Wabak corona virus yang menyerang dunia seakan tidak ada tanda-tanda akan berhenti. Setakat ini lebih 750,000 penduduk dunia sudah djangkiti dan kadar kematian juga mencatatkan angka bukan sedikit.
Pasti ramai orang yang sedang risau dengan pandemik Covid-19. Ini kerana virus ini merupakan suatu perkara baru dalam dunia perubatan, kita juga sedang mempelajari satu demi satu fakta baru tentang jangkitan ini dari hari ke hari. Setakat tempoh sehingga Mac 2020, kita dapat lihat kadar kematian sekitar 1% daripada semua kes yang dilaporkan.
Namun, peratusan ini mungkin lebih tinggi kerana terdapat beberapa negara yang tidak mempunyai kapasiti untuk menyaring kebanyakan kes yang sebenarnya dialami dalam sempadan mereka atas pelbagai faktor kekangan semasa.
Beberapa laporan dari China dan negara-negara Eropah telah dapat mengenal pasti beberapa kumpulan yang berisiko tinggi. Satu fakta yang boleh membuatkan ramai orang lega adalah sekitar 80% kes akan sembuh tanpa memerlukan rawatan yang kompleks dan ramai juga dalam kelompok ini yang tidak mengalami apa-apa gejala yang merbahaya.
Namun begitu, pesakit-pesakit tanpa gejala atau dengan gejala yang ringan mempunyai lebih kebarangkalian untuk menjangkiti kumpulan yang berisiko tinggi. Dengan lebih ramai orang yang dijangkiti, kita amat risau sekiranya bilangan ini tidak dapat ditampung sepenuhnya oleh kapasiti servis kesihatan kita. Atas sebab itu, kita harus mengambil langkah berjaga-jaga yang drastik untuk melindungi kumpulan yang berisiko tinggi.
Berikut adalah kumpulan berisiko yang harus kita semua cuba lindungi:
1) Golongan berumur
Hampir semua pemerhatian dari kadar kematian di pelbagai kawasan di China menunjukkan sesuatu yang konsisten. Kebanyakan kes kematian atau kes-kes yang lebih kritikal melibatkan kumpulan usia yang lebih tinggi. Pemerhatian awal di Wuhan yang membandingkan kes-kes yang dibenarkan discaj dan kes-kes kematian mendapati purata umur kes-kes kematian adalah 17 tahun lebih tua.
Negara Itali juga dikenali sebagai antara negara Eropah yang mempunyai kumpulan warga tua tertinggi di benua tersebut. Kebanyakan institusi kesihatan global bersetuju golongan berumur 65 tahun ke atas menghadapi risiko untuk kesan yang lebih serius mahupun kematian.
Ads
2) Sejarah penyakit kronik
Definasi penyakit kronik adalah penyakit jangka panjang yang memerlukan kawalan dan sukar/tidak dapat diubati. Secara lazimnya, kita mendengar tentang penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.
Pemerhatian daripada Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) China yang menilai kesemua pesakit yang diuji positif dengan Covid-19 menunjukkan kesemua pesakit dengan sejarah penyakit-penyakit yang disebut di atas adalah lebih berisiko tinggi sekiranya menghidap Covid-19. Tambahan lagi, sejarah masalah kesihatan pernafasan (respiratori) dan juga barah (kanser) juga dilihat mempunyai lebih risiko sebagai kes kritikal/kematian.
Terdapat juga masalah kesihatan lain seperti penyakit autoimmune yang memerlukan rawatan dengan ubatan steroid/kawalan imuniti dan pesakit HIV (terutama yang belum mendapat rawatan anti-viral atau tidak patuh dengan ubatan) yang juga perlu berjaga-jaga.
3) Obesiti/sejarah merokok
Ads
Kaitan dengan dua faktor risiko di atas adalah kurang jelas. Kerana jumlah pesakit yang diuji positif adalah terlalu tinggi dan ramai antara mereka terlalu serius, data tentang sejarah merokok berdarkan kiraan pek/tahun dan data tepat BMI pesakit-pesakit ini amat sukar diperolehi. Kajian yang berbeza juga menggunakan definasi perokok yang berlainan berdasarkan kiraan pek/tahun menjadikan data ini sukar untuk diperhalusi untuk masa kini.
Namun begitu, pemerhatian awal di Itali dan China menunjukkan penglibatan kes kritikal dan kematian kaum lelaki melebihi kaum wanita dan orang dewasa berbanding kanak-kanak yang agak selari dengan populasi perokok di kedua-dua negara. Pemerhatian ini cukup untuk kita memberitahu para perokok yang mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi. Begitu juga dengan kadar obesity dan kebrangkalian populasi ini untuk memiliki masalah kesihatan lain seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi.
JADI APA YANG KITA PERLU LAKUKAN?
