Berita

Lari Rumah Selepas Ditegur Bermain Telefon Lewat Malam, Remaja Pulang Kembali Malam Raya

Share

Macam-macam ya!

Berang selepas ditegur kerana bermain telefon sehingga lewat malam, seorang remaja berusia 16 tahun bertindak melarikan diri dari rumah sebagai tanda memberontak.

Remaja yang dikenali sebagai Anis Zulaikha Abdul Azim itu dilaporkan hilang sejak 6 April lalu dan hanya pulang ke rumahnya di Ara Damansara, Petaling Jaya dalam keadaan selamat pada Selasa, malam raya.

Anis Zulaikha. Foto: Berita Harian

Memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail ketika dihubungi Berita Harian pada hari Khamis, remaja tersebut juga sudahpun tampil membuat laporan polis selepas pulang ke rumahnya.

Hasil siasatan mendapati dia berada di rumah seorang rakannya sepanjang tempoh kehilangan itu.

“Mangsa bertindak melarikan diri disebabkan berasa terkongkong dan berang selepas ditegur kerana asyik bermain telefon,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan kehilangan mangsa yang kali terakhir dilihat berada di rumahnya pada 6 April lalu sekitar jam 2.30 petang. Sebaik sahaja ia mendapat perhatian orang awam, mangsa kemudiannya pulang ke rumah sebelum sambutan Aidilfitri.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