Lapor Polis Lepas Muat Naik Gambar Pau Hangus Di Blog #MATJHN, Wanita Dakwa Netizen Lempar Kata-Kata Kesat

Share

Dalam minggu ini, kewujudan page Masak Apa Tak Jadi Hari Ini #MATJHN bagai menjadi fenomena bagi rakyat Malaysia.

Mencecah lebih dari 1.3 juta ahli dalam tempoh beberapa hari, orang ramai yang sudah lama terkurung akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengakui gambar-gambar masakan “tak jadi” ini sangat menghiburkan ditambah kata-kata netizen yang boleh dianggap bergurau mengenai masakan tersebut.

Namun blog ini mula dicemari  dengan satu laporan polis dibuat oleh seorang wanita yang mendakwa netizen mengeluarakan kata-kata kesat dan katanya lagi netizen memberi komen bukan berdasarkan masakan paunya yang hangus sebaliknya mengandungi penghinaan dan meletakkan simbol dan meletakkan simbol gambar B***

Satu laporan polis dibuat dengan mendakwa pandangan diberi netizen tiada kaitan dengan pau hangus dimasaknya. Malah katanya lagi netizen lemparkan kata-kata kesat

Menurut salinan laporan yang dinaikkan di akaun facebooknya, laporan polis dilakukan di balai polis Pasir Puteh, Ipoh.

Ermmm, inilah padahnya bila kita menulis dengan emosional. Dari suka-suka, senda gurau akhirnya membawa kepada laporan polis.

Dalam page TTKM, disiarkan beberapa komen netizen yang disertakan  oleh wanita tersebut yang didakwanya mengandungi kata-kata kesat dan hinaan terhadap beliau.

Pandangan netizen yang akhirnya mencetuskan laporan polis dibuat

Tambah wanita itu lagi, tujuan beliau memasukkan gambar pau hangus itu adalah sekadar untuk berkongsi dan bukannya untuk menerima hinaan.

Beliau juga menuntut mereka yang membuat komen itu memohon maaf secara terbuka.

Buletin TTKM mendapati hantaran beliau di group MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL itu dinaikkan pada 21 April lepas. Ruang komen pada hantaran tersebut kini telah ditutup oleh admin group tersebut.

Sementara itu pada jam lebih kurang 1 pagi 23 April 2020, hantaran wanita itu yang menaikkan salinan laporan polis beliau tidak dapat diakses dipercayai dipadamkan setelah menerima ribuan komen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakannya membuat laporan polis berhubung isu tersebut.

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros