Jika korang merupakan pelari tegar yang selalu menyertai acara larian, pastinya korang tahu apakah yang akan terjadi sekiranya korang tak melakukan persediaan rapi sebelum berlari.
Dengan jarak larian jauh, bahagian tulang dan sendi pada badan yang terasa lenguh sekiranya korang tak menjaga tubuh badan sebelum menyertainya.
Oleh sebab itu, menerusi acara larian Shine Health Run 2019 oleh syarikat farmaseutikal Y.S.P Industries (M) Sdn Bhd pada hari Ahad lalu, pihak penganjur membawakan mesej kepentingan kesihatan tulang, sendi dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Antara rutin yang digalakkan Ahad lalu adalah untuk mengambil rangkaian susu Shine seperti soya, oat dan susu kambing. Selain itu, peserta juga telah melakukan pemeriksaan kesihatan jisim tulang untuk mereka melihat tahap kesihatan tulang masing-masing.
Satu lagi acara menarik yang dilakukan permainan tradisi kanak-kanak seperti Teng Teng dan gelung rotan. Bukan saja ia seronok dan mengimbau zaman kanak-kanak kita, permainan ini juga menggalakkan peserta menggunakan otot serta sendi. Nampak mudah tapi berkesan!
Larian yang berlangsung di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur ini berjaya meraih dana sebanyak RM20,000. Ia disampaikan oleh Ketua Pengurus Pemasaran YSPI, Ananda Prakash kepada Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Selangor dan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Kuala Lumpur dan Selangor.
*
Jadi jika korang merasakan sakit sendi dan tulang selepas larian, korang tahu apa yang perlu diambil serta dilakukan selepas ini.
Mengapa Harga Sepasang Hoodie Supreme Boleh Mencecah Sehingga RM4 Ribu? Fenomena Streetwear Kini Semakin Meluas Di Malaysia
Kepada masyarakat umum mungkin perkataan sreetwear tidaklah berapa sinonim pada mereka. Bayangkan wajah yang terpinga-pinga seorang pak cik melihat anak-anak muda beratur panjang di dalam sebuah kompleks membeli belah seawal jam 6 pagi? Ini berdasarkan pengalaman penulis sendiri yang pernah beratur untuk hanya mendapatkan tiket raffle Yeezy telah menyaksikan fenomena ini.
“Dik, kenapa beratur panjang pagi-pagi macam ni?”
“Err… kami nak dapatkan tiket raffle sebab nak terpilih beli kasut”
Respons pak cik itu cukup menggelikan hati. “Nak beli kasut pun kena ambik tiket dan kena cabut undi?”
Namun inilah hakikat yang mungkin tidak dapat difahami oleh generasi lebih tua. Apakah yang menyebabkan fenomena kegilaan terhadap pakaian atau barang-barang streetwear ini mendapat perhatian serta sambutan yang cukup luar biasa terutamanya dalam tempoh setahun dua ini.
Bagi penggemar streetwear yang lama, ia bukanlah perkara baru namun kini streetwear menjadi lebih popular terutama di kalangan remaja dan anak muda di kawasan urban.
Jenama-jenama seperti Supreme, Palace, Bathing Ape, Anti Social Social Club dan pelbagai lagi menjadi rebutan – apatah lagi kebanyakan jenama-jenama streetwear ini tidak terdapat di Malaysia. Jadi, bagaimana mereka mendapatkannya?
Dalam dunia digital sekarang, semuanya boleh didapati dengan pantas di hujung jari. Ramai antara pelajar kita yang belajar atau bekerja di luar negara menjadikan kegilaan ini sebagai peluang untuk mereka menjana pendapatan. Contohnya, setiap kali Supreme melakukan ‘drop‘ terbaru pasti ada saja budak Malaysia berjaya mendapatkannya. Selain beratur berjam-jam lamanya, mereka juga mencuba melakukan pembelian secara online. Tapi tahukah anda bahawa barangan Supreme ini kadangkala boleh ‘lesap’ dalam tempoh tidak sampai seminit sahaja! They’re so limited dan disebabkan itulah harganya di pasaran memang sangat tinggi.
