Lebih 200,000 Petisyen Ditandatangani, Penonton Desak Tayangan Snowdrop Dihentikan

Share

Drama Korea Snowdrop lakonan ahli kumpulan Blackpink, Jisoo dan Jung Hae In baharu sahaja ditayangkan, namun khabarnya sudah menerima lebih 200,000 petisyen daripada penonton yang mendesak agar k-drama itu dihentikan.

Sebelum itu, Snowdrop juga pernah ‘diserang’ kerana isu fakta sejarah yang tidak tepat sehingga ia ditangguhkan tayangannya gara-gara bantahan ini. Namun selepas drama tersebut ditayangkan, isu ini sekali lagi diperkatakan dan menerima lebih banyak petisyen bantahan.

Foto: Soompi

Menurut Blue House, drama itu memaparkan pelakon utama terseilap menyelamatkan perisik menentang pro-demokrasi. Tambahan pula, ketika pelakon lelaki dari Agensi Perancangan Keselamatan Negara sedang mengejar pengintip, drama itu memainkan lagu penting dalam sejarah yang digunakan untuk melambangkan gerakan pro-demokrasi.

Penonton yang menonton babak ini pada 18 Disember lalu menggunakan platform atas talian dan menyatakan kegusaran mereka dengan menjelaskan bahawa tidak sesuai untuk menggunakan lagu tersebut dalam adengan yang menampilkan Agensi Perancangan Keselamatan Negara dan perisik.

Foto: StyleCaster

Petisyen itu juga menyatakan bahawa penampilan pelakon lelaki menjadi perisik yang disalah anggap sebagai tokoh pro-demokrasi membawa kepada penyelewengan sejarah kerana sebenarnya ramau orang tidak bersalah yang diseksa oleh kerajaan kerana disalah anggap sebagai ‘mata-mata’.

Foto: Soompi

Kata penonton, drama yang memaparkan naratif sedemikian akan menyebabkan kerosakan kepada nilai sejarah gerakan pro-demokrasi. Sehingga kini, sebanyak lebih 200,000 individu yang menandatangani petisyen ini dan akan ditutup pada 18 Januari 2022.

Hm, besar juga isu ini. Harap dapat diselesaikan dengan baik.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman