Saban tahun, antara isu yang diperjuangkan oleh negara-negara jiran berhampiran Indonesia adalah mengenai kebakaran hutan di negara tersebut.
Di saat semua negara masih berjuang melawan COVID-19 yang semakin meningkat di negara serumpun ini, kini Indonesia diuji dengan masalah kebakaran hutan dan tanah yang dianggap isu tahunan negara tersebut.
Dikatakan, enam wilayah di Indonesia sudah diletakkan dalam status siap siaga bagi berdepan darurat berikutan kebakaran hutan. Malah jumlah kebakaran yang andai digabungkan setiap satu wilayah itu melebihi dari 1000 hektar. Satu jumlah yang cukup besar dan debu yang dibawa angin sudah pasti menakutkan.
Walau kebakaran itu berlaku di Indonesia, sudah pastilah kita sebagai jiran terdekat termasuk Singapura sekali lagi akan berhadapan dengan masalah jerebu yang mana untuk tahun-tahun sebelum ini jarak penglihatan akan kabur selain berhadapan dengan masalah pernafasan yang dirasai oleh beberapa buah negeri.
Bagi korang yang mungkin ada masalah asma, sila berhati-hati ya. Sentiasa gunakan pelitup muka apabila hal ini diumumkan kelak.
Ads
Dalam pada itu, Portal Kompas melaporkan, Ketua Pusat Data, Informasi dan Komunikasi Badan Nasional Bencana (BNPB), Raditya Jati berkata, tempoh siap siaga darurat berbeza untuk setiap daerah.
Menurutnya, pemilihan daerah terbabit sebagai kawasan darurat adalah berdasarkan titik panas, Indeks Standard Pencemaran Udara (ISPU), bilangan individu dijangkiti akibat penyakit saluran pernafasan akut (ISPA), jarak pandang serta tempoh musim kemarau.
"Buat masa ini, enam daerah sudah ditetapkan dalam status siap siaga iaitu Riau (11 Februari hingga 31 Oktober), Sumatera Selatan (20 Mei hingga 31 Oktober), Jambi (29 Jun hingga 26 September), Kalimantan Barat (2 Julai hingga 30 November), Kalimantan Tengah (1 Julai hingga 28 September) dan Kalimantan Selatan (1 Julai hingga 30 November).
Ads
"Kesan kebakaran di Riau membabitkan kawasan seluas 90.6 hektar, Sumatera Selatan (336.8 hektar) dan Jambi (56.6 hektar).
"Manakala, kawasan terjejas di Kalimantan Barat membabitkan keluasan 152 hektar, Kalimantan Tengah (318 hektar) dan 138 hektar di Kalimantan Selatan," katanya.
Difahamkan, seramai 6,000 sukarelawan dikerahkan ke enam daerah terbabit dengan setiap satunya mendapat bantuan 1,000 sukarelawan.
Ads
Ia terdiri daripada angkatan tentera Indonesia dan polis sebanyak 40 peratus, 20 peratus anggota bomba, 30 peratus orang awam dan selebihnya campuran daripada pelbagai pihak.
Kaedah digunakan dalam operasi memadamkan kebakaran adalah melalui udara atau water bombing dan teknologi mengubah suai cuaca.
Menurut Raditya, beberapa langkah pencegahan diambil bagi mengelakkan masalah itu terjadi di daerah antaranya perkongsian maklumat bagi meningkatkan pemahaman masyarakat mengenai kepentingan hasil hutan yang boleh menjadi sumber ekonomi.
Langkah lain diambil termasuk pemantauan titik panas oleh Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (Lapan). Sumber : Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jenayah tidak mengenal usia. Jika remaja seusianya menghabiskan masa belajar, lain pula halnya dengan seorang remaja berusia 19 tahun yang nekad merompak bank. Banyak adegan menyaksikan penjenayah mengacukan pistol dalam kes rompakan bank namun ternyata penjenayah mati ditembak ini mengacukan sabit di leher tawanannya.
Laporan Harian Metro, seorang penjenayah maut ditembak pengawal keselamatan di sebuah bank di Air Tawar 5, Kota Tinggi, dalam satu insiden rompakan membabitkan tebusan, petang tadi. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ashmon Bajah berkata, kes cubaan samun dan cubaan bunuh itu berlaku jam 2.04 petang.