Pengemar-penggemar barangan streetwear secara ‘tidak rasminya’ digelar Hypebeast. Dan ini seakan telah mewujudkan satu sub-budaya baru di kalangan anak muda sekarang. Malah kegilaan ini kadangkala boleh mendatangkan masalah – contohnya pergaduhan akibat tidak puas hati potong barisan. Demi mengelakkan perkara ini berlaku kebanyakan outlet luar negara berjaya mencari solusi mengawal crowd yang ramai.
Ini antara satu perkara yang harus diambil iktibar oleh retailer di Malaysia, bagaimana mereka boleh belajar untuk mengawal crowd yang ramai. Seperti baru-baru ini berlaku kes pergaduhan di KLCC sehinggakan ada yang ditumbuk. Malah, tahun lalu juga berlaku kekecohan ketika sesi pembahagian tiket raffle di Pavillion hinggakan ramai yang berebut-rebut dan ia tular di media sosial.
Di mana ada perminataan di situ ada tawaran. Dengan fenomena ini, penulis dapat menyaksikan ramai usahawan muda sama ada separuh masa atau sepenuh masa mula menceburkan diri dalam dunia resale. Beberapa outlet resale juga tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.
Ramai yang tidak seakan tidak percaya sepasang sneakers Yeezy boleh mencecah sehingga RM4 ribu dan sehelai hoodie Supreme (box logo) juga boleh mencecah harga yang sama. Jadi disebabkan itulah, penggemar Streetwear cukup pantang dengan barang fake. Kenapa streetwear kini sangat popular sedangkan ia sudah lama wujud? Bagi penulis, pelbagai faktor yang boleh menyumbang kepada populariti ini.
Pertama, dari segi eksklusif kerana kebanyakannya streetwear dikeluarkan dalam kuantiti yang cukup terhad. Dan kebanyakannya juga tidak akan dikeluarkan lagi terutamanya dalam tempoh terdekat. Kedua, pengaruh daripada artis, model, designer serta Instafamous. Kalau diperhatikan semakin ramai artis yang muncul menggayakan jenama streetwear seperti Bella Hadid, Justin Bieber, A$AP Rocky, Pharrell, Lady Gaga, Kanye West (of course!) dan ramai lagi.
Ehemmm.. ingat tak sebelum ni ada seorang artis pernah kena ‘serang’ di media sosial sebab muncul di kaca TV dengan memakai t-shirt Supreme fake? Bagi penulis, memakai barangan original atau fake itu hak masing-masing. Kepada yang masih baru dan ingin memiliki barangan streetwear, berhati-hatilah. Jika tidak pasti tanya kepada mereka yang lebih mengetahuinya. Kamu boleh join pelbagai grup Streetwear terutamanya di Facebook seperti Streetwear Stuff Malaysia. Ramai yang bersedia untuk membantu kamu legit check (memeriksa sama ada orignal atau fake) barangan yang kamu ingin beli.
Selain jenama-jenama terkenal luar negara, Malaysia juga kini telah melahirkan semakin banyak jenama streetwear. Antara jenama yang menarik perhatian penulis ialah Nerd Unit, Peslte & Mortar, Secret Piece, VTMT dan banyak lagi. Inginkan pakaian streetwear yang harganya berpatutan dan dengan design menarik, itulah jenama-jenama yang harus kami cari. Support our local streetwear brand!
Kepada sesiapa mempunyai abang tu, bolehlah periksa gerobok atau almari pakaian lama mereka. Mana tahu, kamu boleh temui t-shirt rare yang harganya mencecah ribuan ringgit.
10 Jenama Streetwear Pilihan Remaja
1. Supreme
2. Off-White
3. BAPE
4. Palace
5. Fear of God
6. Palace
7. KITH
8. VLONE
9. Anti Social Social Club
10. Mastermind
“Setelah Hampir 15 Tahun…” -Selamat Berangkat Ke Tanah Suci, Aliff Syukri Tunai Haji
Usahawan dan jutawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri menzahirkan rasa syukur apabila dirinya dipilih menjadi tetamu Allah untuk menunaikan ibadah haji, selepas 15 tahun tidak menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah.
Difahamkan juga, Aliff bersama putera sulung tersayangnya, Ammar Ahyan pergi menunaikan haji.
