‘Running Man’ mungkin sudah sangat sinonim dengan peminat program variety terkenal Korea Selatan . Menerusi program mingguan ini juga kalau kamu perasan, ianya menggelikan hati, membuatkan kita ketawa terbahak-bahak tak ingat dunia dan kadang-kadang membuatkan kita melupakan segala sedih dan masalah.
Program yang menampilkan lapan orang selebriti iaitu Yoo Jae Suk, Haha, Ji Suk Jin, Kim Jong Kook, Lee Kwang Soo, Song Ji Hyo, Jeon So Min, dan juga Yang Se Chan ini turut mendapat sambutan baik seluruh dunia sejak ia mula ditayangkan pada 2010.
Tapi korang sedar tak program ini sebenarnya sudah berusia 11 tahun. Lama juga ye!
Namun ada berita tak best apabila Lee Kwang Soo atau lebih dikenali dengan si zirafah akan menjalani penggambaran untuk episod terakhir pada 24 Mei 2021, lapor Koreaboo.
King Kong by Starship confirms Lee Kwang Soo to leave SBS ‘Running Man’. His last filming will be on May 24
He has been steadily receiving treatment for his injuries but there are some parts which makes it difficult to maintain for filming
Source: https://t.co/oB4vY9WtjC pic.twitter.com/pV5ZWt06wy
— The Seoul Story (@theseoulstory) April 27, 2021
Menurut kenyataan yang dikeluarkan agensinya, keputusan itu diambil setelah perbincangan panjang dengan anggota pasukan Running Man yang lain dan juga kakitangan produksi.
“Lee Kwang Soo telah mengalami kecederaan pergelangan kaki yang teruk akibat kemalangan kereta pada tahun lalu. Sejak itu, dia telah menjalani terapi fizikal, tetapi dia menghadapi kesulitan untuk terus menjaga kesihatannya dengan baik.
“Setelah melakukan perbincangan, Lee Kwang Soo memutuskan untuk berehat dan mengutamakan pemulihannya,” kata agensi itu.
Tambah kenyataan itu lagi, keputusan itu tidak mudah dibuat kerana Lee Kwang Soo dan ahli Running Man sangat rapat dan bagaikan sudah seperti keluarga sendiri.
Ramai yang terkejut dengan berita ini dan mendoakan agar Lee Kwang Soo cepat sembuh dan berduka cita apabila mengetahui dia tidak dapat meneruskan rakaman program reality Running Man.
Get well soon oppa!