Wajah-wajah yang menghiasi pencarian Hero Dewi Remaja 2023 pada tahun ini sememangnya mempunyai latar belakang yang menarik dan berbeza dalam selangkah mewarnai industri seni tanah air.
Sebagai tamsilnya, peserta seorang ini mempunyai latar belakang dari keluarga seni. Tuah pemilik nama Fitri Farok ini, bagi yang masih tidak mengenali figura tinggi lampai ini, dia merupakan cucu kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri!
ARTIKEL BERKAITAN : Lebih Sengit Lebih Menarik! Pertama Kali Digabung Bersama, Ini Barisan 16 Finalis Hero Dewi Remaja 2023
Ya, bukan itu sahaja, dia juga memiliki keluarga besar yang boleh dikatakan penyokong tegar utama buat dirinya, terutama dia juga adalah anak menakan kepada usahawan popular, Kak KM.
Menzahirkan rasa bangga buat Fitri, Kak KM juga dilihat memuat naik beberapa foto dan video anak buahnya itu tanda sokongan . Wah, bertuahnya Fitri!
Meski datang daripada keluarga yang dikenali, namun dia berdiri di atas kaki sendiri. Bergelar sebagai seorang model lelaki, pastinya ada hasrat yang ingin digapai untuk berada dalam program realiti ini.
“Saya memang betul-betul mahu jadi pelakon. Masa saya mula dalam bidang peragaan, saya juga ada perasaan gementar seperti sekarang (program ini) untuk mencuba perkara yang baharu.
“Tetapi saya dapat bekerja sebagai model dan juga sekarang saya nak menjadi seorang anak seni yang berjaya.
“Jadi harapan saya berada dalam program ini adalah untuk mendapatkan peluang bagi menambah baik diri dengan lebih yakin, berkarisma dalam industri ini,” katanya kepada Remaja.
Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 akan ditayangkan menerusi lapan (8) episod bermula 10 November, pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Selain bertanding menerusi cabaran dalam episod yang ditayangkan, 16 finalis juga bertanding dari aspek populariti serta duo terbaik menerusi undian peminat yang dibuka bermula 10 November 2023 sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Hero Favourite 2023 dan Dewi Favourite 2023 serta Best Chemistry Duo.
Undian boleh dilakukan pada setiap hari di laman web rasmi REMAJA di https://www.remaja.my/herodewi/
Two is DEFINITELY better than one!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.