Drama Korea Snowdrop lakonan ahli kumpulan Blackpink, Jisoo dan Jung Hae In baharu sahaja ditayangkan, namun khabarnya sudah menerima lebih 200,000 petisyen daripada penonton yang mendesak agar k-drama itu dihentikan.
Sebelum itu, Snowdrop juga pernah ‘diserang’ kerana isu fakta sejarah yang tidak tepat sehingga ia ditangguhkan tayangannya gara-gara bantahan ini. Namun selepas drama tersebut ditayangkan, isu ini sekali lagi diperkatakan dan menerima lebih banyak petisyen bantahan.
Menurut Blue House, drama itu memaparkan pelakon utama terseilap menyelamatkan perisik menentang pro-demokrasi. Tambahan pula, ketika pelakon lelaki dari Agensi Perancangan Keselamatan Negara sedang mengejar pengintip, drama itu memainkan lagu penting dalam sejarah yang digunakan untuk melambangkan gerakan pro-demokrasi.
Penonton yang menonton babak ini pada 18 Disember lalu menggunakan platform atas talian dan menyatakan kegusaran mereka dengan menjelaskan bahawa tidak sesuai untuk menggunakan lagu tersebut dalam adengan yang menampilkan Agensi Perancangan Keselamatan Negara dan perisik.
Ads
Petisyen itu juga menyatakan bahawa penampilan pelakon lelaki menjadi perisik yang disalah anggap sebagai tokoh pro-demokrasi membawa kepada penyelewengan sejarah kerana sebenarnya ramau orang tidak bersalah yang diseksa oleh kerajaan kerana disalah anggap sebagai ‘mata-mata’.
Kata penonton, drama yang memaparkan naratif sedemikian akan menyebabkan kerosakan kepada nilai sejarah gerakan pro-demokrasi. Sehingga kini, sebanyak lebih 200,000 individu yang menandatangani petisyen ini dan akan ditutup pada 18 Januari 2022.
Ads
Hm, besar juga isu ini. Harap dapat diselesaikan dengan baik.
Ads
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Momen percintaan di antara pelakon, Nur Risteena Munim, 32 dan Isa Khan, 28 telah lama disaksikan oleh peminat mereka berdua.
Akhirnya setelah ditangguh sejak November lalu, dua mempelai sejoli ini telahpun disatukan dalam satu majlis ijab kabul kira-kira pada jam 10.30 pagi tadi.
Dalam majlis yang dilangsungkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya itu, ia hanya dihadiri oleh ahli keluarga mereka dan kru jurufoto dan juruvideo rasmi yang dilantik.
Serba ringkas bersesuaian dengan syarat-syarat majlis akad nikah yang telah ditentukan oleh pihak berkuasa, Risteena ditemani adiknya, Ruhainies dan adik-beradik yang lain.
Menerusi sebuah video ‘live’ yang dimuat naik di akaun Instagram-nya, Risteena mengakui jantung berdegup sedikit kencang semasa majlis lafaz akad diadakan namun merasa lega setelah segalanya berjalan dengan lancar.
Untuk majlis pada hari ini, Risteena dan Isa masing-masing menggayakan pakaian putih sedondon rekaan Ezuwan Ismail.
Dengan penataan hijab bagi menghormati majlis dan lokasi, Risteena turut mengenakan niqab jarang daripada fabrik mesh yang berperincikan ‘batu’ hiasan bagi menaikkan seri wajahnya.
Gaun nikah tersebut juga tampil elegan dengan potongan lengan memanjang dan lebih banyak perincian batu pada bahagian pinggang dan bawah gaun.
Untuk pengetahuan, sebuah majlis berinai telah dilangsungkan semalam dan hanya melibatkan kenalan rapat serta ahli keluarga saja. Majlis resepsi Risteen dan Isa pula masih belum dirancang berikutan situasi penularan COVID-19 di Malaysia.
Biasanya, bila ada selebriti yang fasih berbahasa Inggeris, mereka akan dilabel sebagai artis yang educated dan lebih di’pandang’ oleh masyarakat kita.
Tak kiralah setinggi mana pun pendidikan yang mereka terima, kalau mampu speaking English berhabok je pun orang dah tabik spring.
Ada juga yang membandingkan siapa lagi hebat berbahasa Inggeris. Tapi, bukan nak menyebelahi mana-mana pihak dan just for fun, video di bawah ni ada menunjukkan bagaimana Fazura, Sherry Ibrahim dan Neelofa bertutur dalam bahasa asing itu.
Cuba korang dengar sendiri dan apa pula pendapat korang?
