Lavender Tumbuh Subur Bagaikan Permaidani Ungu Di Tanah Arab, Peristiwa Jarang Berlaku!

Share

SubhanAllah. MasyaAllah.

Sekali pandang, tentu korang sangkakan gambar-gambar ini diambil di negara Eropah yang mempunyai empat musim. Cantik sungguh pemandangannya.

Percaya tak jika REMAJA kongsikan bahawa pemandangan lapangan terisi bunga-bungan lavender yang cukup cantik ini dirakamkan di Rafha, sebuah kawasan di utara Arab Saudi berhampiran dengan sempadan Iraq.

ARTIKEL BERKAITAN : Salji Turun Di Arab Saudi Bukan Fenomena Luar Biasa, Individu Ini Jelas Sebabnya

Ya, tak tipu! Bukannya di negara Barat, bukan juga di Korea atau Jepun tetapi di tanah Arab. Selalunya kita pantas membayangkan Kaabah, Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan lain-lain tempat bersejarah jika menyentuh tentang rantau tanah suci. Tetapi kini, pemandangan landskapnya juga menjadi salah satu tarikan baharu.

Pemandangan padang pasir Arab kini semerbak mewangi ditumbuhi pokok lavender liar.Foto Via Al-Arabiya News 1,

Ditumbuhi Lavender Liar

Bagaikan hamparan ‘permaidani ungu’, padang pasir Arab kini mewangi ditumbuhi pokok bunga lavender liar yang menutupi gurun yang dahulunya tandus.

Menerusi laporan media di sana, pengunjung dilihat berkongsi foto berlibur di padang pasir Rafha di utara Arab Saudi berhampiran dengan sempadan Iraq sambil dikelilingi bunga-bungaan.

Pemandangan padang pasir Arab kini semerbak mewangi ditumbuhi pokok lavender liar. Foto Via Al-Arabiya News 1,

Hujan Suburkan Tanah 

Kewujudan lavender mengembang itu sebenarnya berpunca daripada cuaca hujan yang turun secara lebat pada musim sejuk, pada akhir tahun lalu. Akibatnya hujan berterusan, bahagian barat Arab Saudi telah dilanda banjir dan spesis lavendar ini mulai tumbuh secara mekar.

“Tiada siapa menjangkakan perkara ini berlaku di Arab Saudi. Bau dan pemandangannya menyegarkan jiwa,” kata seorang pesara guru berusia 50 tahun yang ditemui oleh Al-Arabiya News 1.

Seorang lagi pengunjung bernama Nasser al-Karaani, 55 sanggup memandu sejauh 770 kilometer dari ibu kota Riyadh bagi melihat pemandangan tersebut sebelum ia mulai layu.

“Fenomena ini terjadi bagi tempoh 15 hingga 20 hari setahun dan kami datang ke sini khusus untuk menikmatinya. Suasana ini membuatkan saya berasa tenang,” katanya sambil menikmati teh panas dengan rakan-rakan.

ARTIKEL BERKIITAN: Sungai Furat Makin Surut, Adakah Benar Petanda Kiamat Makin Hampir?

Rata-rata warganet teruja dengan fenomena jarang berlaku itu. Begitupun, tidak kurang juga yang bermuhasabah dan risau ia merupakan petanda kecil kepada ketibaan hari kiamat seperti mana sabda Nabi Muhammad SAW.

“Tidak akan terjadinya hari kiamat sehingga bumi Arab kembali menjadi kebun-kebun dan sungai-sungai dan sehingga pengembara dalam perjalanan di antara Iraq dan Makkah tidak merasa takut kecuali takut tersesat jalan. Dan terjadi banyak haraj.” Mereka bertanya apakah haraj ya Rasulullah? Jawab baginda; “Pembunuhan.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Sumber: Al-Arabiya News 1, 2, Medical News Today

BACA Lagi: Pelindung, Elak Jadi Pengikut Dajjal. Ini 10 Ayat Pertama Surah Kahfi Dengan Tulisan Rumi

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana