Duo DJ yang didatangkan khas dari Indonesia, Diskoria bakal menghangat lagi pentas Zepp KL pada 14 Jun ini.
Diskoria yang terkenal dengan muzik genre disko funk dan pop retro itu juga akan membawa penampilan khas ratu jazz Malaysia, Datuk Sheila Majid yang akan membawakan lagu Sinaran, Nada, Embun, Dia, Warna dan banyak lagi.
Membawa konsep A Time Travel, Diskoria berkata ini merupakan kesekian kali mereka membuat persembahan di Kuala Lumpur dan berkongsi pentas dengan Sheila Majid kali ini juga ibarat mimpi.
“Jika diberikan peluang dan Datuk Sheila mahu, sudah tentu kami ingin berkolaborasi dengan beliau”
“Macam mimpi jadi kenyataan, sebab lagu Sinaran yang dibawakan oleh Sheila Majid itu sangat digemari oleh orang-orang di Indonesia. Jadi apabila kami diberitahu akan berkolaborasi dengan Sheila Majid, ia macam bucket list checked gitu” – Merdi Simanjuntak
Di samping itu, Diskoria turut tidak sabar untuk bertemu dengan para peminat di Malaysia kerana semangat luar biasa yang sentiasa diberikan.
“Nah bagaimana kelak konsert akan berlangsung, kami akan pastikan semua penonton berpesta ria. Pulang ke masa silam muzik disko yang dinikahi teknologi kini”
Konsert A Time Travel Diskoria With A Special Guest Sheila Majid dianjurkan oleh MYdeteksi bersama penganjur Sembang Kari Entertainment dan Tourism Malaysia. Kumpulan DJ tanah air, Jemput Dengar juga bakal membuat penampilan pembukaan.
Dengarkan Balada Insan Muda, Pelangi Cinta, atau Serenata Jiwa Lara dengan harga tiket SERENATA JIWA LARA (RM165), SINARAN (RM165), C.H.R.I.S.Y.E (RM220), BADAI PASTI BERLALU (RM320).
Pembelian tiket boleh dibuat menerusi www.myticket.asia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.