Ikatan utama hubungan cinta romantis si jejaka dan gadis tidak lain tidak bukan ialah kepercayan. Korang percayalah, tanpa kepercayaan gerenti hubungan itu tak akan ke mana! Orang lelaki ni, kalau korang nak tahu perangai dia lebih kurang sama je especially bila dia ada sembunyikan sesuatu. Nak tahu apa petanda boyfriend korang ada pasang yang lain, cuba tengok petanda yang kami highlight
di bawah.Semakin lama semakin berahsia. Ini bukan tentang perkara yang terlalu peribadi tetapi berahsia dari segi keberadaannya di mana atau sedang buat apa. Bila menjawab ada sahaja jawapan yang tidak meyakinkan. Berbeza ketika dahulu, tak tanya pun beritahu berada di mana.
Ya, kita faham telefon pintar adalah ‘ruang’ peribadi yang cukup rahsia. Namu jika si dia laju sahaja melatah bila korang ambil telefon dia, ada sesuatu yang tidak kena. Apatah lagi jika dahulu takde pula nak pakai password, sekarang kemain berahsia password yang ditukar setiap masa. Ada udang di sebalik batu la tu!
Kelemahan yang ada pada seorang lelaki terutamanya, bila dia sudah dapat dia semakin berhenti untuk memikat hati pasangannya. Tapi entah kenapa secara tiba-tiba penampilannya berbeza nampak selalu kemas dan wangi. Mungkin dia lakukan untuk kebaikan dirinya tapi berjaga-jaga, mungkin ada sesuatu di sebaliknya.
Ini alasan yang paling klasik. Ya, bukan tidak faham akan tanggugjawab dia di pejabat atau dengan tugasan assignment. Tapi jika si dia sepanjang masa sahaja beri alasan sibuk dan tidak mahu digangggu, korang harus ada rasa hairan.
Kebanyakan pasangan muda selalu berkomunikasi dengan menggunakan telefon pintar. Cuba perhatikan cara dia membalas mesej kamu. Kalau coraknya berubah dan semakin dingin ada sesuatu yang tidak kena. Kalau si dia tidak angkat call atau lambat membalas mesej setiap masa, mesti ada yang tidak kena.