Ternyata tangan manusialah yang sering membawa kehancuran kepada bumi.
Lihat saja bagaimana pokok digondolkan, hutan dibakar, bumi dipenuhi sampah sarap, sungai dikotori, haiwan dicederai serta lain hal membuktikan manusia adalah “musuh” dalam senyap kepada alam dan juga binatang.
Terkini, dalam satu kejadian minggu lalu, tradisi pelik berusia 1000 tahun yang dilakukan oleh masyarakat di Kepulauan Faroe, Denmark yang disebut sebagai Grindadrap menyaksikan 300 ekor ikan paus dan ikan lumba-lumba dibunuh dan disembelih oleh masyarakat di sana.
Tradisi pelik Grindadrap ini dipercayai tradisi kuno yang masih diamal dan dipercayai oleh masyarakat di pulau tersebut.
Dianggap terlalu kejam kerana memburu dan membunuh mamalia laut itu, kritikan mengenai perbuatan tersebut mendapat perhatian dari Sea Shepherd namun ia masih diteruskan hingga kini,
Dalam satu perkongsian dari Sea Shepherd France, dapat dilihat sekitar 250 ekor ikan paus bersirip panjang dan hampir 50 ekor ikan lumba-lumba “ditarik” ke tepi pantai di Pantai Hvalba sebuah desa bahagian paling selatan di Pulau Suduroy sebelum puluhan penduduk memukul paus dan ikan lumba-lumba hingga mati.
Media tempatan melaporkan apa yang disebut Sea Shepherd sebagai “aksi biadap” terhadap perbuatan memukul haiwan-haiwan tersebut. Mereka juga menyeru agar masyarakat menghentikan tradisi itu.
Dihuni hampir 50,000 orang di saat mencatat 188 kes positif COVID-19 dalam satu laporan media Perancis AFP, pesta tradisi itu dilakukan pada 15 Julai hingga laut kelihatan merah akibat darah ikan yang mati dibunuh ini.
ARTIKEL BERKAITAN, BACA SINI
Lelaki 'Kantoi' Curi Kasut Dan Selipar Jiran Untuk Puaskan Nafsu, Eh Peliknya!
[FOTO] Iklim Dunia Semakin Pelik, Dubai UAE Pula Diselaputi Salji
10 Stail Warna Rambut Pelik Tapi ‘Cun’ Kylie Jenner, Lagi Cantik Dari K-Pop Idol!
Dikritik Tapi Masih Teruskan Atas Alasan Tradisi Nenek Moyang
Dalam pada itu, Menteri Perikanan Denmark, Jacob Vestergaard sebelum ini bersetuju pada 7 Julai lalu untuk orang ramai menghindari pemburuan ikan paus secara besar-besaran.
Walau mendapat kritikan hebat dari pelbagai sudut, namun pihak nelayan di kepulauan tersebut meminta agar tiada yang mensensasikan perbuatan mereka kerana ia adalah tradisi lama yang terus menjadi ikutan hingga kini untuk mereka. Foto : Kredit : Sea Shepherd France
Ermm, sedihnya dengan sikap rakus manusia hingga haiwan menjadi mangsa!