Rasanya ramai yang tidak selesa memandu ketika hujan lebat kerana penglihatan akan menjadi sukar disebabkan oleh rintik hujan yang membasahi cermin kereta mengaburi pandangan.
Kadang, bila hujan terlalu lebat penggunaan wiper juga tidak membantu. Jadi, apa yang korang boleh buat?
Seorang pengguna di twitter telah pun berkongsi satu tip yang korang boleh cuba dengan mengambil tisu gulung, lap cermin kereta dengan produk Rain Act ni sampai rata. Namun, hati-hati jangan sampai terkena pada body
kereta.Cermin akan berkabus, ambil tisu gulung bersih dan lap cermin sekali lagi sampai bersih. Jelasnya, bila hujan korang dah tak perlu pasang wiper.
Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang korang perlu alert dan antaranya adalah seperti berikut:
1. Pastikan permukaan cermin betul-betul kering dan tidak basah sebelum menggunakan Rain Act
2. Produk seperti ini ada banyak brand bergantung pada kedai yang korang pilih, tapi lelaki ini biasanya menggunakan Rain Act.
3. Produk ini boleh didapati di hypermarket, MR DIY atau kedai-kedai aksesori kereta
Ramai juga yang bertanyakan soalan berkaitan dengan cara yang dikongsi ini.
Malah, ada juga pengguna yang turut berkongsi produk dari jenama-jenama yang lain.
Hm, lepas ni korang bolehlah try cari produk seperti ini dan cuba apply pada cermin kereta.
Selamat mencuba!
Sumber: myjoe_