Kerajaan Malaysia baharu di bawah pemerintahan Pakatan Harapan telah mengambil langkah untuk memansuhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tata Negara (BTN) berkuat kuasa serta-merta bermula hari ini, 13 Ogos 2018.
Dalam kenyataannya, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata PLKN dan BTN akan diganti dengan program baharu yang dapat membetuk masa depan belia yang berwawasan dan mempunyai nilai jati diri tinggi.
Memetik kenyataannya menerusi Sinar Harian, “Pemansuhan ini akan disusuli dengan program baharu yang dapat membentuk belia masa hadapan yang berwawasan dan tinggi nilai jati dirinya”.
Jelasnya lagi, program baharu ini yang diuruskan oleh KBS akan melakukan penstrukturan semula fungsi, perjawatan, peruntukan kewangan dan aset Jabatan Latihan Khidmat Negara dan BTN.
Pelbagai reaksi daripada netizen terutama pengguna laman media sosial generasi muda memberikan pelbagai komen dan tidak kurang juga yang throwback kenangan-kenangan mereka semasa mengikuti program PLKN.
Bagaimana dengan kamu yang pernah join PLKN? Pasti kamu dapat rasa 10 perkara yang REMAJA kongsikan di bawah ini.
1. Berpisah Dengan Famili
Bagi kamu yang bekas pelajar sekolah berasrama penuh mungkin sudah biasa lalui perkara ini. Tapi bagi yang bersekolah harian dan tinggal dengan famili, ini merupakan satu pengalaman baru. Bukannya sekejap berjauhan dengan famili dan dengan nikmat hidup selesa ditarik buat seketika.
2. Potong Rambut
Ini hanya untuk peserta lelaki sahaja ya. Bagi lelaki mungkin ada antara kamu yang tak biasa potong rambut sangat pendek dengan mesin pemotong rambut menggunakan ‘mata’ nombor satu. Jadi ramai yang firsttime merasa rambut hampir botak.
3. Tinggal Dalam Dorm
Kalau di rumah mungkin kamu selesa dengan bilik sendiri atau paling tidak pun berkongsi dengan seorang atau dua adik-beradik. Tapi dalam program PLKN, kamu tinggal dalam dorm yang menempatkan lebih kurang 20 orang. Maka suasana pun riuh rendah setiap hari.
4. Makan Dan Makan
Percayalah bila masuk program begini kamu akan sentiasa berasa lapar. Dan hebatkan program PLKN atau BTN kkorang akan diberi makan secara percuma sebanyak enam kali sehari! Nikmat makan ketika badan berasa penat ini memang lain macam dia punya pergi!
5. No Handphone
Sebelum ini ramai antara kamu memang cukup payah nak berenggang dengan handphone. Ke mana sahaja mesti ada di tangan. Tapi bila di sana ia adalah dilarang sama sekali. Setiap handphone peserta akan disimpan oleh ketua kompeni. Hanya hujung minggu sahaja boleh digunakan. Dan itu pun kalau ada liputan kerana biasanya tak ada sebab kebanyakan lokasi di pedalaman.
Ini perkara wajib yang mesti dilakukan setiap hari. Dan di sinilah juga ramai antara kamu mula belajar bagaimana nak bangun seawal jam 5.30 pagi untuk buat latihan fizikal.
7. Kawan Dari Pelbagai Negeri
Di sinilah kamu akan mula kenal dengan rakan-rakan daripada pelbagai negeri di seluruh Malaysia. Maka pelbagai loghat dan pelat akan dapat didengari. Secara tak langsung memberikan kamu pengalaman baru dapat kawan dari negeri berbeza. Masing-masing belajar budaya dan adat berbeza-beza. Memang rasa 1Malaysia sangat!
8. Mandi Kolah
Mungkin di sinilah sahaja pengalaman yang kamu boleh rasa mandi kolah. Bagi yang tak biasa mandi kolah memang tak akan tahu betapa sejuknya air kolah ini. Nak mula mandi pun pasti akan termenung dahulu dua tiga minit sebab sejuk sangat.
9. Nyanyi Lagu Rasmi
Hari kamu tak akan lengkap tanpa menyanyikan lagu rasmi PLKN. Mungkin sampai hari ini kamu masih ingat lagi bait-bait lirik lagunya, bukan?
10. Pegang M16
Bukan semua orang ya diberi peluang untuk pegang senjata apatah lagi jenis M16. Setiap pelatih diberikan peluang untuk menembak menggunakan senjata yang cukup sinonim dengan pasukan tentera.
Foto: Carian Google
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...