Lebih 200 Ribu Orang Tempah Kereta Paling Murah Di Dunia, Tata Nano Hanya Dijual Pada Harga RM10,500

Share

Macam tak percaya tetapi inilah realitinya.  Semalam 10 Januari 2018, syarikat pengeluar kereta terkenal India, Tata Motors telah memperkenalkan Tata Nano yang merupakan sebuah kereta yang hanya dijual pada harga USD 2500. Jika nilai itu ditukar kepada mata wang Malaysia, harga sebiji kereta ini bersamaan RM10,500 sahaja.

Tata Nano yang memiliki empat pintu berukuran lebar 1.5 meter dan panjang 3 meter dikatakan sebuah kereta rakyat kerana dijual pada harga cukup murah yang mana sebelum ini banyak keluarga miskin di India sukar membeli kereta kerana harganya cukup mahal.

Awalnya, kereta murah ini dijangka dipasarkan pada Oktober 2008 tetapi telah tertangguh 10 tahun akibat pertikaian tanah di Bengal Barat di mana kilang ini didirikan. Selepas melalui pelbagai masalah, Tata Motor telah memindahkan kilangnya ke tempat lain.

Disebabkan harganya yang terlampau murah, Tata Nano ini tidak seperti kereta lain kerana ia tidak dilengkapi dengan radio, AC, penyaman udara, power stereng  atau power windows.

Malah body diperbuat daripada plastik yang dilapis dengan logam. Enjin dua silinder berkapasiti 624 cc dengan 32 kuasa kuda.

Mesti ramai yang tertanya-tanya berapa kuasa pecutannya? Walau pun murah sangat tetapi kereta ini telah diuji dan mampu bergerak 104 kilometer sejam dan sangat sesuai dibawa ke sana ke mari.

Inilah kereta termurah di dunia, Tata Nano

Walau pun baru dilancarkan tetapi Tata Nano ini telah mendapat permintaan terlampau tinggi iaitu 203,000 pesanan yang sangat mengejutkan di India.

Buat masa ini, Tata Motors hanya mampu mengeluarkan 100,000 sahaja pengeluarannya dan ini bermakna  undian akan dibuat bagi menentukan siapa yang bertuah membelinya.

Baru dilancarkan, Tata Nano hanya dijual di India  buat masa ini tetapi Tata Motors memaklumkan, adalah tidak mustahil kereta ini akan diperluaskan ke luar negara lain.

Nama Tata Motor sememangnya sangat popular di India kerana telah lama mendominasi dunia perniagaan motor yang terbesar di India. Malah pada 2008 lalu, Tata Motor telah membeli syarikat pengeluar Jaguar dan Land Rover dari Ford Motor Compant dengan harga USD2.3 milion.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros