Apabila kita menonton rancangan K-pop, pasti kita merasakan bahawa kehidupan penyanyi, pelakon, pengacara dan pelawak Korea adalah perfect, faultless dan glamor.
Namun, sebenarnya ia jauh daripada semua itu.
Faktor jadual kerja yang terlalu padat dan peraturan mengarut syarikat pengurusan telah memaksa beberapa selebriti K-pop untuk meninggalkan syarikat pengurusan dan mencari karier lain, seperti yang pernah berlaku sebelum ini
Selepas D.0 dari kumpulan EXO bersuara mengenai realiti sebenar dunia hiburan yang tidak selalunya indah, rakan kumpulannya, Lay baru-baru pula menyuarakan pendapatnya.
Kata Lay, jika dia sudah memiliki anak kelak, sama sekali dia tidak akan membenarkan anaknya itu untuk menjadi selebriti K-pop sepertinya.
Di dalam sebuah episod rancangan ‘Idol Producer’, Lay yang bertindak sebagai juri telah duduk bersama peserta musim ini. Selain memberikan nasihat kepada peserta, Lay telah ditanya mengenai pembabitan anaknya nanti di dalam dunia hiburan.
“Saya tidak akan menyokong keinginan itu,” tegasnya. Dia menjelaskan, lebih mudah jika anaknya itu memilih karier seperti doktor. Sekiranya anaknya menyukai dunia seni, Lay berharap ia hanyalah sekadar hobi dan bukannya sebagai pekerjaan.
“Terutamanya jika anak saya ialah perempuan, lagilah tidak boleh (menjadi selebriti).”
Oktober tahun lalu, rakan kumpulan Lay, D.O mengakui selepas bergelar selebriti, dia pernah berasa seperti ingin putus asa disebabkan kekangan untuk ke tempat awam dan tidak dapat menjalani kehidupan normal seperti orang lain.