Dalam minggu ini, kewujudan page Masak Apa Tak Jadi Hari Ini #MATJHN bagai menjadi fenomena bagi rakyat Malaysia.
Mencecah lebih dari 1.3 juta ahli dalam tempoh beberapa hari, orang ramai yang sudah lama terkurung akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengakui gambar-gambar masakan “tak jadi” ini sangat menghiburkan ditambah kata-kata netizen yang boleh dianggap bergurau mengenai masakan tersebut.
Namun blog ini mula dicemari dengan satu laporan polis dibuat oleh seorang wanita yang mendakwa netizen mengeluarakan kata-kata kesat dan katanya lagi netizen memberi komen bukan berdasarkan masakan paunya yang hangus sebaliknya mengandungi penghinaan dan meletakkan simbol dan meletakkan simbol gambar B***
Menurut salinan laporan yang dinaikkan di akaun facebooknya, laporan polis dilakukan di balai polis Pasir Puteh, Ipoh.
Ermmm, inilah padahnya bila kita menulis dengan emosional. Dari suka-suka, senda gurau akhirnya membawa kepada laporan polis.
Ads
Dalam page TTKM, disiarkan beberapa komen netizen yang disertakan oleh wanita tersebut yang didakwanya mengandungi kata-kata kesat dan hinaan terhadap beliau.
Ads
Tambah wanita itu lagi, tujuan beliau memasukkan gambar pau hangus itu adalah sekadar untuk berkongsi dan bukannya untuk menerima hinaan.
Beliau juga menuntut mereka yang membuat komen itu memohon maaf secara terbuka.
Ads
Buletin TTKM mendapati hantaran beliau di group MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL itu dinaikkan pada 21 April lepas. Ruang komen pada hantaran tersebut kini telah ditutup oleh admin group tersebut.
Sementara itu pada jam lebih kurang 1 pagi 23 April 2020, hantaran wanita itu yang menaikkan salinan laporan polis beliau tidak dapat diakses dipercayai dipadamkan setelah menerima ribuan komen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakannya membuat laporan polis berhubung isu tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tinggi sungguh imaginasi warganet sampaikan Amazon terpaksa mengubah logo aplikasi membeli belah atas talian gara-gara dikatakan menyerupai Adolf Hitler.
Dilancarkan pada Januari lalu, logo tersebut menampilkan tambahan imej pita pelekat berwarna biru di atas logo ‘senyum’ Amazon. Namun begitu, bentuk pita pelekat yang direka dengan garisan zig zag dikatakan mirip dengan misai pemimpin dictator Nazi tersebut.
Setelah menerima kritikan yang hebat, laman bisnes atas talian gergasi itu telah mengubah rekaan pita pelekat pada logo tersebut kepada bentuk pita pelekat yang memiliki rekaan berlipat pada satu bahagian bucu.
Dalam laporan BBC menurut ketua agensi penjenamaan dan reka bentuk Coley Porter Bell, Vicky Bullen berkata, “Sayang sekali bagi Amazon apabila visualisasi logo awal mereka dikaitkan dengan misai ala Hitler.
“Bentuk itu boleh kekal dalam mind akita dan itu bukanlah yang terbaik bagi syarikat yang pada asasnya memberikan kesenangan kepada para pelanggan yang membeli belah dengan mereka.”
Dah macam-macam video yang diviralkan di media sosial tentang kononnya produk makanan sekian, sekian mempunyai kandungan plastik. Nak tunjuk lagi real, mereka akan membakar makanan tersebut dan bahan tersebut bertukar la menjadi hitam.
Mulalah viralkan cakap produk tersebut diperbuat daripada bahan plastik dan macam-macam lagi. Persoalannya, adakah ‘eksperimen’ ini benar atau sebaliknya.
Jom kita lihat kupasan yang telah dibuat oleh Root of Science berkaitan dengan isu ini.
Kenapa ia terjadi?
Bahan makanan atau bahan organik di sekeliling kita sebenarnya berasaskan karbon. Kita manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang adalah berasaskan hidrokarbon (hidrogen dan karbon). Manusia contohnya, diselaputi otot daging yang terdiri daripada protein dan lemak, kedua-duanya adalah berasaskan rantaian-rantaian karbon.
Jika kita terbakar, kita juga akan menjadi residu hitam. Ini adalah kerana residu-residu karbon yang tertinggal selepas proses pembakaran. Api dalam proses pembakaran adalah sumber tenaga yang tinggi. Rantaian-rantaian hidrokarbon (dalam tubuh kita) akan terurai dan bergabung dengan oksigen dan hidrogen daripada persekitaran untuk menghasilkan karbon dioksida, karbon monoksida dan air.
Selepas pembakaran selesai, karbon residu yang tertinggal adalah bahan hitam yang kita biasa lihat.
Ini juga sesuatu yang kita lihat (dan dambakan) apabila membakar sate, ayam bakar atau daging bakar. Kesan bakaran hitam yang menyelerakan (ahhh lapar pula!).
Bahan makanan seperti keropok dan biskut juga sama. Keduanya mengandungi kanji dan lemak. Molekul asas kanji contohnya adalah gula glukosa yang berbentuk cecincin hidrokarbon. Sudah pastilah apabila dibakar akan menghasilkan residu hitam karbon!
