Nama Macklemore kembali diperkatakan oleh rakyat di Malaysia pada tahun 2024 setelah penyanyi rap berusia 41 tahun itu secara lantang bersuara untuk keamanan negara Palestin serta rakyatnya.
Di saat kebanyakan selebriti Barat terutamanya dari Hollywood memilih untuk berdiam diri demi menjaga periuk nasi masing-masing, Macklemore atau nama sebenarnya, Benjamin ‘Ben’ Hammond Haggerty memilih untuk menyatakan pendiriannya dan menolak kekejaman yang diperlakukan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin sejak bulan Oktober, tahun lalu.
Malah, Macklemore brought the sentiment onto another level
dan meluncurkan single berjudul Hind’s Hall pada 7 Mei 2024 sebagai tanda solidaritinya terhadap Palestin. Judul lagu tersebut merujuk kepada sebuah bangunan akademik Hamilton Hall di Universiti Columbia, Amerika Syarikat.Lokasi tersebut menjadi saksi kepada protes besar-besaran para pelajar yang diugut oleh pihak pentadbiran universiti dengan tindakan dibuang institusi sekiranya tidak menghentikan laungan menolak kekejaman Zionis Israel.
Bangunan itu kemudiannya digelar sebagai Hind’s Hall bagi memperingati kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang dipercayai telah dibunuh oleh tentera Israel pada 29 Januari 2024.
Susulan peluncuran single Hind’s Hall tersebut, wargamaya Malaysia menyeru agar mana-mana pihak penganjur tempatan untuk membawa Macklemore menjayakan persembahan di Malaysia demi memperkuatkan lagi mesej keamanan yang dilaungkan oleh rakyat di sini.
Well, we do not have to wait much longer apabila Macklemore bakal menghangatkan Helipad Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada 3 November ini untuk konsert After Race Fest.
Konsert anjuran HIFIVE Entertainment ini adalah bersempena penutupan perlumbaan Moto GPTM. Ia bukan sekadar acara hiburan di atas pentas sahaja khas untuk pengunjung perlumbaan tetapi turut dimeriahkan dengan persembahan dron serta bunga api.
Kongsi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Petronas Sepang iaitu Azhan Shafriman Hanif, perlumbaan dan penganjuran konsert pada tahun ini juga bertambah istimewa apabila ia juga selari dengan ulang tahun ke-25 pembukaan trek antarabangsa itu.
Selain Macklemore, turut serta menghiburkan pengunjung nanti adalah kumpulan rock Amerika Syarikat dari era 1990-an iaitu Smash Mouth, Feel Koplo, De Fam, Nidji dan 6ixth Sense. Lebih ramai lagi barisan penghibur yang akan diumumkan kemudian bagi mendapatkan sasaran 10,000 ke 15,000 pengunjung bagi menghadiri konsert berkenaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.