Lari Balik Kampung Elak PKPB! 250 Individu Dari Ibu Kota Dipakaikan Gelang Pink Di Kelantan

Share

Ermmm, sampai bila pun isu COVID-19 tidak akan selesai apabila wujudnya individu yang mementingkan diri sendiri.

Kerana mahu lari balik kampung mengelak PKPB di ibu kota, baru ini tular bahawa jalan keluar menuju ke Pantai Timur sesak dengan kenderaan yang banyak. Begitu juga bas-bas yang dipenuhi penumpang yang awal-awal cabut apabila pihak kerajaan mengumumkan PKPB di seluruh negara kecuali Kelantan, Pahang dan Perlis.

Sikap mementingkan diri ini dapat dilihat seolah-olah hanya mereka sahaja yang ada mak ayah dan orang lain bergelar anak yatim piatu sedangkan sudah berbulan anak di rantau tidak dapat pulang ke kampung menziarah ibu bapa berikutan PKPB dilaksanakan.

Terkini, tanpa menyedari mereka sudah disyaki membawa kuman corona virus pulang ke kampung (mungkin fikir diri sihat), seramai 250 individu dari lokasi zon merah yang memasuki Kelantan setakat ini sudah dipakaikan gelang hijau dan pink.

Harian Metro melaporkan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, jumlah pemakaian gelang itu dijangka terus meningkat sekiranya lebih ramai mereka dari zon merah pulang ke kampung halaman.


Bagaimanapun katanya, beliau menjangkakan peningkatan itu tidak ketara memandangkan hampir semua negeri melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Justeru, mereka yang memakai gelang berkenaan diminta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Khas Negeri Kelantan (JKKNK) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, pihaknya menempatkan 20 hingga 25 pegawai di setiap pintu masuk sempadan negeri iaitu Jeli, Gua Musang dan Pasir Puteh.

"Perkara itu sudah dipersetujui Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan mereka dari zon merah akan menjalani ujian calitan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Zaini berkata, Kelantan mencatatkan kluster pertama dalam tempoh penularan Covid-19 gelombang ketiga iaitu Kluster Kube yang mencatatkan 10 kes.

"Setakat ini keadaan masih terkawal dan kita mengharapkan orang ramai mematuhi SOP ditetapkan dan menjaga penjarakan fizikal selain mengelak lokasi sesak," katanya.

4 aerah iaitu Machang, Jeli, Kota Bharu dan Tanah Merah di isytiharkan zon kuning.

Apa pun jaga kesihatan korang semua kerana soal kesihatan bukan boleh dijual beli.

Buat mereka yang diuji dengan kanser, insya Allah, doa dari semua dan kekuatan minda akan menjadikan anda semua kembali sihat. #NIFightAgainstCancer

Published by
Almaswa Haji Che Ros