1) Lindungi warga tua, samada ahli keluarga ataupun dalam kejiranan kita. Kurangkan keperluan untuk mereka keluar buat masa ini dan kita bantu mereka dapatkan bahan keperluan mereka. Dalam masa yang sama memastikan jarak sosial dan nasihat kebersihan tangan sekiranya berinteraksi dengan mereka.
2) Ramai orang muda kita alpa dengan kepentingan saringan kesihatan. Tahun demi tahun, kita melihat umur pesakit yang diberi diagnosis kencing manis dan tekanan darah tinggi beransur semakin muda kerana pilihan gaya hidup yang tidak sihat.
Ads
Diet yang tidak seimbang dan kekurangan aktiviti fizikal hanyalah sebahagian daripada masalah yang menyumbang kepada pemerhatian ini. Tambah teruk, ini adalah golongan yang tidak tahu tentang risiko mereka sendiri. Gunakan masa anda di rumah untuk menyusun semula diet yang lebih seimbang dan cuba lakukan aktiviti fizikal sedikit demi sedikit untuk kembali ke berat badan ideal. Selepas reda wabak ini, cari masa untuk lakukan saringan kesihatan anda.
3) Berhenti merokok. Kalau anda ada masa untuk bimbang yang virus ini adalah teori konspirasi sesuatu negara, bukankah rokok itu teori konspirasi lebih besar yang menyumbang kepada masalah jantung, angin ahmar, pelbagai jenis barah, masalah pernafasan dan sekarang kita tambah lagi golongan berisiko untuk apa-apa jangkitan kuman? Tiada kebaikan yang dating daripada merokok.
4) Juga yang lebih penting, ikut nasihat pihak berkuasa untuk mengurangkan risiko jangkitan dan cuba untuk memutuskan rantaian jangkitan di negara kita. Kebersihan tangan, etika batuk dan penjarakan social adalah nasihat yang sangat penting dan semua ini hanya akan berjaya sekiranya setiap antara kita memainkan peranan masing-masing.
Semoga dengan keprihatinan pihak berkuasa dan peranan anda semua menjalankan tanggungjawab anda, kita dapat mengatasi wabak Covid-19 yang sedang melanda ini.
Rujukan:
1. Wu Z, McGoogan JM. Characteristics of and important lessons from the coronavirus disease 2019 (COVID-19) outbreak in China: summary of a report of 72314 cases from the Chinese Center for Disease Control and Prevention.
JAMA2020. doi:10.1001/jama.2020.2648 pmid:32091533
Zhou F, Yu T, Du R, et al. Clinical course and risk factors for mortality of adult inpatients with COVID-19 in Wuhan, China: a retrospective cohort study.
Lancet2020. doi:10.1016/S0140-6736(20)30566-3 pmid:32171076
Livingston E, Bucher K. Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) in Italy.
JAMA2020. doi:10.1001/jama.2020.4344. pmid:32181795
Jordan Rachel E, Adab Peymane, Cheng K K. Covid-19: risk factors for severe disease and death BMJ 2020; 368 :m1198
Sumber : Ini Sains Beb
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wang ikat jamin sebanyak RM40,000 berjaya dikutip bagi membantu pelawak wanita tular yang terlibat dalam persembahan komedi menghina agama Islam, baru-baru ini.
Peguam Siti Nur Amira Abdullah atau Amy, 26 dalam kenyataannya berkata, sumbangan orang awam untuk membantu proses ikat jamin telah mencecah nilai RM40,000 pada pagi 18 Julai demi membebaskan Amy dan teman lelakinya, Alexander Navin Vijayachandran.
Sebarang wang sumbangan selepas ini bakal dipulangkan semula kepada penderma apabila jumlah yang diharapkan telah dicapai.
Amy didakwa mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan, permusuhan, kebencian atau mempunyai niat jahat, atau menjejaskan pemeliharaan keharmonian atau perpaduan atas dasar agama. Rabu lalu, Amy mengaku tidak bersalah atau pertuduhan tersebut.
Manakala Alex pula berdepan dua pertuduhan atas kesalah memuat naik kandungan menghina di media sosial. Untuk pertuduhan pertama, Alex didakwa berkongsi kiriman di akaun Instagram pada 5 Jun dengan niat menghina orang lain. Dalam pertuduhan kedua pula, dia didakwa berkongsi kandungan menerusi akaun YouTube pada 16 Jun juga dengan niat menghina orang lain.
Mengenai status kebenaran bagi Amy dan Alex dibebaskan daripada penjara, peguam mereka R. Sivaraj berkata ia bergantung kepada waktu yang ditetapkan. Sekiranya mereka melepas waktu, kakitangan mahkamah meminta mereka untuk kembali esok untuk pembebasan memandangkan lokasi penjara masing-masing yang agak jauh; iaitu di Beranang dan Kuala Kubu Bharu.
