Semalam, lagu Negaraku dengan gahnya telah berkumandang di Litar Catalunya, Sepanyol setelah pelumba negara, Syarifuddin Azman berjaya muncul sebagai juara perlumbaan pertama Moto 3 Kejohanan FIM Repsol 2021.
Biarpun Syarifuddin, 19 memulakan perlumabaan di petak ke-10, dia berjaya berada dalam kalangan kelompok hadapan sebelum menamatkan perlumbaan dengan mencatatkan masa 29 minit, 32.553 saat dalam 16 pusingan sejauh 74.7 kilometer.
Pelumba remaja itu sekaligus berjaya menewaskan pelumba tuan rumah, David Munoz Rodriguez yang sekadar berpuas hati di tangga kedua.
Biarpun kurang bernasib baik di perlumbaan kedua selepas tersingkir pada pusingan ke-11, kejayaan perlumbaan pertama itu telah membantu Syarifuddin untuk mengumpul 25 mata dan kini menduduki tangga ke-10 secara keseluruhan dengan kutipan 31 mata.
Tahniah Syarifuddin!
Namun, apa yang menarik mengenai momen tersebut adalah apabila video kemenangannya di podium tular di aplikasi TikTok.
Setelah tamat acara pemberian trofi kepada para pemenang, sudah menjadi tradisi untuk pelumba membuka botol arak lalu disimbah ke rakan mereka yang berdiri bersebelahan.
Namun, Syarifuddin ternyata sedar bahawa perbuatan tersebut bercanggah dengan agama Islam dan dilihat berusaha mengelak dirinya daripada disembur oleh David dan pemenang tempat ketiga, Jose Antonio Rueda Ruiz.
Menerusi perkongsian oleh pengguna TikTok @uhjourney, Syarifuddin yang lebih mesra dengan panggilan Damok berlari meninggalkan podium menuju ke sudut sisi balkoni sementara menunggu dua lagi orang pelumba itu menyelesaikan tradisi tersebut.
Rata-rata warganet memuji tindakan remaja ini.
@uhjourneyKita ada pilihan, kanan or kiri ##fyp ##fypviral♬ Kanan Kiri Remix – elysia✨
Tak sabar untuk menantikan lebih banyak aksi dan kejayaan daripada pelumba remaja ini!