Jika sebelum sidang media harian MKN bertarikh 24 April 2020 ada menyatakan , pihak kerajaan akan membenarkan pelajar IPT dibawah kelolaan KPT yang berhasrat untuk pulang ke kampung untuk lakukan perjalanan.
Operasi ini akan diterajui oleh Kementerian Pengajian Tinggi yang akan merangka SOP paling efisien bersama-sama KKM bagi menggerakkan puluhan ribu pelajar IPT serata negara. Pihak MKN tidak berkongsi secara khusus SOP yang akan diguna pakai sebaliknya meminta rakyat menunggu pengumuman KPT.
Terbaru, Universiti Teknologi Mara (UiTM) memaklumkan penghantaran pulang para pelajarnya ke rumah masing-masing sempena sambutan Aidilfitri akan bermula Jumaat ini hingga 12 Mei dengan jangkaan melibatkan lebih 16,000 pelajar dari seluruh kampus.
Selain itu, UiTM turut menyediakan lebih 200 kenderaan melibatkan bas, kenderaan pelbagai guna (MPV) serta kereta untuk melancarkan pergerakan pelajar ke seluruh negara. Menurut kenyataan itu, penghantaran pulang pelajar akan melibatkan keseluruhan 30 kampus dengan disertai lebih 700 kakitangan.
“Pihak UiTM akan mengagihkan bilangan kenderaan yang diperlukan oleh semua kampus mengikut zon setelah kesemua pelajarnya melengkapkan borang selidik yang telah diedarkan,” menurut kenyataan itu.
Proses penghantaran pulang pelajar turut melibatkan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Jawatankuasa Perwakilan Kolej serta pelbagai jabatan bagi memastikan kelancaran dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Bagi pelajar yang memilih untuk terus tinggal di kampus, pihak UiTM akan terus menyantuni mereka sebaik mungkin agar suasana Aidilfitri turut diraikan bersama-sama, menurut kenyataan terbabit.
Wah bestnya dapat balik raya kan. Penulis juga la beraya diperantauan ni.
Sumber : BERNAMA