*
Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati warganet rata-rata tidak berpuas hati, terkejut dan tidak percaya ada insan yang sanggup berpihak kepada pasangan kekasih itu sehingga berjaya mengumpulkan dana awam bernilai RM40,000.
Pada mereka, situasi ini menggambarkan sentimen tidak sihat yang hanya menggalakkan orang lain untuk melakukan jenaka yang menghina mana-mana agama selepas ini. Malah mereka juga ingin sekali mengetahui siapakan insan yang sanggup menyumbang itu.
Pada masa yang sama, warganet juga bingung mengapa pihak kerajaan atau badan bertanggungjawab tidak mengambil kes ini secara tegas memandangkan ia jelas menghina agama rasmi negara iaitu agama Islam.
Apa pendapat korang? Adakah korang bersetuju dengan majoriti warganet ataupun merasakan adalah adil untuk pasangan yang didakwa ini dibela sebegitu rupa memandangkan sistem perundangan di Malaysia membenarkan ikat jamin?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sabtu lalu telah berlangsungnya Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) Ke-17 yang mana anak lelaki kepada penyanyi rock terkenal iaitu Rahmad Mega turut bergelar graduan institut berkenaan.
Graduan ijazah sarjana
Berita gembira ini turut dikongsikan menerusi satu perkongsian di Instagram, Rahmad berkongsikan kejayaan anaknya berusia 25 tahun itu serta berdoa agar anaknya terus berjaya di masa akan datang.
“Tahniah buat anakanda kerana telah berjaya menyelesaikan Ijazah Sarjana, papa doakan semoga terus berjaya,” tulisnya.
Dalam entri itu, Rahmad turut memuat naik beberapa keping gambar mereka sekeluarga meraikan Suhazri pada majlis konvokesyen yang diadakan pada Ahad lalu.
Perkongsian Rahmad itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah serta mendoakan anak kepada penyanyi itu terus berjaya.
Tidak kurang juga, ada netizen mengatakan Rahmad dan anak lelakinya dilihat seperti abang dan adik apatah lagi penyanyi itu awet muda meskipun sudah berusia 53 tahun.
Kejutan Buat Anak
Lebih manis, difahamkan Rahmad turut membuat kejutan kepada graduan di majlis konvokesyen apabila tampil membuat persembahan. Ketika menyanyikan lagu Takdir dan Waktu, anak kepada penyanyi itu dilihat naik ke pentas dan mencium tangan bapanya.
Wah, untungnya anak abang Rahmad ini. Apa-apapun tahniah kami ucapkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya kerana sebuah handphone, seorang adik sanggup membunuh abangnya dan lebih menyayat hati lagi apabila ianya berlaku gara-gara disebabkan oleh seorang teman lelaki.
Mangsa yang berusia 16 tahun dipercayai teah dibunuh oleh adiknya, 14, bersama teman lelakinya dengan membungkus mayat mangsa sebelum meletakkanny di belakang rumah kosong di Taman Glenview, Taiping Perak.
Mayat mangsa ditemui dua hari selepas dilaporkan hilang oleh keluarganya dan menurut Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, pihak mereka menerima panggilan daripada jiran mangsa yang mengatakan ada penemuan mayat di luar belakang rumah di lokasi kejadian.
Siasatan polis mendapati pada hari dilaporkan mangsa hilang, mangsa dipercayai baru pulang dari sekolah sebelum mendapati adik perempuannya membawa rakan-rakan, termasuk teman lelakinya ke rumah.
Pergaduhan berlaku
Sebaik saja mangsa pulang ke rumah, semua rakan-rakan adiknya termasuk teman lelaki beredar. Tapi, nak dijadikan cerita handphone si boyfriend ni tertinggal pula di rumah mangsa.
Bila mereka cuba menelefon telefon bimbit tersebut, panggilan tersebut diangkat oleh mangsa. Mangsa mencabar teman lelaki suspek supaya datang ke rumah untuk mendapatkan kembali telefonnya itu.
Disebabkan oleh kejadian tersebut, satu pergaduhan berlaku sewaktu teman lelaki suspek datang semula ke rumah.
Difahamkan, mereka dipercayai mengelar leher mangsa dan kedua pergelangan tangan denga pisau sebelum menyerkup kepala mangsa dengan plastik untuk membunuhnya.
Pergh, tergamak wey! Agaknya waktu tu apa yang mereka fikirkan ya? Haihh..
Kedua-dua suspek sudah ditahan polis untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Netizen terkejut
Rata-rata yang mendengar berita ini terkejut dengan tindakan yang diambil oleh adik mangsa. Mana tidaknya, baru berusia 14 tahun sudah berani untuk melakukan jenayah seumpama itu.
Diharap insiden ini dijadikan pengajaran untuk kita semua. Berfikirlah terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa keputusan. Jangan hanya kerana marah, akhirnya membawa binasa kepada orang lain, lebih-lebih lagi keluarga sendiri.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...