Siapa suka makan apam gula hangus? Kek sarang semut? Gula ‘hangus’ juga berwarna gelap bukan? Gula adalah terdiri dari fruktosa dan glukosa yang berasaskan karbon.
Kalau sabun, macam mana pula?
Sebenarnya, bahan asas sabun adalah garam asid lemak. Pembuatan paling asas sabun yang diajar disekolah dulu (siapa masih ingat?) adalah dengan mencampurkan bahan organik mengandungi lemak (trigliserida) dengan natrium hidroksida (bahan beralkali). Trigliserida adalah terdiri dari tiga molekul asid lemak (rantaian-rantaian hidrokarbon) dan gliserol. Tindakbalas penghasilan sabun dari trigliserida dan bahan alkali ini dipanggil saponifikasi.
Jadi sabun juga adalah sebenarnya berasaskan karbon. Maka tidak hairanlah ia juga terbakar menjadi arang!
Mengapa sabun yang dijual tidak bertukar hitam? Mungkin juga panjang waktu pembakaran tidak sama, mungkin juga sabun tersebut diperbuat dari bahan bukan organik… Cuba tanya penjual sendiri?
Oh begitu rupanya. So, sekarang dah faham kan? Kalau kita tak betul-betul tahu tentang sesuatu perkara tu, eloklah jangan diviralkan dulu. Cuba tanya pada yang lebih arif. Kan lebih mudah?
Bukan luar biasa tetapi sudah menjadi perkara biasa. Namun tidak ramai menjadikannya iktibar.
Ternyata, berita-berita kemalangan yang kita baca setiap hari di media sosial mahupun akhbar selain menonton tv adalah berpunca dari kecuaian pemanduan selain sikap suka ambil mudah.
Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati kebanyakan pemandu di negara ini mengakui bahawa penggunaan telefon bimbit ketika memandu merupakan faktor penyumbang kepada kemalangan jalan raya, kata Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye.
Katanya, Miros melakukan kajian rawak pada tahun lalu terhadap 300 responden di Lembah Klang dan mendapati 43.4 peratus pengguna jalan raya menggunakan telefon bimbit ketika memandu kereta dan membonceng motosikal manakala 61.7 peratus pemandu menerima atau membuat panggilan telefon ketika memandu sekurang-kurangnya satu hingga tiga kali seminggu.
Selain itu, kajian itu juga mendedahkan 53.6 peratus pemandu menggunakan telefon bimbit ketika terperangkap di dalam kesesakan jalan raya; 53 peratus pemandu menaip teks ketika memandu sekurang-kurangnya satu hingga tiga kali seminggu dan 61.7 peratus pemandu menerima atau membuat panggilan telefon ketika memandu sekurang-kurangnya satu hingga tiga kali seminggu.
Tidak hairanlah, dengan sikap mementingkan diri ini dan jangan sesekali terperanjat kadar kematian jalan raya di Malaysia adalah ketiga tertinggi di dunia, lapor Bloomberg.
Negara ini mencatatkan kadar kematian sebanyak 23 orang bagi setiap 100,000 penduduk, menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia 2013, kata laporan itu.
Thailand mempunyai rekod terburuk dengan kadar kematian sebanyak 36.2 orang diikuti Afrika Selatan dengan 25 orang bagi setiap 100,000 penduduk.
Selain Thailand, Malaysia juga mempunyai kadar kematian tertinggi di Asia Tenggara. Negara lain termasuklah Indonesia yang mencatatkan kadar kematian 15 orang dan Filipina 11 orang bagi setiap 100,000 penduduk.
Dalam pada itu, Kempen Keselamatan Jalan Raya bersempena Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Kedah 2018 telah dilancarkan demi keselamatan pengguna dua hari yang lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan negeri Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata tahap kesedaran pengguna jalan raya untuk tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu kereta atau menunggang motosikal masih rendah.
“Saya bimbang lihat pengguna jalan raya yang menggunakan telefon bimbit terutamanya penunggang motosikal. Ini adalah satu tindakan yang tidak wajar kerana ia boleh mengganggu dan membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya negeri Chan Pei Hong berkata pengguna jalan raya perlu memberi fokus 100 peratus semasa di jalan raya tetapi fokus tersebut menurun kepada 50 peratus apabila pengguna menggunakan telefon bimbit.
“Apabila tahap fokus tinggal 50 peratus, tumpuan pengguna jalan raya terhadap risiko kemalangan juga berkurangan. Itu boleh menyebabkan berlakunya kemalangan sehingga meragut banyak nyawa,” katanya.
Soalannya, apa lagi dimahukan oleh rakyat Malaysia untuk lebih bekerjasama dalam soal di jalan raya. Sudah terang lagi jelas, kesalahan menggunakan telefon bimbit denda sebanyak RM300 akan dikeluarkan tetapi ia sesekali tidak pernah menakutkan rakyat negara ini.
Kalau dulu di majlis kahwin dah jadi kebiasaan apabila para tetamu yang hadir diberikan bunga telur sebagai 'Goodies' atau cenderahati daripada pihak pengantin.ARTIKEL BERKAITAN ...