Katanya, suspek seorang lelaki tempatan berumur 19 tahun yang bersenjatakan sebilah sabit masuk ke kawasan perkhidmatan bank dan mengacukan senjata di leher seorang wanita tempatan yang juga pelanggan bank terbabit.
"Bertindak atas keselamatan pelanggan dan pekerja bank, pegawai keselamatan yang bertugas melepaskan tembakan menggunakan 'pump gun'.
"Tembakan itu mengenai rusuk kanan suspek. Suspek disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mayat dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat. Dalam insiden ini tiada sebarang kecederaan pada orang awam termasuk tebusan mahupun pekerja bank," katanya dalam satu kenyataan. Ashmon berkata, semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 393 Kanun Keseksaan. Sumber : Harian Metro/ Gambar : Info Roadblock JPJ/POLIS
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas video iklan kempen ramadan jenama Kitsui, jenama pakaian tempatan, Leeyanarahman pula mencuri perhatian apabila menutup wajah salah seorang modelnya yang dipercayai adalah Marissa Dania.
Menerusi sebuah hantaran di TikTok, jenama tersebut memuat naik video yang memaparkan tiga orang model memperagakan baju raya mereka namun wajah salah seorang model tersebut telah di ‘cencored’.
Meninjau di ruangan komen, meskipun dikaburkan, rata-rata warganet dapat mengenalpasti model tersebut adalah anak kepada pasangan pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim itu.
“Hahaha itu Marissa kan,” komen seorang pengguna.
“I can hear Malia’s ‘Menari lah Marissa’ hahaha,” tulis juga pengguna lain.
Trend ‘censored’ wajah ini mula tular selepas jenama Kitsui menutup wajah aktres Ruhainies gara-gara terpalit dengan kontroversi ditangkap khalwat.
Terdahulu, Marissa pernah terpalit dengan isu dakwaan merosakkan rumah tangga orang lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Serious talk, kami sendiri tak menjangkakan tiket konsert 2 hari bagi jelajah The Twenty Tour mampu habis terjual dalam masa beberapa jam saja.
Kenyataan rasmi masih belum kami terima daripada pihak penganjur, MacPiePro sama ada ia betul-betul sudah habis ataupun masih berbaki ruang tempat duduk. Namun, hasil percubaan team REMAJA sendiri yang ingin membeli tiket secara online pada hari ini mendapati kesemua seat telah pantas disambar peminat walaupun ia merupakan konsert 2 hari.
Semalam, penganjur telah mula menjual pra-tiket di kompleks membeli-belah Atria Shopping Centre dan media melaporkan ada yang mula beratur sejak hari Jumaat lagi. (Wait a minute, berapa lama dia menunggu..?!)
Hampir 1,500 orang peminat mengambil kesempatan untuk mendapatkan tempat duduk terbaik dan sanggup beratur. Itu bermakna 10% daripada jumlah tiket The Twenty Tour telah dijual lebih awal.
Adakah itu bermakna 90% baki tiket terjual secara online pada hari ini, walaupun baru beberapa jam berlalu?
Hhm, ada yang mendakwa kemungkinan ramai golongan Reseller yang membeli secara pukal dan menjualnya kemudian pada harga yang lebih mahal.
Ada juga yang berharap agar penganjur membuka slot konsert hari ketiga bagi menampung penonton sekiranya benar tiket sudah habis terjual.
Haipp, hilang suara anggota Westlife kalau menyanyi tiga hari berturut-turut! Hehe..
Bagi REMAJA, alternatif terbaik mungkin adalah untuk mengubah venue persembahan ke stadium yang lebih besar seperti Axiata Arena Bukit Jalil atau Stadium Merdeka Kuala Lumpur seperti yang dilakukan untuk konsert Ed Sheeran pada hujung minggu ini.
Kita nantikan jawapan balas daripada MacPiePro sajalah ya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi yang masih ingat lagi kisah tular seorang nenek membaca surah Yasin dan berzikir sambil menunggu cucunya yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...