ARTIKEL BERKAITAN: “Mestilah Kenal, Saya Kat Belakang Awak Ye” -Siti Nurhaliza ‘Akui’ Aliff Syukri Penyanyi Nombor 1 Negara
“Akhirnya Allah memanggilku ke tanah suci.. semoga aku berubah menjadi hambamu yang lebih baik..
“Ya Allah… kau permudahkan lah perjalanan hambamu ini untuk menunaikan haji kali ini… Alhamdulillah setelah hampir 15 tahun barulah hati saya terbuka untuk mulakan haji dengan kerelaan diri sendiri tanpa paksaan..
“Doakan dengan langkah ini saya menjadi seorang yang lebih baik berguna kepada ibu bapa keluarga dan juga sahabat amin-amin yarobal alamin,” kongsinya di Instagram.
Dalam pada itu, menerusi hantaran lain, pelantun lagu Bobo Di Mana itu memuat naik video bersama puterinya, Raudah yang dilihat menangis teresak-esak kerana tidak ingin berjauhan daripada ayahnya.
“Cinta hati pertama anak perempuan. Raudah dan Qadejah. Sebulan abah tinggalkan anak-anak abah. Abah sayang anak abah semua. Sungguh sedih nak meninggalkan keluarga kecil bila saya menunaikan haji.
“Banyak-banyak anak saya, Raudah paling manja dengan saya. Setiap malam tidur dengan saya. Saya tak tahu nak cakap macam mana rindunya dengan anak dara kecil saya,” coretnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti mendoakan agar urusan jutawan kosmetik itu di sana dipermudah selain menerima haji yang mabrur.
“Selamat pergi dan balik Datuk. Semoga dapat haji yang mabrur! Labbaikallah hummalabbaikk,” komen penyampai radio Anna Aljuffery.
“Seronoknya… moga mendapat haji yang mabrur….” komen juga usahawan Azril Radzi.
“Alhamdulillah Datuk dan anak sulung dapat jadi tetamu Allah tahun ini. Semoga dipermudahkan perjalanan dan urusan dan semoga mendapat haji mabrur dan selamat semuanya,” tulis seorang pengikutnya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagaram Aliff Syukri
Apakah Sebenarnya Platform ‘AFLIX’ Yang Tiba-Tiba Tular?
Secara tiba-tiba, jenama Aflix bertukar menjadi topik perbualan utama netizen di media sosial selepas persatuan FINAS mencadangkan kepada kerajaan agar platform hiburan atas talian, Netflix diharamkan di Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN: Cadangan FINAS Untuk Haramkan Netflix Dibalas Idea Bijak Netizen
Cuma satu saja persoalannya, apakah Aflix sebenarnya?
Aflix berpaksi dari Cyberjaya sebagai sebuah pasukan yang diwujudkan oleh pengguna komuniti daripada grup ibu bapa. Mereka mendakwa mampu membantu proses penapisan kandungan drama dan filem yang ditonton oleh rakyat Malaysia.
Menurut Ketua Pegawai Teknologi syarikat itu, Azarul Hakim kepada rakan media di The Star selepas dihubungi, pihak Aflix beranggapan penapisan kandungan itu perlu dilakukan untuk penonton matang dan kanak-kanak bawah usia.
"Kami menyediakan kandungan beretika dengan menapis dahulu. Kandungan berlebihan seperti keganasan dan gangguan seksual boleh membawa kepada isu tingkah laku di kalangan masyarakat."
Buat masa ini, pelan langganan platform itu diletakkan pada harga RM4 sebulan atau RM41 setahun. Harganya rendah buat masa ini sebagai strategi untuk mengajak masyarakat melanggan Aflix terlebih dahulu.
Aflix juga dikhabarkan sedang mengumpul 10,000 tajuk drama dan filem sebelum mereka menemui Malaysia secara rasmi. Azarul berkata mereka sudah mempunyai 3,500 kandungan daripada pihak pengeluar dari Korea Selatan, Jepun dan India.
Besar kemungkinan, mereka akan menawarkan fungsi video-on-demand (VOD) dan fungsi biasa.
Mereka juga dikatakan sedang menyiapkan sebuah siri animasi 50 episod, namun enggan menamakannya.
Nama Aflix menjadi hangat apabila ia didakwa adalah motif tersembunyi Finas untuk mengharamkan Netflix dan memperkenalkan platform sendiri sebagai pesaing Netflix.