Lebih 25K Retweet Di Twitter, Pelajar Ini Janji Nak Belanja McD Kalau Lulus Paper Add Math

Share

Rasanya semua pelajar yang ambil subjek Add Math tahu macam mana strugglenya korang nak pastikan supaya paper ni lulus dalam exam. Betul tak?

Ya mungkin ada yang menganggap mata pelajaran Add Math ni kacang je, tapi masih ramai juga yang selalu frust bila tengok result paper

mereka. Hiks!

Disebabkan itu, ada juga individu yang sanggup bersumpah jika dia lulus paper Add Math dalam SPM, dia akan belanja McD pada sesiapa yang retweet statusnya itu.

Nah, status ini mendapat lebih daripada 25 ribu retweet dan setelah itu lelaki ini mengatakan bahawa dia akan memilih hanya 10 orang secara random untuk dia bank in duit dan pandai-pandai la korang nak beli sendiri nanti. Haha!

Mungkin pelajar ini hanya berseloroh dan tak sangka pula statusnya diretweet seramai ini.

Malah, ada juga yang ingin menuntut janji nanti. Hiks!

Apa-apa pun, ramai yang memberikan kata-kata semangat dan mendoakan kejayaannya.

Tapi, ada juga kawan yang sweet bagi semangat kalau adik ni lulus dia yang akan belanja McD. Macam ni la kawan kan? Hehe..

Kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Amin Yahya

dan semoga kau lulus paper Add Math ni dengan cemerlang dik. Hiks! InsyaAllah bukan hanya paper ni saja, moga-moga pelajar ini mendapat keputusan yang baik dalam SPM nanti dan menjadi insan yang berjaya dunia akhirat. Jom sama-sama kita doakan. Aamiin!
Published by
Noor Ain Norman