Semalam, lagu Negaraku dengan gahnya telah berkumandang di Litar Catalunya, Sepanyol setelah pelumba negara, Syarifuddin Azman berjaya muncul sebagai juara perlumbaan pertama Moto 3 Kejohanan FIM Repsol 2021.
Biarpun Syarifuddin, 19 memulakan perlumabaan di petak ke-10, dia berjaya berada dalam kalangan kelompok hadapan sebelum menamatkan perlumbaan dengan mencatatkan masa 29 minit, 32.553 saat dalam 16 pusingan sejauh 74.7 kilometer.
Pelumba remaja itu sekaligus berjaya menewaskan pelumba tuan rumah, David Munoz Rodriguez yang sekadar berpuas hati di tangga kedua.
Ads
Biarpun kurang bernasib baik di perlumbaan kedua selepas tersingkir pada pusingan ke-11, kejayaan perlumbaan pertama itu telah membantu Syarifuddin untuk mengumpul 25 mata dan kini menduduki tangga ke-10 secara keseluruhan dengan kutipan 31 mata.
Tahniah Syarifuddin!
Ads
Namun, apa yang menarik mengenai momen tersebut adalah apabila video kemenangannya di podium tular di aplikasi TikTok.
Setelah tamat acara pemberian trofi kepada para pemenang, sudah menjadi tradisi untuk pelumba membuka botol arak lalu disimbah ke rakan mereka yang berdiri bersebelahan.
Namun, Syarifuddin ternyata sedar bahawa perbuatan tersebut bercanggah dengan agama Islam dan dilihat berusaha mengelak dirinya daripada disembur oleh David dan pemenang tempat ketiga, Jose Antonio Rueda Ruiz.
Ads
Menerusi perkongsian oleh pengguna TikTok @uhjourney, Syarifuddin yang lebih mesra dengan panggilan Damok berlari meninggalkan podium menuju ke sudut sisi balkoni sementara menunggu dua lagi orang pelumba itu menyelesaikan tradisi tersebut.
Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia sudah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa tiga produk minuman “sunnah” iaitu Jus Al Sunnah, Jus Al Sunnah Gold dan Jus Penawar keluaran syarikat Sri Saga Marketing Shd mengandungi steroid. Hasil pemantauan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan ke atas ketiga-tiga produk ini mendapati syarikat tersebut tidak wujud, di mana ini melanggar Seksyen 16, Akta Makanan 1983.
Di samping itu, hasil analisis mengesahkan ada di antara produk tersebut mengandungi dexamethasone dan prednisolone iaitu bahan steroid yang dilarang di bawah Akta Makanan 1983.Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983, menyatakan mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM 100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Sehubungan itu, KKM melarang penjualan JUS AL SUNNAH, JUS AL SUNNAH GOLD DAN JUS PENAWAR yang dikeluarkan oleh syarikat Sri Saga Marketing S/B. Semua peniaga termasuk peniaga atas talian yang masih mempunyai stok produk tersebut diarahkan untuk menghentikan serta-merta penjualan semua produk tersebut dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tujuan penyitaan.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketiga-tiga produk ini disahkan mengandungi steroid.
Apa yang anak-anak perlu ajarkan dan maklum mak ayah tentang produk “sunnah” ini?
Untuk pengetahuan, ketiga-tiga produk ini mengandungi Dexamethasone dan Prednisolone.
Apa dimaksudkan dengan keduanya? Dexamethasone dan prednisolone adalah steroid yang poten dan ia digunakan untuk rawatan masalah pembengkakkan dan radang yang serius.
Penggunaan dexamethasone dan prednisolone secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi, katarak, peningkatan risiko jangkitan dan sindrom cushing.
Pesakit yang menghidap kencing manis adalah berisiko tinggi kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan seterusnya boleh mengakibatkan komplikasi yang serius.
Carian REMAJA di web mendapati, JUS PENAWAR (botol berwarna hijau) didakwa boleh mengatasi masalah resdung. Manakala Jus Al Sunnah pula berwarna putih (dilabel dengan tulisan merah) dan Jus Penawar Gold berharga RM119.00 (jus kesihatan alternatif).
Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk ini adalah disarankan supaya SEGERA mendapatkan nasihat serta rawatan dari ahli profesional kesihatan. Pengguna yang telah mengambil produk ini untuk jangkamasa yang lama digesa supaya TIDAK memberhentikan penggunaannya secara mendadak dan turut mendapatkan nasihat serta rawatan dari ahli profesional kesihatan.
Ini kerana ini boleh menyebabkan masalah seperti kekeliruan dan penurunan tekanan darah yang boleh membahayakan kesihatan (akibat withdrawal syndrome).
KKM ingin menegaskan supaya semua makanan yang dijual di negara ini perlu mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Adalah menjadi tanggungjawab pihak terlibat seperti pengilang, pembungkus, pengedar, ejen pemasaran dan penjual untuk memastikan produk makanan yang dijual mematuhi perundangan makanan.
KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau hubungi KKM melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.
Jadi dah fahamlahkan kenapa produk ini diHARAMKAN. Kalau sayang mak ayah, tolong jangan beli dan kalau dan beli, sila jangan guna lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memang tidak dapat dinafikan, kumpulan ikonik K-pop, Bangtan Boys atau lebih dikenali sebagai BTS telah menjadi perhatian seluruh dunia sebaik mengumumkan kemunculan album terbarunya minggu lepas ‘Map of the Soul: 7 ’.
Jelas, BTS tidak menoleh ke belakang dan terus mencatat kejayaan.
Terbaru, mereka muncul dengan album terbaru berjudul Map of the Soul:7 seminggu yang lalu dan album ketujuh BTS ini mencatatkan rekod jualan album tertinggi dalam sejarah.
Malah, album Map of the Soul: 7 dilaporkan memecah rekod tersebut dalam masa beberapa jam sahaja selepas diterbitkan pada 21 Februari lalu dengan 2.653 juta salinan.
Menurut Astro Awani, jumlah tersebut cukup untuk mencatatkan rekod baharu bagi jualan tertinggi dalam satu hari serta jualan tertinggi dalam seminggu bagi sebuah album.
Sebelum ini, BTS sudah memegang rekod untuk jualan album paling mengagumkan yang dicapai pada minggu pertama menerusi album berjudul Map of the Soul: Persona.
Map of the Soul: 7 menandakan 7 tahun pembabitan BTS dan mereka memperdengarkan kematangan grup ini. Kolaborasi bersama Ed Sheeran, Lauv, Troye Sivan, Sia dan Halsey menambah perisa ‘antarabangsa’ (although BTS can stand on their own, TBH) kepada album ini.
Namun penulis amat tertarik dengan single lain yang menceritakan perasaan peribadi setiap ahli. Antaranya seperti Moon (Jin), Inner Child (V), My Time (Jungkook) dan Filter (Jimin). Masing-masing mempunyai mesej tersendiri untuk disampaikan.
00.00 (Zero O’Clock) adalah single yang akan diulang dengar oleh korang kerana ramai yang mampu relate kepadanya.
Album tersebut berjaya mencatat jualan 2.13 juta salinan dalam tempoh tujuh hari pertama diterbitkan. Pada Jumaat, buah tangan terbaharu BTS mencipta satu lagi rekod baharu dalam sejarah Korea Selatan setelah berjaya mencatat jualan 3.378 juta album dalam tempoh seminggu.
Wah, hebat betul pengaruh kpop ni. Apapun tahniah kami ucapkan!
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penemuan jasad pelancong, Nora Anne Quoirin sememangnya amat memilukan apatah lagi ramai yang berharap agar remaja berusia 15 tahun itu selamat kembali ke pangkuan keluarga.
Di saat ini, masih terlalu banyak spekulasi oleh orang ramai malah ramai juga ingin mengetahui apakah yang sebenarnya terjadi pada Nora sebelum ditemui.
Pun begitu, lelaki yang dikenali sebagai Ikhwan berkongsi di laman Twitternya mengenai satu lagi kes yang hampir sama dengan kes Nora melibatkan kematian pelancong asing di negara ini satu ketika dahulu.
Bagaimanapun, mangsa dalam kes tersebut iaitu Stephanie Foray, 30 tahun yang melancong seorang diri ditemui 3 bulan kemudian dan suspek pula telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada tahun 2016 lalu.
Apa-apapun, masih terlalu awal untuk kita menilai apa yang terjadi pada Nora, namun yang pasti sama-sama kita berdoa semoga kebenaran mengenai remaja tersebut dapat diketahui.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...