Lebih 200 Pengunjung Pusat Hiburan Didenda Hujung Minggu Sebelum PKP

Share

 

Amboi, RAMAI lepaskan gian sebelum arahan PKP dikeluarkan, hujung minggu lalu..

 

Walaupun arahan Perintah Kawalan Pergerakan di 6 buah negeri seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini tidak begitu disenangi oleh segelintir pihak, secara logiknya, ia adalah satu tindakan yang perlu demi memastikan rakyat Malaysia secara umumnya berada pada landasan yang betul bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Ini memandangkan semakin ramai yang seakan tidak mengambil berat di atas faktor keselamatan dan kesihatan masing-masing. Mereka semakin galak melupakan SOP yang ditetapkan.

Buktinya, jumlah tahanan ke atas individu yang ingkar kepada arahan meningkat tinggi pada hujung minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN : Semakin Sukar Dikawal, PM Umum Tindakan Tegas PKP 14 Hari Di 6 Negeri – REMAJA

Sumber Foto: Berita Harian.


Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 528 individu atas beberapa jenis kesalahan.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti pusat hiburan (203), tidak memakai pelitup muka (149), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (101), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (73) dan lain-lain,” kata beliau semalam.

Jumlah pengunjung di pusat hiburan nyata membimbangkan dan jelas, arahan PKP baharu bermula hari Rabu ini perlu demi membendung sikap tidak kisah sesetengah rakyat itu.

*

Untuk pengetahuan, enam buah negeri bakal dikenakan arahan PKP termasuk Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah dan kesemua Wilayah Persekutuan.

Manakala, enam buah negeri lain seperti Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan akan berada di bawah arahan PKPB. Dua lagi negeri iaitu Perlis dan Sarawak akan meneruskan perintah PKPP.

BACA LAGI : “Perjalanan Lebih 10 Kilometer Tidak Dibenarkan” – Perdana Menteri – REMAJA

Published by
FZ