Laut Terbelah Persis ‘Kisah Mukzijat’, Pelancong Dekati Pantai Mek Mas Di Kelantan

Share

 

Kesempatan untuk merentas daerah dan merentas negeri setelah kelonggaran  diberikan oleh kerajaan sejak Isnin lalu telah diambil oleh rakyat Malaysia untuk pergi bercuti demi merelakskan diri dan minda. Seperti dijangka, banyak kawasan pelancong kembali menjadi tumpuan kunjungan.

Akan tetapi, sambutan luar biasa oleh orang ramai dapat dirasai di Pantai Mek Mas, Kelantan; melebihi hari-hari cuti sebelum ini. Ia gara-gara tularnya video dan foto yang menunjukkan fenomena ‘laut terbelah’ di sana, baru-baru ini.

Jelas kelihatan, air laut yang terbelah dua berdekatan kawasan ini.

Kelihatannya seperti wujud beting pasir di bahagian tengah-tengah yang membelah air laut kepada dua dan fenomena tersebut tidak pernah dilihat oleh pengunjung sebelum ini di mana-mana kawasan berdekatan sana. Malah, ada yang teringat akan kisah mukjizat Nabi Musa yang pernah membelah air sungai Nil dengan kuasa Allah SWT bagi melarikan diri bersama-sama umat beriman daripada Firaun dan golongan yang dilaknatNya.

Namun dari sudut sains, sebenarnya ada penjelasan terhadap fenomena ‘laut terbelah’ di Pantai Mek Mas ini. Ia boleh terjadi akibat daripada perubahan cuaca dan paras air yang surut di bahagian itu.

Malah, fenomena seakan sama juga pernah berlaku di Ponnani, Malappuram dekat Kerala, India pada tahun 2018 setelah kawasan itu berdepan musim hujan lebat.

Fenomena laut terbelah yang pernah terjadi di Kerala India pada tahun 2018. Sumber Foto
: Laughing Colours.

Setelah air surut, sebuah beting pasir sepanjang lebih setengah kilometer tiba-tiba muncul dan membahagikan air laut berdekatan Pantai Ponnani. Seperti dijangka, fenomena itu telah menari perhati pelancong di sana untuk berjalan di atas beting itu.

Di Pantai Mek Mas pula, ramai penduduk di sekitar Kuala Besar yang sanggup turun padang untuk melihatnya dengan mata sendiri setelah menonton rakaman orang ramai di media sosial.

Biarpun keadaan lebih sesak daripada biasa, namun prosedur operasi standard (SOP) tetapi dipatuhi oleh pengunjung seperti menjaga penjarakan fizikal semasa berjalan di beting pasir berkenaaan.

Harus diingat juga bahawa struktur pasir itu tidak dapat dipastikan sama ada kukuh atau tidak. Oleh itu, bagi mereka yang terfikir untuk ke Pantai Mek Mas dalam masa terdekat, silalah berhati-hati dan pastikan dahulu jika pesekitaran di sana selamat untuk dikunjungi atau tidak demi mengelak kejadiaan tidak diingini berlaku.

Lagipun, Pantai Mek Mas merupakan sebuah tapak perlombongan pasir.

ARTIKEL BERKAITAN : Bagaimana Banyak Paus Boleh Terdampar Di Pantai? Fenomena Ini Jarang Berlaku – REMAJA

BACA LAGI : 7 Hotel Tepi Pantai Di Langkawi Dengan Pemandangan Indah & Harga Berbaloi – REMAJA

Sumber : (1)

Published by
FZ