari atau malam yang seimbang. Ianya juga merangkumi nasi, satu pilihan protien seperti ayam atau ikan dan sayuran ditawarkan pada harga yang berpatutan iaitu RM5 sepingan.

2-KPDNKSH berharap dengan tawaran harga menu yang sangat berpatutan ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan sasar yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup pada masa kini.

3-Menu Rahmah ini merupakan kerjasama sinergi antara kerajaan bersama pemain industri makanan dan minuman yang akan diperluaskan di seluruh negara dalam masa terdekat.

4-Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub merasmikan Menu Rahmah di Pasar Raya MYDIN Subang Jaya, Selangor.

5-Menu Rahmah satu inisiatif baharu dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat. Ia hasil libat urus industri bersama wakil-wakil persatuan restoran seperti Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia, Malaysia Singapore Coffee Shop Proprietors General Association (MCSPGA), Bumiputra Retailers Organization (BRO), Malaysia Retail Chain Association (MRCA), dan Malaysia Retailers Association (MRA).

6-IA MELIBATKAN 15,000 PREMIS MAKANAN DI SELURUH NEGARA.

7-Salahuddin berkata daripada pemerhatian terdapat peniaga yang prihatin dengan mempelbagaikan menu lain seperti mi goreng, kuetiau goreng, rojak, roti John dan shawarma.

8-Untuk memudahkan rakyat yang disasar, KPDNKSH akan meletakkan pelekat atau simbol Menu Rahmah di premis yang terlibat.

9-Salahuddin berkata program tersebut akan dijalankan secara berterusan selagi ia mendapat kerjasama daripada premis yang bersedia memberikan perkhidmatan.

10-Sekiranya pengusaha premis tidak boleh mengekalkan (harga menu), boleh beritahu KPDN supaya perbincangan boleh dibuat dari semasa ke semasa. Menurut Salahuddin setakat ini, mereka boleh laksanakan harga menu RM5 itu.

11-Selain itu, beliau tidak fikir ada golongan (selain miskin tegar dan golongan memerlukan) yang akan mengambil kesempatan terhadap pelaksanaan Menu Rahmah ini kerana mereka ada pilihan makanan lain.

12-“TETAPI KALAU MEREKA RASA DI TENGAH BULAN SUDAH KURANG DUIT DALAM POKET, MEREKA JUGA BOLEH PILIH MENU RAHMAH KERANA SAYA RASA MEREKA PUN ADA SELERA UNTUK MEMILIH MENU INI,” KATANYA.

13-Selain Menu Rahmah, Bakul Rahmah, Pakej Harga Barang Rahmah dan Kafe Rahmah akan cuba diselesaikan KPDNKSH selewat-lewatnya pada akhir Mac ini.

14-Bakul Rahmah disasarkan untuk diberi kepada golongan keluarga miskin tegar setiap bulan manakala Pakej Harga Barang Rahmah bakal meliputi 12 barang keperluan asas yang boleh dibeli pada harga ditetapkan.

15-Inisiatif Kafe Rahmah pula akan dibuat di universiti tempatan bermula di Kuala Lumpur merangkumi sarapan pagi dan makan tengah hari percuma sementara makanan malam akan ditawarkan dengan diskaun hingga 50 peratus.

ALHAMDULILLAH….

Sebelum ini, tular seorang wanita dipercayai berniaga nasi lemak mempunyai niat yang baik untuk membantu para pelajar dalam kesusahan.

BACA LAGI : Simpati Lihat Pelajar Ikat Perut, Peniaga Nasi Lemak ‘Offer’ Makanan Percuma

Sumber: KPDN, Bernama

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana