Pada zaman ini, masyarakat Malaysia lebih terbiasa memanggil restoran makanan segera McDonald’s dengan panggilan McD. Malah, beberapa cawangannya juga semakin cheeky dengan mengeja McD sebagai ‘Mekdi’. Barulah mudah disebut dan kelihatan lebih ‘Malaysia’, gitu.
ARTIKEL BERKAITAN : Truly Malaysian, McDonald’s Tukar Nama Mekdi Sempena Bulan Kemerdekaan! – REMAJA
Justeru sempena bulan kemerdekaan pada tahun ini, McDonald’s Malaysia tidak mahu lepaskan peluang untuk menunjukkan semangat patriotisma mereka menerusi Karnival Pandu Lalu McDonald’s. Pelbagai tawaran menarik boleh korang rebut sepanjang bulan Ogos ini.
Khabarnya, McDonald’s juga bersedia untuk menghulurkan sejumlah 60,000 burger McChicken secara percuma pada Hari Kemerdekaan (31 Ogos 2021) kelak. Ia khas buat para pelanggannya yang mengibarkan Jalur Gemilang pada kenderaan masing-masing bagi memupuk semangat kemerdekaan!
Sambil itu, pelanggan perlu melaungkan ‘MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA’ semasa tiba di kaunter pengambilan Drive Thru nanti. Barulah
korang boleh tuntut burger McChicken itu.Pastikan korang pantas merebut peluang ini ya kerana hanya 300 kereta pertama di setiap cawangan pandu lalu McDonald’s Malaysia saja yang layak menerima tawaran ini.
Kempen McDonald’s ini dilakukan menerusi cara pandu lalu agar ia lebih pantas, mudah dan selamat kepada pelanggan mereka memandangkan Malaysia masih berada dalam musim pandemik COVID-19.