Latif Romly Kini Bergelar Datuk Di Usia 25 Tahun, Terima Pingat Panglima Mahkota Wilayah

Share

Pada usia 25 tahun, pemenang dua kali pingat emas Sukan Paralimpik dalam acara lompat jauh T20, Abdul Latif Romly telahpun dikurniakan pangkat Datuk. Fuh!

Melalui perkongsian di laman Instagram Majlis Sukan Negara (MSN), penganugerahan pingat itu kepada Latif membawa gelaran ‘Datuk’.

ARTIKEL BERKAITAN : Maaf Girls! Latif Romly Kini Sudah ‘Diikat’, Kenali Siapa Tunangnya

 

“Tahniah!!! Datuk Latif Romly. Atlet Para Olahraga Abdul Latif Romly terima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran ‘Datuk’,” kata MSN.

Latif Romly telah mempamerkan aksi yang cemerlang pada temasya sukan Paralimpik Tokyo 2020 dengan menghadiahkan pingat emas buat Malaysia dalam acara akhir lompat jauh (T20).

Tidak cuma itu, atlet berusia 25 tahun itu turut memenangi pingat emas di Paralimpik Rio pada tahun 2016 dan merupakan pemegang rekod dunia bagi lompatan sejauh 7.64 meter di Sukan Para Asia 2018 di Indonesia.

Selain Latif Romly, bekas atlet penerjun negara, Leong Mun Yee turut dikurniakan gelaran Datuk.

Congrats Datuk Latif Romly dan Datuk Leong Mun Yee.

BACA LAGI : Leong Mun Yee Ingin Hadiahkan ‘Merchandise’ Olimpik Kepada Peminat Bertuah

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja

untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana